Wednesday, 27 March 2013

TERKINI : PM PENGERUSIKAN MESYUARAT KABINET TANPA MENGADAP AGONG.... MAKA TAK ADA BUBAR PARLIMEN HARI INI????




SHAH ALAM - Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet, yang ramai meramalkan sebagai yang terakhir, spekulasi mengenai pembubaran Parlimen muncul sekali lagi hari ini.

Banyak pihak membuat ramalan dan jangkaan masing-masing menerusi media sosial sejak pagi tadi.
 
Malah, Sinar Harian Online juga menerima panggilan dan SMS mengenai soal itu, yang rata-rata bertanya sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini atau dalam waktu terdekat, kemungkinan besar minggu ini.

Ramai begitu teruja untuk mengetahui perkembangan terbaru sementara menanti kemunculan Pilihan Raya Umum ke-13.
Risikan dan penelitian Sinar Harian Online menunjukkan tidak ada tanda-tanda ke arah itu hari ini.

Difahamkan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri esok bagi membincangkan soal pembahagian kerusi dan pemilihan calon.

Beliau telah pun mengadakan tiga pertemuan dalam tempoh dua minggu lalu.
 

Persekitaran yang sama disaksikan Rabu lalu sehingga Pejabat Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan laporan palsu kononnya Parlimen akan dibubarkan.

Spekulasi kali ini semakin kuat susulan sesi jelajah terakhir di Pahang Sabtu lalu dan disusuli dengan beberapa majlis penting dan menarik dihadiri Najib sejak Ahad lalu.


Semalam Najib merasmikan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013.
 
Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pihaknya memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu.

Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir 28 April.

Speaker Dun Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendiri Dewan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

Beliau berkata, pemakluman itu bagi membolehkan badan pengendali pilihan raya mengadakan pilihan raya bagi negeri ini dalam tempoh 60 hari selepas Dun terbubar secara sendiri pada Khamis.

"Itupun jika Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak membubarkan DUN esok (hari ini) di mana baginda masih boleh berbuat demikian di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Tapi jika tidak ada pembubaran esok (hari ini), mungkin pada sebelah petang saya akan menghantar makluman kepada SPR kerana pada tengah malamnya Dun sudah terbubar," katanya kepada Bernama semalam.

sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment