Perlantikan
juru ukur swasta semasa Pas memerintah Terengganu telah banyak
menyebabkan duit rakyat yang memohon tanah hilang lesap entah ke mana.
Seorang pentadbir tanah memberitahu, perlantikan itu yang mementingkan
kroni atau mereka yang ada kaitan dengan parti Pas adalah dikemukkan
oleh Pegarah Tanah dan Galian (PTG) waktu itu, Tengku Hassan yang kini
merupakan ADUN Pas Ladang .
Tengku Hassan inilah wakil rakyat Pas
yang terbabit dalam skandal dengan Aida isteri seorang pengusaha kereta
prabet sapu, Apandi .
Akibat dasar kronisma dan pilih kasih yang
dijalankan tanpa mengikut prosedur pentadbiran tanah kerana lantikan itu
bukan dibuat oleh Pejabat Tanah atau pihak Pentadbir Tanah Daerah.
Juru ukur ini boleh berurusan terus dengan kumpulan yang memohon tanah
yang biasanya diuruskan oleh ketua Pas di peringkat kampung
masing-masing atau JSR.
Mereka punggut duit sesukanya tanpa
memikirkan sama ada bayaran itu sahih atau tidak bagi mendapatkan tanah
kerana yang meluluskan tanah bukan juru ukur tetapi pejabat tanah atau
kerajaan negeri.
Malah kebanyakan tanah tidak diukur pun lagi atau
baru 20 peratus diukur tetapi duit sudah diambil seratus peratus dengan
jumlah pemohon yang ramai.
Ratusan ribu pemohon, bayangkanlah berapa
banyak yang dipunggut, konon atas nama bayaran upah ukur dan urusan
berkaitan, tetapi akhirnya tanah tak dapat pun.
Ini banyak
berlaku, duit hilang begitu sahaja, tanah tidak perolehi sepertimana
salah satu contoh yang berlaku di Ketengah Jaya.
Di Ketengah Jaya
walaupun wang dipunggut dari 1,080 pemohon tapi lot tanah yang ada
hanyalah 520 sahaja, ini suatu peipuan yang nyata, malah sampai sekarang
tanah itu tidak diperolehi.
Namun begitu banyak lagi tempat tempat
yang berlalu. Malah seorang juru ukur kroni Pas, Abu Bakar Kassim
dilaporkan sanggup larikan duit rakyat di Pasir Raja dan sekitar yang
dijanjikan tanah itu dengan alasan duit telah hilang dirompak di
perjalanan.Ini didedahkan oleh seorang Pentadbir Tanah Daerah.
Inilah cacamurba nya pengurusan tanah oleh kerajaan Pas yang tidak telus dan penuh dengan penipuan.
Tetapi itulah peranan dan jasa YB Tengku Hassan Adun Pas Ladang yang masa itu menjadi Pengarah Tanah Galian Terengganu.
sumber : FB Teganuambe Teganuamber
No comments:
Post a Comment