Tuesday, 26 March 2013
HOT!!!! A.SAMAD SAID TAK DAPAT JAWAB PANTUN DALAM MAJLIS BERBALAS PANTUN???
Dengan mudah sahaja hasil karya seorang sasterawan negara yang songsang serabai ini dibidas dengan baik oleh seorang anak muda. Agaknya inilah jadinya apabila menyokong pakatan haram pembangkang.
Daripada seorang insan yang mempunyai minda hebat dan dikagumi kerana menghasilkan karya-karya hebat khazanah negara, kini hanya layak dipanggil orang tua kecewa yang kurang siuman dan tidak terurus.
Fikiran pun sudah sering bercelaru dan tidak tahu membezakan antara yang hak dan batil lagi.
Penghidap Alzheimer pun lebih mampu berfikir secara rasional berbanding Samad Said ketika ini. Nasihat kami kepada Samad Said, agar memperbanyakkan proses muhasabah diri. Bukan orang tidak tahu punca kamu menyokong pakatan haram pembangkang.
Patutnya bersyukurlah, kerana kisah kegagalan menguruskan geran jutaan RM Kerajaan Negeri Melaka yang dianugerahkan kepada kamu itu masih lagi mereka simpan bagi mengelakkan keaiban kamu juga.
Dan berlaku adillah kepada diri sendiri dan orang lain dengan menerima hakikat bahawa kerana kegagalan pengurusan kewangan tersebut jugalah, geran seterusnya disekat. Bukankah itu semua wang rakyat?
Takkan sasterawan negara seperti kamu sanggup menghinakan diri dengan menyertai gabungan haram pakatan pembangkang semata-mata kerana kecewa tidak dapat melesapkan jutaan RM lagi wang rakyat? Patutlah kualiti dan minda kamu kini amat mengecewakan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment