Keadaan keselamatan di Negeri Sabah adalah terkawal dan selamat
kecuali di kawasan-kawasan operasi, menurut Datuk Hamza Taib Pesuruhjaya
Polis Sabah, semasa sidang media yang diadakan pada jam 4.30 petang
tadi.
Pada jam lebih kurang 9.30 pagi tadi, pasukan keselamatan bersama
Pasukan Penilaian Keselamatan (MKN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pegawai
Pejabat Daerah, Ketua Kampung serta ketua keluarga telah membuat lawatan
ke kawasan Tanjung Labian. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk
menilai kerosakkan yang berlaku terhadap rumah penduduk kampung yang
terlibat di dalam Op Daulat ini. Penduduk kampung Tanjung Batu dan
Tanjung Labian dibenarkan balik pada hari ini.
Pada jam 11.00 pagi tadi, Pasukan Keselamatan telah membawa
keluar satu mayat pengganas bertempat di Tanjung Batu di mana mayat
pengganas tersebut adalah mayat yang telah ditembak dalam kejadian pada 6
Mac 2013. Mayat telah dihantar ke hospital untuk post mortem.
Statistik terkini jumlah keseluruhan tangkapan ialah seramai 453
orang dengan pecahan 126 tangkapan disiasat di bawah Security Offences
(Special Measures) Act 2012, (SOSMA) manakala tangkapan kes-kes lain
seramai 327 orang.
Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 43
orang dan 03 mayat kanak-kanak serta jumlah pengganas yang ditembak mati
adalah seramai 66 orang dan 03 orang mayat kanak-kanak.
Jumlah pegawai/anggota pasukan keselamatan yang tercedera seramai 11 orang dengan pecahan 8 orang PDRM dan 3 dari ATM.
Jumlah mayat yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang.
tq
ReplyDelete