Terkejut EP bila baca
kenyataan yang dibuat oleh Saifuddin Nasution..Nurul Izzah ada video
seks..?? EP ingatkan berita tu hanya khabar angin untuk menjatuhkan nama
baik Nurul Izzah..tapi tak sangka pula berita itu betul..
Saifuddin dakwa ada agen UMNO menjemputnya untuk menyaksikan tanyangan perdana video lucah Nurul Izzah..bila dan dimana..??
Macam mana Saifuddin tahu orang yang menjemputnya tu merupakan ajen UMNO..dia beritahu ke??
Kenapa sehinga kini
Saifuddin tak buat laporan polis mengenai jemputan agen tersebut dan
mendedahkan siapa agen yang menjemputnya...
Cakap banyak pun tak
guna..dedah dan buat laporan polis baru cerita..jika tidak terbukti
Saifuddin berniat jahat untuk memburukkan nama baik UMNO..
Jom kita baca apa yang Saifuddin cuba nak dedahkan..
Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim,
pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul
Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa
Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain
dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video
seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah (gambar), ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.
Gambar Sekadar Hiasan |
Saifuddin menambah agen tersebut juga
memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang
disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden
PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.
“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita
tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap
integriti pemimpin kita.
“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak
pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang
akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini.
sumber : Empayar Pemuda
No comments:
Post a Comment