Sunday, 26 May 2013

EKSKLUSIF: PHOTO PERSANDINGAN SAIFUL BUKHARI AZLAN DAN NIK SURIANI MEGAT DERAMAN



Tepat jam 3.30 petang semalam pasangan Saiful Bukhari Azlan dan pembanca berita Nik Suriani Megat Deraman selamat diijab kabulkan. Majlis diadakan di Masjid Kristal Pulau Wan Man yang terletaknya Taman Tamadun Islam.

Dengan sekali lafaz Saiful sah menjadi suami kepada isteri tercinta Nik Suriani. Di sebelah malamnya pada bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam telah diadakan majlis resepesi pihak perempuan.

Majlis dihadiri oleh hampir 300 jemputan, sanak saudara pihak perempuan, juga rakan-rakan sekerja dari TV3. Turut sama ialah Datuk Manja Ismail, Pengurus Besar Bahagian Berita TV3.

Berikut adalah beberapa keping photo majlis persandingan mempelai malam tadi.


















 
 Angin doakan semoga pasangan ini kekal sehingga ke hujung nyawa... insyaallah..

Monday, 20 May 2013

KEMASAMAN MELANDA PARLIMEN KUALA TERENGGANU


Mereka adalah yang terbaik..... sudahkan mereka mengucapkan terima kasih kepada jentera ???
MASAM!!!! itu sahaja perkataan yang boleh diungkapkan dengan keadaan di Parlimen Kuala Terengganu.

Semua orang mungkin masih berduka kerana kekalahan dalam PRU13 yang lalu. Kekalahan yang wajib diterima walaupun hampir 5 tahun menghambakan diri untuk kepentingan rakyat.

Apa yang Angin ingin sampaikan adalah keluhan seorang jentera Barisan Nasional yang Angin temui. 

"Menang kalah bukan kuasa kita, namun kita sudah berusaha sedaya mungkin", kata Pak Ghani (bukan nama sebenar). Beliau menyatakan kekesalan kerana selepas hampir 2 minggu pilihanraya berlalu, tiada seorang bekas calon pun yang dia nampak batang hidung.  

"Walaupun kalah, apa salahnya datang jumpa.. salam....ucap terima kasih... bukan kita nak kalah kalah ni..... tapi nak nuat macam mana... dah ketentuanNya begitu... terima sahaja lah... jangan terus tinggal kita yang bekerja bagai nak mampus ni". Begitu kecewa Pak Ghani dengan situasi sekarang.

Angin rasa ada benarnya kata Pak Ghani, mungkin Pak Ghani sendiri merasa kecewa dengan keputusan rakyat tempoh hari. Namun Pak Ghani tetap sayangkan Barisan Nasional.

Bagi Pak Ghani,  orang yang menjadi calon hari tu kena lebih bersikap terbuka dan menerima kekalahan seadaanya. Mereka bukan orang yang tidak berjawatan dalam parti. Malah ada antara mereka diangkat sebagai Ketua UMNO bahagian. 

"apa salah kalau jemput semua jentera yang bertugas... buat makan-makan sikit tanda ucapan terima kasih atas kerja keras kami semua, ni tidak.... mentang-mentang kalah terus menghilangkan diri, orang PAS sudah mula buat kerja untuk PRU akan datang, walaupun masih jauh mereka tetap bekerja tapi orang UMNO terus "nusuk" bawah karpet"

Ketika Angin tanya Pak Ghani bertugas sebagai apa masa pilihanraya baru-baru ini, Pak Ghani menyatakan setiap malam beliau akan bersama budak-budak pasang poster, semasa hari mengundi pulak Pak Ghani mengangkut pengundi ketempat pembuangan undi. Jelas Pak Ghani lagi, selepas jam 3 dia berdiri di "barung" untuk meraih undi.

Begitu bersemangat Pak Ghani bercerita tetapi air mukanya menunjukkan rasa kecewa yang bukan sedikit. Mungkin merasakan dia tidak dihargai.

Inilah sebenarnya yang berlaku di Kuala Terengganu, semua calon Barisan kalah di sini. Pada Angin kekalahan ini bukan menjanjikan kekalahan yang seterusnya, mungkin gerak kerja perlu diadakan dari sekarang. Jika calon yang kalah itu JUJUR DAN SETIA pada parti nya Angin yakin mereka tidak akan berdiam diri sebegini. Mereka akan terus membuka langkah yang lebih kehadapan.

Sayang..... itu tidak ada di Kuala Terengganu...... APAKAH KUALA TERENGGANU AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA 5 TAHUN LAGI.... MUNGKIN JUGA KERANA ITU YANG MUNGKIN ORANG YANG BERJAWATAN MAHU......

Sunday, 19 May 2013

TIADA CACATNYA KEPIMPINAN KUALA TERENGGANU...APA SEBENARNYA KEMAHUAN PENGUNDI DI SINI??

Dato' Wan Farid sentiasa dekat dengan rakyat
Sudah hampir 2 minggu piliharaya berlalu..... selama 2 minggu itu, otak berputar ligat mencari sebab dimana silap kepimpinan di Kuala Terengganu sehingga kena katok 0 - 5. Angin sebagai pemerhati sentiasa mengikut perkembangan pemimpin di Kuala Terengganu. Tiada cacat cela nya. Tiada sebab mengapa rakyat menghukum Kuala Terengganu sebegitu rupa.

Wan Hisham pula sentiasa komited dalam apa saje program tanpa megira bangsa

Sejak PRK 2009, belajar dari kesilapan lalu kepimpinan UMNO Kuala Terengganu rasanya telah cuba sedaya mungkin untuk mengubati luka setiap rakyat di sini.
Selama 4 tahun itu, kepimpinan keluar masuk kampung mencari mana yang perlu di bantu, mana yang perlu dibaiki, bertemu di kedai-kedai kopi. Jika tidak dapat disampaikan sendiri, di minta wanita, pemuda atau puteriyang tolong hantarkan.
Wan Mahyuddin telah berusaha seday mungkin memenagi hati rakyat di Wakaf Mempelam

Namun akhirnya pada 5 Mei lalu, rakyat membalas segala kebaikan kepimpinan UMNO dengan kekalahan yang memalukan. Hadiah yang paling buruk dalam sejarah pilihanraya di Kuala Terengganu.
Apa lagi sebenarnya yang dimahukan oleh pengundi di Kuala Terengganu agaknya? 

Persoalan itu Angin utarakan kerana Angin yakin pengundi di sini sedar bahawa pembangkang tidak akan dapat memerintah Terengganu (mungkin jika dapat perintah senario akan berubah). Pengundi juga telah mengalami sendiri bagaimana YB pembangkang yang menang di Batu Buruk, Ladang dan Wakaf Mempelam dalam PRU12 lalu dan YB PAS yang menang dalam PRK 2009 Kuala Terengganu hanya keluar dari kepompongnya semasa ketibaan pilihanraya sahaja.

Mereka tidak bersedia untuk membantu pengundi itu sendiri. Mereka hanya menerima elaun bulanan setiap bulan tanpa membuat apa-apa untuk pengundi.

Apa sebenarnya yang menarik sangat sehingga pengundi begitu ralit dengan memangkah pembangkang? Persoalan itu yang sering bermain difikiran Angin.

Angin cuba mendekati beberapa pengundi di Kuala Terengganu. Angin kenali mereka sebagai pengundi "atas pagar". Bertanya kepada mereka mengapa Barisan Nasional kalah begitu teruk di Kuala Terengganu.

Salah seorang dari mereka mengatakan bahawa Kuala Terengganu menjadi mangsa kepada keadaan. Kuala Terengganu adalah tempat anak muda mencari hiburan dan mencari kawan. Beberapa program yang diadakan oleh pembangkang telah berjaya menarik rakan-rakan sebaya mereka untuk bersama. Contoh yang paling ketara ialah apabila pembangkang mengadakan konvoi bermotor secara beramai-ramai dengan membawa bendera PAS sekeliling bandar. 

"Orang kita memang suka mengikut, bila tengok budok-budok laing duk bowok bendera PAS, dia pun ikut retek, ikut tu sampai ke hari mengundi... nye pakak undi PAS r.... dia dok kite doh YB hok dia pilih kekgi wak keje ke dop, janji dia suke".

Mungkin ada kebenaran dengan apa yang dikatakan oleh pengundi itu. Namun yang lebih menarik ialah jawapan rakan beliau. Katanya PAS menawarkan sesuatu yang sangat luar biasa. Tidak mampu di tawarkan oleh Barisan Nasional. 

"Air percuma, hapus PTPTN, tiada cukai pintu, RM1000 kepada pasangan yang nak berkahwin, wang kepada warga emas, harga minyak turun.... itu kan menarik minat pengundi?. Aku pun nak...semua bleh dapat free..... BN bleh bagi apa? Tak cukup dengan BRIM dan dana raya tu.... rakyat nok lebih lagi... nok tak, sibuk nak bagi duit pada persatuan belia.....siapa yang dapat nikmatnya?... asyik baham ke jawatankuasa dia jer..... lepas tu duk sibuk pasal kenyir nok wat comel..... sape hok boleh untungnya kekgi?? last-last hok sedap kekgi orang kaya doh...bleh gi cuti dinung, orang-orang hok niaga doh....buleh buka niaga situ.... doh kita orang kampung ni bleh mende nya?? chu beri hok sampai terus ke kita ning... baru orang suke".

Pening juga Angin fikirkan apa yang pengundi ini kata...

Namun dari perbualan kami, Angin dapat rasakan memang benar tiada cacat celanya pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di Kuala Terengganu. Tidak ada satu pun diantara mereka yang cakap tentang keburukan peribadi kepimpinan di sini. TIDAK ADA!!.

Mungkin benar.... Kuala Terengganu menjadi mangsa keadaan dan pengundi begitu tertarik dengan tawaran yang dibuat oleh pembangkang yang tidak mampu dilakukan oleh Barisan Nasional!!!

Tuesday, 7 May 2013

TAHNIAH!!! PAS DAH TURUNKAN HARGA MINYAK DIKUALA TERENGGANU????




Alhamdulillah segalanya telah selesai... rakyat telah bersuara...

Bagi P036 dan keseluruhan dun didalamnya, Dun Ladang, Dun Wakaf Mempelam, Dun Batu Buruk dan Dun Bandar, rakyat memilih untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.

Dari pengamatan, ada beberapa punca yang menyebabkan perkara ini berlaku. Yang paling ketara ialah pengundi yang tinggal di luar Terengganu telah pulang untuk memberi undi kepada pembangkang. Juga satu lagi sebab ialah pengundi cina yang seolah-olah benar-benar mahu menghukum Barisan Nasional.

Mungkin juga ada benarnya bila desas desus berbunyi terlalu ramai yang bermuka-muka di sini. Sepanjang kempen yang angin sempat mengikutinya, rata penduduk amat gembira dengan calon yang diketengahkan. Ramai yang berkata kali ini Kuala Terengganu akan kembali kepangkuan Barisan Nasional. Bukan hanya parlimen malah Ladang, Batu Buruk juga berpeluang cerah untuk menang. Namun di hari mengundi segalanya bertukar.

Ramai rupanya pembohong di Kuala Terengganu. Pengundi Cina tak payah cakaplah. 90% berpaling tadah. Tak mengapa mungkin selepas ini pengundi cina tak perlu lagi berjumpa MCA dan Gerakan atau UMNO untuk minta tolong. Tak payah susah-susah nak ambil borang dana raya cina atau dana bakti remaja lagi. Semua tu mungkin boleh diberi oleh Parti yang mereka sokong. Mereka bercakap tentang janji-janji oleh pembangkang. Urmmm... hari ini mungkin cukai pintu rumah mereka dah tak perlu mereka bayar sebab semuanya dah diselesaikan oleh YB yang mereka pilih..

Bagi pengundi luar pula, Angin ingin mengucap jutaan terima kasih kerana anda semua pulang dan meninggalkan "tahi" kepada rakyat tempatan. Mereka semua datang dan mengundi pembangkang dan kemudian balik bersenang lenang di tempat mereka mencari rezeki. Yang tinggal ialah ibu, bapa, adik,kakak atau abang yang tidak akan mendapat pembelaan dari YB  baru yang mereka pilih.

Yang paling menarik ialah pengundi muda,  semua saluran pengundi muda kalah di Kuala Terengganu. Setelah mereka diberi berbagai kemudahan dan kesenangan. Mereka dihargai dengan Dana Bakti Remaja, Bantuan Awal persediaan ke universiti dan lain-lain. Ini cara mereka membalas budi. Angin rasa kerajaan Terengganu tak perlulah bersusah payah memikirkan hal mereka kerana mereka sudah cukup puas dengan pilihan mereka. Kerajaan tak perlulah lagi nak fikir pasal Bakti Remaja tu... batalkan saje.... duit tu lebih baik buat sekolah, jalan raya dan lain-lain.

Cuma satu yang pelik, kenapa pengundi masih mengundi orang yang tidak menghargai mereka?? Kalau tak percaya jom turun ke Kuala Terengganu, tengok berapa kali YB2 baru ini akan "service" rakyat yang memilih mereka. Pengalaman dah banyak, mungkin YB2 ini hanya akan dilihat semua 5 tahun akan datang.....

Terima sahaja lah...dah kamu yang pilih....
 



 

Thursday, 2 May 2013

EDISI KHAS : PARLIMEN KUALA TERENGGANU TOLAK PAS




Pengakuan seorang penduduk di Kg Lorong Kemunting Pasir Panjang.

Menurut beliau sejak PAS memenangi Parlimen Kuala Terengganu dan Dun Ladang. ang berhormat PAS tidak pernah nampok batang hidung.

Selama itu juga rakyat dun Ladang tidak terbela.

Apa yang beliau harap orang Parlimen Kuala Terengganu khususnya DUN ladang akan mengembalikan dun ini kepada Barisan Nasional.

YB Wahid Endut dan YB bermasalah Tengku Hassan hanya tahu makan gaji buta jer.....

ikuti pengakuan pemuda ini.....

Sebelum itu jom kita tgk video lawan BN di dun adang..... huhuhuhuuhu 4 tahun sekali baru nok napok muka.. konon cakna ler.... kerjanya hanya gi at markas besor PAs dun ladang.... a..ha!!! kotor nguh....


Nah jom kita tengok apa kata penduduk Ladang Yang penting semua orang perlu fikir sejenak apa yang puok PAS buat untuk rakyat selama kening....

Friday, 26 April 2013

JAWAPAN KEPADA SOALAN SEORANG USTAZ??




1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?

Ustaz Zahazan, izinkan saya bertanya, ustaz belajar sejarah tak dulu? Kalau ustaz belajar sejarah, ustaz akan tahu bukan sengaja Tunku Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.

Seluruh ahli Parlimen Perikatan(BN), Pas, Gerakan DAP, Parti sabah sarawak bersetuju sebulat suara MEMECAT keanggotaan Singapura dan Malaysia.

PAP, bapa kepada parti DAP di Malaysia pada hari ini (sahabat baik parti yang dijunjung macam tuhan oleh ustaz) telah melakukan beberapa perkara yang membuatkan Malaysia huru-hara pada waktu itu. PAP pada waktu itu begitu lantangnya MEMPERTIKAIKAN HAK KEISTIMEWAAN BANGSA MELAYU sehingga berlakunya beberapa pergaduhan kaum.

Malaysia dijangka akan terjerumus dalam perang kaum yang lebih besar daripada 13 Mei sekiranya Singapura terus berada di dalam Malaysia. Dengan air mata yang menitik, Tunku terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan Singapura dari Malaysia. Namun, DAP yang CUKUP DICINTAI SEPENUH HATI oleh USTAZ ZAHAZAN menyambung legasi PAP di Malaysia dan meneruskan kerja jahat mereka sehingga kemuncaknya pada 13 Mei, apabila Melayu dan cina bergaduh besar.

Ustaz Zahazan, soalan yang Ustaz Zahazan tanyakan seolah-olah cuba dan seperti MENUDUH BAHAWA UMNO dengan GIGI yang tersenyum simpul MENGHALALKAN dan SENANG HATI memberi Singapura kepada Lee Kuan Yew. :p

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?

Soalan ini harus dibetulkan sikit. Apakah benar tanah tinggi Genting Highland itu merupakan tanah Melayu? Kita kena buka kembali sejarah Melayu untuk bercakap mengenainya. Dalam Malay Dilemma, tulisan Tun Dr Mahathir ada mengatakan bahawa orang Melayu tidak berminat dengan tanah tinggi dan berebut tanah rendah pada zaman dahulu. Antara sebab tanah tinggi tidak dipandang oleh orang Melayu adalah kerana sukar untuk mendapatkan sumber air selain tidak dapat diusahakan dan tidak mendatangkan hasil.

Sekarang, saya mahu bertanya, kalau benar bahawa tanah genting itu milik orang Melayu, siapakah nama pemilik dan ustaz Zahazan yang DIJANJIKAN SYURGA pasti memiliki dokumen-dokumen tertentu, mungkin boleh didedahkan kepada umum mengenainya. Kemudian, dedahkan juga kepada umum dokumen pajakan 999 tahun yang didakwa oleh ustaz. KAMI AKAN MENANTINYA DENGAN SABAR. Sabarkan separuh daripada iman, kan Ustaz?

Mengenai lubuk judi, ustaz sebenarnya bersikap bias. Lubuk judi yang ustaz katakan itu juga merupakan tempat kepada TAMAN TEMA NOMBOR SATU DI MALAYSIA. Jangan jadi hipokrit, kalau tidak ustaz, banyak lagi penyokong PAS yang telah membawa anak-anak mereka bermain di atas sana.

Dan lubuk judi yang ustaz cakapkan DIKHASKAN untuk ORANG YANG BUKAN ISLAM dan ORANG ISLAM ADALAH DILARANG SAMA SEKALI untuk memasukinya. Dan pusat judi itu hanya untuk orang yang bukan ISLAM. Jangan nafikan hak mereka yang bukan ISLAM…

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?

Saya tak pasti dari mana ustaz mendapat info ini, yang pasti, ustaz sudah menyebarkan satu berita maka tanpa sebarang bukti, benda itu boleh dijadikan fitnah. Menurut apa yang saya tahu, BN sebenarnya telah meningkatkan lagi pemilikan ekuiti bumiputera dalam ekonomi.

Kenapa saya bercakap sebegitu? Mari kita bermain dengan statistik sikit. Pada tahun 1970, pemilikan ekonomi oleh kaum bumiputera hanyalah 2.5 peratus. Namun, di hujung perlaksanaan DEB, satu dasar untuk membantu orang Melayu, maka kita dapat melihat jumlah yang sekecil 2.5 peratus menjadi lebih daripada 20 peratus, iaitu 20.3 peratus.

Saya tertanya-tanya, kalaulah pada tahun 1970 pun pemilikan orang Melayu hanyalah 2.5 peratus dalam ekonomi, bagaimana pula dakwaan Ustaz Zahazan mengenai saham orang Melayu sejak merdeka mempunyai jumlah 50 billion? Saya nak bertanya ustaz… jangan buat fitnah. Anda tokoh agama, tetapi sikap anda langsung tidak mencerminkannya.

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?

Soalan ini agak umum sebenarnya. Atas sebab apa tanah rezab melayu menyusut. Apakah dengan keterpaksaan tanah rizab melayu itu merosot? Apakah sikap orang Melayu itu sendiri yang tamak haloba akan wang ringgit, maka terus dijual tanah itu apabila mendapat tawaran daripada mana-mana pihak.

Ustaz orang Melayu bukan? Ustaz sendiri pernah dengar orang Melayu yang suka jual tanah mereka kepada orang lain. Sama ada sesama bangsa atau tidak. Apakah bila orang Melayu yang tamak kuasa, UMNO/BN harus disalahkan?

Juga kita harus lihat penyusutan tanah rizab Melayu atas tujuan apa? Mungkin pembanggunan. Dan setiap tanah orang Melayu yang dibeli oleh kerajaan untuk projek pembanggunan terutamanya PLUS yang memasuki tanah-tanah kampung akan diberi pampasan.

Saya tertanya-tanya, begitu ASYIKNYA ustaz menabur persepsi…

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?

Kalau saya panggil Ustaz Bebal, jangan pula marah saya. Hehehehehe :P Ayat Ustaz gunakan untuk soalan ini pun sudah salah seolah-olah ustaz cuba menabur persepsi bahawa MALAYSIA dan BN sengaja MENJUAL Pulau Batu Putih.

Ustaz Zahazan pasti pernah mengikuti bukan proses bagaimana Malaysia mempertahankan Pulau Batu Putih habis-habisan? Tak pernah? Saya faham. Biar saya terangkan sikit. Malaysia bukan bagi terus pulau Batu Putih tu macam bagi gula-gula kat budak-budak.

Ini ialah soal undang-undang di mana Singapura telah membawa isu tuntutan Pulau Batu Putih ke ICJ. Kita telah lawan mereka dengan kemukakan dokumen-dokumen sejarah tetapi tidak cukup kuat. Kita kena buka sejarah balik. Kenapa dokumen kita tidak cukup kuat?

Ustaz pernah dengar insiden sebuah kapal British yang membawa dokumen-dokumen sejarah Melayu dari tanah ini sehinggakan anak Melayu tidak mengenali apa itu Srivijaya, Langkasuka, Gangga Negara karam di Laut Cina Selatan? Ya, saya pasti ustaz tak pernah dengar. Masakan ustaz boleh mempersoalkan soalan seperti nombor 1.

Akhir sekali, Pulau Batu Putih menjadi milik mereka kerana Singapura mempunyai surat yang ditulis dan ditandatangan oleh Sultan Johor bahawa Pulau Batu Putih diserahkan pada Singapura.

6. Siapakah yang mengenakan caj melebihi pinjaman untuk para pelajar yang mngambil PTPTN?

Bukankah sekarang sudah ada penambahbaikkan dalam pinjaman PTPTN? Pernah dengar konsep ujrah yang diperkenalkan oleh PTPTN? Ujrah yang dimaksudkan ialah bayaran upah untuk para pekerja yang menguruskan pinjaman, kos memberi pinjaman sebaliknya.

Kaedah baru pembiayaan pendidikan dengan pengenaan ‘Ujrah' atau upah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flat rate) adalah bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan (reducing balance).

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?

Kelantan. Kenapa? Ehh sekejap. Kena tengok dulu statistik bangsa lain di negeri Kelantan. Seberapa banyak jumlah orang bukan Melayu di sana. 95 % merupakan orang Melayu manakala 3.8 % merupakan orang cina sahaja. India pula hanya 0.3 peratus. Jadi… saya mahu bertanya. USTAZ tak tengok statistik ke? Atau bermain dengan persepsi sahaja? Tiada apa yang boleh dibanggakan pun USTAZ mengenai kerajaan KELANTAN yang ditadbir oleh PAS.

8. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?

JAKIM ialah badan yang ditugaskan oleh kerajaan untuk menjalankan dan menguruskan segala aktiviti berkaitan dengan agama Islam. Jika dirujuk jawapan JAKIM ketika ditanyakan mengenai perlaksanaan Hudud di Malaysia. Di bawah ialah jawapannya.

“Sebagai seorang Islam adalah berkewajiban untuk mengimani hukum Islam, ibadat, munakahat, muamalat dan ta'zir serta hudud. Sesiapa yang tidak mengimaninya adalah tergelincir akidahnya. Kerajaan kita sedang melaksanakan hukum-hukum syarak secara berperingkat-peringkat. Undang-undang Keluarga Islam, enakmen Jenayah Siasah Syar'iah dan llain-lain seperti bank Islam, Universiti Islam adalah contoh seriusnya kerajaan menjalankan Islam secara berperingkat. Kerajaan berkali-kali mengatakan tidak menolak hudud dan kita sedang berfikir bagaimana carauntuk melaksanakannya. Negara Malaysia sedang berusaha melaksanakan ciri-ciri sebagai sebuah Negara Islam.”

9. Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?

Saya nak tanya kat ustaz, ustaz tahu tak kenapa IPP ni dibuat? IPP ni dibuat kerana ketika negara ke arah sebuah negara industri, kita memerlukan 'reserve energy' yang tinggi untuk kilang dan industri yang ada. Subsidi kepada IPP ini tidak jelas kerana menurut pengetahuan saya dan pembacaan saya subsidi IPP ini sama dengan subsidi kepada TNB dan pembahagian IPP juga adil kepada wakil setiap kaum utama dalam Malaysia.

10. Siapakah pemimpin yg kerap dilihat mengimarahkan program2 maksiat malah menjemput artis2 yang mengadakan tarian2 munkar, lps tu mngatakan ia sponsor dari sykt korporat kroni, bila di periksa sykt tu takde acc yg active pulak tu ?

Siapakah yang menjemput artis untuk menari tarian K-Pop di Bertam? Siapakah yang ditangkap basah pukul 3 pagi dengan isteri orang kemudian beralasankan memberi kaunseling dalam bilik hotel? Siapakah yang ditangkap basah dengan isteri orang, kemudian menyalahkan UMNO. Kemudian, kahwin juga akhirnya dengan orang yang ditangkap basah itu?

Kenapa ustaz tak tanya siapakah yang telah membina masjid di Malaysia? Kenapa ustaz tak tanya siapakah yang telah berjuang untuk saudara sesama Islam di Palestine. Bosnia dan Afghanistan? Kenapa Ustaz tak tanya siapakah yang telah mendirikan Mahad Tahfiz di Malaysia? Yang telah mendirikan banyak sekolah agama? Kenapa?

Wednesday, 24 April 2013

CALON N15 LADANG : WAN AHMAD FARID DARI KACAMATA SEORANG WARTAWAN




CALON BN DUN LADANG, DATO' WAN AHMAD FARID WAN SALLEH: Saya tidak terlalu lama mengenali Wan Ahmad Farid, malah saya juga bukanlah seorang yang akrab dengannya sebelum ini.

Dan, saya percaya bahawa beliau juga tidaklah terlalu memahami saya dan mengenali saya sebelum ini. Itu bukanlah suatu hal yang wajar saya mengambil kisah. Sebagai seorang yang dipimpin, saya hanya wajar tahu siapakah yang menjadi pemimpin saya.

Saya suka kerana beliau adalah seorang yang sangat gemar membaca, beliau berhujah dengan ilmu yang sarat terkandung dalam pemikirannya dan beliau berpolitik tanpa kisah apa yang hendak diperkatakan orang.

Beliau seorang yang berprinsip dan seseorang yang begitu, selalunya tidak dianggap begitu popular. Tidak mengapalah.

Sebenarnya, saya mengambil sendikit waktu untuk mengenali beliau. Saya mencari siapa Wan Farid dari kaca mata manusia politik yang jujur dan bebas kepentingan. Saya menjejaki Wan Farid untuk mengetahui sejauh mana kekurangan yang dikaitkan dengannya.

Kebanyakan orang yang saya bertanya mengenai kekurangan Wan Farid, mereka hanya memberikan sesuatu yang bersifat lemah, wajar dipertikaikan dan susut hujjah.

Jujurnya, saya tidak menemui kekurangan yang saya cari, saya tidak mendapat jawapan kepada persepsi negatif yang sengaja dan sering dilemparkan kepada tokoh ini. Malah, Wan Farid adalah seorang yang sangat mudah didekati, sentiasa bersedia mendengar apa yang orang seperti saya mahu katakan dan membantu dengan kemampuan yang ada.

Masa yang singkat untuk mengenali calon BN bagi kerusi DUN Ladang ini telah memberikan saya banyak jawapan.

Sebagai seorang wartawan yang kerjanya mendekati pemimpin dan rakyat, saya secara terbuka menyatakan bahawa rakyat DUN Ladang sangat bertuah kerana diberikan peluang memilih pemimpin seperti Wan Farid ini.

PRU ke-13 adalah peluang terbaik untuk rakyat mempunyai seorang pemimpin yang hebat, berfikiran tinggi, berkemampuan dan berupaya membawa banyak kelebihan untuk rakyat.

Jika saya sangat mempercayainya, mengapa anda tidak!.

Demi Islam, Demi Negara, Demi Bangsa dan Demi Kita Semua ... Undilah BN.

Sumber : FB AYOB MAMAT

Saturday, 20 April 2013

SEKITAR PERARAKAN PENAMAAN CALON KUALA TERENGGANU










P36 KUALA TERENGGANU
M:88.14% C:10.94% I:0.65% L:0.27%
1. Zuber Embong (BN)
2. Datuk Raja Baharin Syah Raja Kamaruzaman (Pas)
3. Maimun Yusof (Bebas)
Penyandang: Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)



N14 BANDAR
M:60.4% C:38.02% I:1.23% L:0.31%
1. Datuk Toh Chin Yaw (BN)
2. Azan Ismail (PKR)
Penyandang: Toh Chin Yaw (BN)



N15 LADANG
M:91.5% C:6.86% I:1.12% L:0.43%
1. Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN)
2. Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS)
Penyandang: Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Pas)



N16 BATU BURUK
M:98.02% C:1.41% I:0.35 % L:0.20%
1. Datuk Che Mat Jusoh (BN)
2. Dr. Syed Azman Syed Ahmad (PAS)
Penyandang: Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas)


N13 WAKAF MEMPELAM
M:99.33% C:0.43% I:0.07% L:0.15%
1. Wan Mahyuddin Wan Ngah (BN)
2. Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
Penyandang: Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas)

Thursday, 18 April 2013

PAS TOLAK CALON PKR DI TERENGGANU.. DESAKAN MELETAKKAN CALON PAS DIBUAT???

 


KUALA TERENGGANU – Perselisihan pembahagian kerusi antara Pas dan PKR semakin ketara di negeri ini dengan tindakan tiga wakil Pas di tiga Dun berasingan mendesak Pas Pusat dan Perhubungan Pas Negeri meletakkan calon Pas di kerusi Dun Bandar, Seberang Takir dan Bukit Besi.

Bantahan terhadap calon PKR di tiga-tiga kerusi itu dibuat oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ahmad Shah Muhamed; Bendahari MTD Seberang Takir, Mohd Nordin Mahmood dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Dungun, Naraza Muda yang turut mewakili suara di peringkat Dun masing-masing.

Bagi wakil Dun Bandar dan Seberang Takir, kedua-duanya berkeras dengan pendirian untuk menolak calon PKR kerana mendakwa potensi kemenangan lebih besar dengan meletakkan calon Pas, manakala wakil Bukit Besi, Naraza berlembut sedikit untuk menerima calon PKR sekiranya yang diturunkan itu diterima rakyat dan bukannya calon ‘bidan terjun’.

“Kami yang mewakili Pas Dun Bukit Besi, Seberang Takir dan Bandar mendesak supaya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu membenarkan calon Pas bertanding di kerusi N25, N11 dan N14.

“Kami menolak calon daripada PKR yang bersifat bidan terjun kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera Pas yang telah lama bertapak di Dun tersebut,” jelas ketiga-tiga wakil terbabit pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Terengganu, di sini, semalam.

Sidang media itu dibuat beberapa jam sebelum pengumuman calon PKR yang mengesahkan akan bertanding di tiga kerusi dinyatakan itu.

Ditanya lanjut mengenai desakan terlibat, ketiga-tiganya tidak menganggap desakan itu memberi kesan terhadap kerjasama antara Pas dan PKR kerana mereka mempunyai hak bersuara selagi masih ada ruang.

Sementara itu, Mohd Nordin berkata, pihaknya tidak menerima calon PKR kerana mendakwa tidak berwibawa dan cuba ‘mengimport’ calon dari luar.

Bukan itu sahaja katanya, kewujudan PKR di Seberang Takir seolah-olah tidak wujud dan tiada sebarang cawangan atau ranting PKR ditubuhkan di kawasan itu sebagaimana disahkan Setiausaha PKR Terengganu, Wan Bukhari Wan Mohamad sebelum ini.

“Memang tiada cawangan jadi macam mana kita nak beri kepada orang yang tiada cawangan untuk bertanding.

“Kita sudah buat perbincangan dengan Setiausaha (PKR Terengganu), Wan Bukhari sebanyak dua kali supaya berbincang di peringkat negeri tetapi senyap seribu bahasa.

“Masa (Datuk Seri) Anwar pergi ke Teluk Ketapang, kita bagi memorandum padanya, minta dia cuba menilai berdasarkan pada 2008 (PKR) tidak boleh buat kerja.

Cuma masa itu, kita dalam kalangan penyokong Pas bantu juga, sokong dia. Jadi untuk PRU kali ini, kita minta dia serah juga kawasan itu pada kita,” katanya.

Bagi Ahmed Shah, beliau berkata, pengundi jelas mahukan calon Pas di kerusi Dun Bandar dan mendakwa sekiranya membiarkan PKR bertanding sudah tentu memberi kemenangan mudah kepada MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Wednesday, 17 April 2013

LIM KIT SIANG MENGAKU AKAN KALAH DI GELANG PATAH



JOHOR BAHRU - Penasihat DAP Lim Kit Siang mengambil pendekatan sebagai 'underdog' di dalam pertembungannya dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.  

Walaupun menjangkakan pertarungan di antara DAP dan Barisan Nasional (BN) di kerusi panas Gelang Patah itu akan berlangsung dengan sengit, tetapi beliau meramalkan ia akhirnya akan memihak kepada Abdul Ghani. 

 "Saya meramalkan peluang saya (untuk menang) di kerusi Parlimen Gelang Patah adalah 45 peratus, berbanding 55 peratus bagi Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman," katanya kepada pemberita hari ini.  

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman senarai calon-calon DAP bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini. 

 Selepas digembar-gemburkan sebelum ini, semalam Abdul Ghani pada majlis pengumuman calon-calon BN di Johor mengesahkan beliau akan mencabar penasihat DAP itu di kerusi Parlimen Gelang Patah di dalam pertarungan yang disifatkan sebagai 'Titanic Battle' pada PRU13 ini.  

Abdul Ghani yang memegang jawatan sebagai menteri besar selama empat penggal mulai 1995 sebelum ini bertanding di kerusi DUN Serom, manakala Kit Siang pula merupakan penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur. - Bernama

PHOTO-PHOTO MANUSIA YANG MENYERUPAI MUSTAFA ALI YANG MELAKUKAN SEKS - BENARKAH???

Fa 1-1
Fa 17-1FA 19-2
Saya membuat satu analisa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang perfileman semenjak 1990. Analisa ini saya buat tanpa membuat perbandingan dengan foto mana-mana individu.

Sample yang saya terima ialah di dalam bentuk DVD dan saya dapati mutu rakaman audio dan videonya adalah di dalam keadaan baik. Suara boleh didengar dan difahami perbualannya. Saya berpendapat video ini adalah satu rakaman yang telah dirancang dengan baik oleh individu atau kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas tentang pencahayaan dan juga rakaman audio. Saya berpendapat kamera ini diletakkan di satu sudut di sebelah bawah sebuah peti televisyen. Ini adalah satu pemilihan sudut yang bijak kerana perakam tahu pelaku di dalam video ini akan kerap menoleh ke arah peti televisyen, justeru wajah pelaku dapat terakam dengan sempurna.

Terdapat dua orang pelaku di dalam video ini. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Walaupun hubungan diantara kedua-dua pelaku ini adalah tidak jelas, tetapi niat pertemuan mereka di dalam bilik tersebut adalah jelas, iaitu untuk melakukan hubungan seksual.

Durasi keseluruhan video ini adalah 11 minit 26 saat.

Saya telah membuat screenshot aksi-aksi di dalam video ini dan di failkan mengikut susunan dengan nama fail Fa 1-1 sehingga Fa 16-1. Saya juga membuat screenshot jarak dekat wajah pelaku dan dinamakan sebagai Fa E CU 1-2 sehingga Fa E CU 3-2. Screenshot dibuat menggunakan applikasi Grab oleh Apple.

Kemudian gambar-gambar dari video itu dibuka menggunakan Adobe Photoshop dan di ‘enhance’ menggunakan filter smart sharpen dan filter reduce noise. Di bawah adalah foto-foto mengukut susunan.

Fa 2-1
Secara keseluruhan saya berpendapat bahawa video ini adalah authentic dan tidak ada pengubahsuaian selain dari suntingan untuk memendekkannya. Suntingan yang dibuat adalah amat asas dan tidak menjelaskan atau mencemar kandungan video tersebut.

Lelaki di dalam video tersebut adalah individu yang sama dari permulaan video sehingga ke penghujungnya. Lelaki itu boleh dikenalpasti dengan jelas menerusi cara dan corak beliau berpakaian, saiz dan bentuk badan, rupa parasnya dan suaranya.

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah pelaku lelaki di dalam video ini boleh dikenalpasti.

Fa 3-1Fa 4-1Fa 5-1Fa 6-1Fa 7-1Fa 8-1Fa 9-1Fa 10 -1Fa 12-1Fa 13-1Fa 14-1Fa 15-1 copyFa 16-1 copyFA 19-2FA E-CU 1-2FA E CU 3-2FA E CU 2-2