Nampaknya apa yang diingini oleh BERSIH amat berjaya. Berjaya memburukkan negara ini di mata dunia. Manakan tidaknya apa yang berlaku di Masjid Nabawi, sekumpulan orang yang tidak patut dikatakan "anak Malaysia" yang telah melancarkan BERSIH 3.0 di sana yang dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa PAS, Mokhtar Senik yang xempat bergambar di situ. Lalu gambar itu terus bermain di serata dada lap top dan iphone.
Konon menunjukkan BERSIH 3.0 mendapat tempat bukan sahaja di Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Malaysia malah nak tunjukkan bahawa BERSIH 3.0 juga di terima di luar negara termasuk di negara Arab.
Tanpa memikirkan akibat dari perbuatan BODOH mereka. Errrrmmmmmm akibatnya kuota untuk jemaah haji Malaysia telah dikurangkan oleh Arab Saudi.... maknanya mungkin nama-nama yang tersenarai tidak akan berpeluang mengerjakan Haji.
Ini adalah satu perkara yang menyebabkan kemarahan rakyat kepada BERSIH 3.0 dan PAS. Satu propaganda untuk menaikkan PAS akhirnya telah memakan diri sendiri. Di kedai-kedai kopi kami telah bercerita tentang ini... tentang kebodohan PAS tahap gaban yang menyusahkan rakyat. Keistimewaan yang diberkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia di tarik balik dengan pengurangan ini.
Insyaallah rakyat akan sedar apa itu parti PAS sebenarnya...Parti yang dahulunya memperjuangkan ISLAM kini hanya memperjuangkan kuasa. Kuasa yang mungkin menyebabkan negara ini menjadi semakin kerdil dengan tindakan-tindakan tidak cerdik mereka.
Manalah tahu jika benar ALLAH mengizinkan puak ini memerintah negara, boleh jadi Arab Saudi bukan menambahkan kuota tetapi semakin mengurangkan kuota haji , maklumlah mereka ini ramai terdiri dari orang yang panas baran dan suka merusuh??bimbang juga kalau-kalau merusuh di Mekah plak nanti??... manalah tahu penyakit merusuh ketika BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur tempoh hari di bawak plak ke sana. Sebab Nik Aziz kata orang islam ni berdemonstrasi 5 kali sehari dan sekali pada hari jumaat demo besar di masjid-masjid. Mungkin mereka akan berdemo di Mekah yang akan di akhiri dengan rusuhan macam dibuat masa BERSIH 3.0 ari tu..kalau cam tu siapa nak tambah kuota haji???...makin kuranglah nampaknya.....
Kepada pembaca blog ini.... fikirkanlah dengan waras kewajaran menyokong puak ini... kerana untuk mendapat kuasa itu mungkin senang dengan merusuh disitu atau di sini tapi kita memerlukan 50 tahun lagi untuk membina semula negara selepas rusuhan.
terima kasih.
terima kasih pok nikkk... done follow - Noob...
ReplyDelete