Saturday 26 May 2012

WOW!!! TERIMA KASIH PAS KERANA MELUCUTKAN KEAHLIAN YB DATO DR HASSAN ALI




Seperti janji Angin untuk kembali bercerita pasal Ceramah Hassan Ali di Kawasan Lapang Pasar Borong Gong Pauh.... Kali ini Angin teruskan dengan ucapan TERIMA KASIH kepada PAS yang terpaksa akur dengan telunjuk PKR dengan tiidak ada "telur" telah membuat keputusan melucutkan keahlian Hassan Ali.

Mungkin pada mereka yang bersidang dua hari selepas melihat bapak "ais krim tandas"  ber"firman" dalam akhbar suapaya mengambil tindakan kepada Hassan Ali, ya mungkin pada mereka kalau buang Hassan Ali, Tak akan menjadi "Kudis Gatal" pada PARTI mereka. Hassan Ali akan keseorangan akhirnya pasti Hassan Ali akan putus asa dan tiak melalak lagi. Akhirnya Haasan Ali akan "Mati" dari ingatan rakyat.

TAPI.....

"Tuan-puan, saya serahkan kepada tuan puan, tapi saya nak sebut, malam ini adalah malam ke 111 berturut-turut, saya mengadakan program seperti ini, malam tadi di felda telui kanan sik, kedah. 3 4 ribu, 2 bulan lepas di wakaf che yeh,  20 ribu orang yang datang, pasir mas 10 ribu orang.....dan orang PAS kata Hassan.... kamu nak cakap apa lagi?... Hassan..... kamu berseorangan, Hassan... tidak ada orang yang bersimpati dengan kamu, Hassan.... tidak ada orang yang nak dengar kamu,.... Hassan.. kamu dah di dapati bersalah dan kamu telah di pecat, Hassan.... kamu tidak ada resources... tapi tuan tuan ini lah yang berlaku... setiap malam hampir 111 malam ketika saya mengdakan program seperti ini, rakyat ramai yang datang....dan dari ketua penerangan PAS mengatakan Hassan setelah ia di pecat, status dia tak lebih daripada KEMUNCUP, tak lebih dari KEMUNCUP tapi saudara-saudara, saya tak tahulah, jadual saya sehingga bulan 7 telah penuh dengan program-program dari seluruh negara untuk mendengar sendiri dari mulut saya, apa yang berlaku kepada saya....."

Ambik tohhhhhh..... Kalau setiap malam  macam itulah "croud" yang datang maka itu akan menjadi liabiliti kepada PAS, pastinya ada antara 2 3 ribu yang datang itu adalah ahli PAS dan mereka insyaallah akan bersimpati pada Hassan... So... memang PAS tengah kecut "telur sekarang ni....

Apalagi  bila Hassan Ali menceritakan tentang kedudukan ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS selama ini telah tiada lagi. PAS hanya memperjuangan PUTRA JAYA..Sudah tidak ada lagi perjuangan negara ISLAM. Salah satu parti kerabat mereka iaitu DAP menolak mentah-mentah untuk menjadikan negara ini sebagai negara ISLAM tapi mereka masih terkawan. Hassan sendiri tidak faham kenapa mereka meneruskan persahabatan kedengan parti yang nyata menolak keinginan mereka.Tak ada ruang bagi PAS untuk menajdikan negara ini ISLAMIK STATE.tapi PAS sanggup bersama hanya kerana mahukan PUTRA JAYA, sekarang ini dah jadi macam zikir kepada mereka ""PUTRA JAYA, PUTRA JAYA, PUTRA JAYA"....

Begitulah yang berlaku kepada HASSAN ALI, seorang insan yang berjiwa besar yang sebenarnya tidak berseorangan, yang kini menjadi liabiliti kepada PAS. Mesti PAS menyesal dan terus menerus memburukkan HASSAN ALI, mereka akan cuba menjatuhkan HASSAN ALI.... tapi sebenarnya HASSAN semakin kuat sedikit sebanyak semakin membantu BARISAN NASIONAL sebenarnya...

Sebab itu, dalam sidang media selepas itu, HASSAN ALI menyebut bahawa PAS TIDAK akan mendapat sokongan besar dalam PRU 13 dan jika benar PR berjaya mendapatkan PUTRA JAYA (Nauzubillah), PAS tidak akan mendapat yang bagus dalam kementierian pun kerana PAS ha nya akan menjadi JUNIOR PARTNER.

Maknanya, PAS hanya akan terus melukut ditepi gantang. Sebab itu NIK AZIZ mula becakap pasal muzakarah... huhuuhuhuhuhuu.. propa untuk mencari sedikit populariti.... ESOK ar!!!!! PROPA hampa semua orang dah tahu..

Kalau nak tahu cerita selanjutnya, jom tengok blog sahabat ANGIN....DIN TURTLE 

APA PUN TERIMA KASIH SEKALI KEPADA PAS!!!!






No comments:

Post a Comment