Friday 7 June 2013

KISAH SEDIH " KULI ORANG POLITIK"

Assalamualaikum...

Saya kembali.... kembali dengan seribu rasa yang baharu. Selepas PRU13 lalu saya merasa sedikit kecewa... puas saya cari jawapan pada soalan yang sentiasa berlegar legar di kotak fikiran dan hati... tetap tiada jawapan yang pasti...

Keputusan harus saya buat... apakah meneruskan khidmat saya sebagai pekerja politik atau bahasa kasarnya "kuli politik" atau terus menghentikan khidmat saya untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan perkara2 lain....

Tiba tiba malam ini datang satu cerita yang lebih berat dari perasaan aku sendiri..cerita seorang sahabat yang amat saya kagumi dan hormati. Nasib beliau rupanya lebih teruk dari apa yang saya alami.

Beliau yang saya namakan sebagai "Daud" lebih dekat dengan seorang pemimpin ditempat kami. Bertahun beliau bekerja untik orang politik ini. Siang malam beliau gunakan untuk berfikir bagaimana membantu rakyat dan membantu majikan beliau. Dia mahu rakyat faham akan pejuangan yang dibawa oleh parti yang dinaungi oleh majikan beliau.

Akhirnya majikan beliau telah dinamakan sebagai calon dalam PRU13 yang lalu. Sebagai pemikir untik majikan beliau sedaya upaya memerah otak agar rakyat dapat menerima majikannya dan seterusnya memilih partinya.

Malang..... ALLAH telah menentukan bahawa majikan beliau kalah dalam pilihanraya tersebut. Dihari mengundi berbagai versi keputusan awal diperolehi, majikan beliau menang.... majikan beliau kalah... tapi keputusan akhirnya ialah majikan beliau KALAH TERUK!!!!

Mulalah episod duka kuli politik. Setelah mendapat keputusan, beliau di minta supaya pulang ke kampungnya...

Ketika memberitahu saya bahawa majikan meminta beliau pulang, beliau hanya senyum...
Katanya insyaallah majikannya tidak akan membiarkan beliau begitu sahaja. Sebagai ahli politik yang memiliki kekuatan tersendiri pasti ada rancangan yang tidak memungkinkan dia menjadi penganggur...

Kini telah lebih sebulan berlalu... rupanya apa yang ditunggu tidak gugur... malah lebih menyedihkan majikan beliau tidak mengangkat panggilan talipon beliau. Langsung.... sungguh!!!! Langsung tidak tanya khabar...

Malam ini saya call sahabat saya itu. Sedih!! Beliau memberitahu saya, dia berada dalan keadaan tertekan sekarang...memang dia tiada kerja lain... hanya menjadi kuli orang politik. Anak dan isteri perlu makan, perlu beli pampers.... tapi seorang pun tiada yang peduli...

Kesian sangat... rupanya begini nasib kuli orang politik... masa nak bukan main oujuk rayu.. bila dah tak perlu buang macam sampah!!!!

Apakah saya juga akan menerima nasib seperti sahabat saya ???

Hanya ALLAH yanh mengetahui..

Walau apapun saya akan teruskan apa yang  pernah saya mulakan dulu...  saya mahu terus berjuang demi agama,bangsa dan negara saya...

Kepada sahabat tersayang... tabahkan hatimu... insyaallah ada jalan penyelesaiannnya. Rezeki ALLAH maha luas...

Kepada majikan sahabat saya itu... apa yang tuan mahu lakukan untuk membantu sahabat saya... takkan nak dibiarkan sahaja beliau sebegitu setelah bertahun menghambakan diri untuk tuan...

Fikir2kan ya....

1 comment:

  1. Nasib seorang pejuang.... habis madu sepah dibuang

    ReplyDelete