Saya membuat satu analisa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya
di dalam bidang perfileman semenjak 1990. Analisa ini saya buat tanpa
membuat perbandingan dengan foto mana-mana individu.
Sample yang saya terima ialah di dalam bentuk DVD dan saya dapati
mutu rakaman audio dan videonya adalah di dalam keadaan baik. Suara
boleh didengar dan difahami perbualannya. Saya berpendapat video ini
adalah satu rakaman yang telah dirancang dengan baik oleh individu atau
kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas tentang pencahayaan dan juga
rakaman audio. Saya berpendapat kamera ini diletakkan di satu sudut di
sebelah bawah sebuah peti televisyen. Ini adalah satu pemilihan sudut
yang bijak kerana perakam tahu pelaku di dalam video ini akan kerap
menoleh ke arah peti televisyen, justeru wajah pelaku dapat terakam
dengan sempurna.
Terdapat dua orang pelaku di dalam video ini. Seorang lelaki dan
seorang perempuan. Walaupun hubungan diantara kedua-dua pelaku ini
adalah tidak jelas, tetapi niat pertemuan mereka di dalam bilik tersebut
adalah jelas, iaitu untuk melakukan hubungan seksual.
Durasi keseluruhan video ini adalah 11 minit 26 saat.
Saya telah membuat screenshot aksi-aksi di dalam video ini dan di
failkan mengikut susunan dengan nama fail Fa 1-1 sehingga Fa 16-1. Saya
juga membuat screenshot jarak dekat wajah pelaku dan dinamakan sebagai
Fa E CU 1-2 sehingga Fa E CU 3-2. Screenshot dibuat menggunakan
applikasi Grab oleh Apple.
Kemudian gambar-gambar dari video itu dibuka menggunakan Adobe
Photoshop dan di ‘enhance’ menggunakan filter smart sharpen dan filter
reduce noise. Di bawah adalah foto-foto mengukut susunan.
Secara keseluruhan saya berpendapat bahawa video ini adalah authentic
dan tidak ada pengubahsuaian selain dari suntingan untuk
memendekkannya. Suntingan yang dibuat adalah amat asas dan tidak
menjelaskan atau mencemar kandungan video tersebut.
Lelaki di dalam video tersebut adalah individu yang sama dari
permulaan video sehingga ke penghujungnya. Lelaki itu boleh dikenalpasti
dengan jelas menerusi cara dan corak beliau berpakaian, saiz dan bentuk
badan, rupa parasnya dan suaranya.
Kesimpulan yang dapat saya buat ialah pelaku lelaki di dalam video ini boleh dikenalpasti.
No comments:
Post a Comment