KUALA LUMPUR 5 April - Misteri sama ada benar
atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat
setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar
Ibrahim akhirnya terjawab.
Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak
berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan
mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah
terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.
"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang
diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada
orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak
bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat
yang sulit.
"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri
ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi
kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal
apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada
benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18
muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan
bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.
Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun
pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr.
Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan
pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.
"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya
terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak
memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.
Entah entah surat tu ditulis dengan kerjasama kedua dua puaka suami isteri itu sebab itu Anuwar tak pernah ambil pusing mengenai kabar angin kewujudan surat ini.
ReplyDeleteAnwar la katakan bab mengayat bagi kat dia. Jijah menurut saja. Seperti yang kita tahu sungguh pun Jijah berpelajaran tinggi tapi dalam politik lebih bangang dari budak pejabat yang minat politik.
Tu surar cinta la beb... Wan azizah nk wat derama pasai tu skrip nya dia pas Kat Dr matahir.. Skrip cita bgus tpi nk cri pelakun yg payah... Pasai tu Dr mathir simpan skrip dia.. Kod2 nti da pelakun yg nk blkun betul....
ReplyDelete