Selepas mengeluarkan fatwa politik yang
disifatkan banyak pihak sebagai menyesatkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat semakin biadab selepas mendakwa jika Nabi Muhammad
SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.
Tuduhan liar itu dibuat selang tiga hari selepas Menteri Besar
Kelantan berkenaan mendakwa, solat orang UMNO tidak mendapat pahala
dengan alasan parti yang telah banyak mengembangkan syiar Islam di
negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tersebut mengamalkan dasar
kebangsaan.
Lebih menyedihkan, dakwaan itu dibuat selepas Nik Abdul Aziz dengan
bongkak mempertahan kenyataan solat orang UMNO tidak mendapat pahala
sebelum disusuli tuduhan masjid yang dibina tidak memberi apa-apa makna
kononnya atas alasan parti itu menolak Islam.
"Puak ini (UMNO) kalau Nabi Muhammad hidup balik, dia lawan," katanya
semasa berceramah dalam majlis prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli,
Kelantan yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagaimana dipetik di blog, rbfonline.net hari ini.
Ini kali kedua Pas mengheret Rasulullah dalam kancah politik selepas
Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som
menerusi Twitternya baru-baru ini berkata: "Kalau Nabi Muhammad masih
hidup, mungkin video seks baginda pun UMNO akan keluarkan...Jahanam
UMNO,".
Mengulas kontroversi terbaru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata,
kenyataan dan perumpamaan terbaharu Nik Abdul Aziz yang menyifatkan UMNO
akan menentang baginda merupakan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
"Nilaikan prinsip Pas dalam memperjuangkan Islam, di mana pendirian mereka berhubung penggunaan kalimah Allah sebelum ini?
''Sebagai Tok Guru, Nik Abdul Aziz patut berhenti menuduh semua orang
menolak dasar Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh
Gadot berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya menggunakan agama Islam
serta mengaitkan Rasulullah SAW untuk mencapai matlamat politik.
Menurut beliau, tindakan Nik Abdul Aziz itu juga bertentangan dengan
sikap sesetengah musuh Islam yang turut menghormati Rasulullah SAW.
"Islam tidak menggalakkan kita bercerita hal-hal keburukan seseorang
yang sudah meninggal dunia apatah lagi sekiranya perkara itu melibatkan
Nabi Muhammad SAW yang maksum," katanya.- utusan
LAILLAHAILLAH,,,,,,,, NIK AZIZ NI DAH NYANYUK NI....... KONON2 DIA NAK SAMAKAN DIRI DIA DENGAN RASULULLAH S.A.W.........
ReplyDelete