Wednesday, 3 April 2013

LAHAD DATU : SEORANG LAGI DATO SERI DI CARI POLIS???

LAHAD DATU 3 April - Polis hari ini mengumumkan sedang mencari seorang lagi lelaki yang bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali yang dipercayai ada hubungan dengan Kesultanan Sulu.

Katanya, suspek warganegara Malaysia itu yang berusia 57 tahun dipercayai dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes yang berkaitan dengan Ops Daulat.

"Pihak polis berharap beliau dapat menyerah diri di balai polis berdekatan dengan segera bagi membantu siasatan Ops Daulat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu tersebut boleh menghubungi pihak polis untuk menyalurkan maklumat.

Kok Liang berkata, alamat terakhir individu itu adalah di Nombor 55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment