GURUN 8 April - Para ulama pondok sekali lagi
menegaskan haram bagi umat Islam memberikan undi kepada pakatan
pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka
menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.
Ia diputuskan dalam deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah
Agama Rakyat dan Tahfiz yang berlangsung di Hotel Haverd, di sini hari
ini.
Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Jiwa Murni
disertai oleh kira-kira 200 orang ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) seperti Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan, Yayasan
Pondok Malaysia dan serta beberapa pertubuhan lain.
Deklarasi itu dibuat berdasarkan nas-nas daripada kitab-kitab Ulama
Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan
perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.
Para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang
iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi
nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta
sesat lagi menyesatkan. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment