“Ada perubahan besar dan mengejutkan.” Demikian tegas Pengerusi
Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak mengenai senarai calon
parti itu yang bakal dipertaruhkan pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13).
Menurutnya, elemen kejutan itu amat penting bagi BN untuk berdepan
pembangkang, malah satu pelan tindakan terbaik sudah dirangka sebelum
diumumkan peringkat demi peringkat mengikut tempoh masa sesuai.
Najib berkata, sebagai permulaan, manifesto BN dilancarkan di
Stadium Tertutup Bukit Jalil, di sini, esok yang turut menjadi dokumen
aku janji BN kepada rakyat untuk terus komited melakukan pembaharuan dan
perubahan menerusi mandat diberikan.
“Kita nak adakan satu...satu (peringkat demi peringkat). Kalau saya cerita semua, tak ada lah ‘surprise’ (kejutan) nanti. Sangat penting kepada kita mempunyai elemen kejutan,” katanya disambut sorakan pimpinan tertinggi BN termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, diikuti mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment