KUALA LUMPUR 2 April - Pas akan mempertaruhkan Ketua Pemudanya,
Nasrudin Hasan Tantawi untuk merebut kerusi Parlimen Temerloh yang kini
disandang oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin
Abdullah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengumuman nama Nasrudin untuk bertanding Temerloh itu merupakan
satu kejutan memandangkan pada pilihan raya umum lalu, kerusi tersebut
ditandingi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nizam Hamid
tetapi tewas dengan majoriti 2,441 undi.
Nasrudin yang dihubungi Utusan Online mengakui terkejut dengan pengumuman tersebut dan akur dengan kehendak pucuk pimpinan parti.
Sementara itu, Pas turut mengumumkan bekas Pengarah Kor Agama
Angkatan Tentera (Kagat), Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad untuk
mempertahankan Parlimen Baling.
Manakala Timbalan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi akan mempertahankan Parlimen Titiwangsa.
Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Taib Azamudden Md. Taib memenangi
kerusi tersebut selepas mengalahkan calon BN, Datuk Abd. Azeez Abdul
Rahim dengan majoriti 7,613 undi.
Bagi Parlimen Titiwangsa pula, Allahyarham Dr. Lo Lo Mohamad Ghazali
menang dengan majoriti 1,972 mengetepikan calon BN, Datuk Aziz
Jamaludin Mhd. Tahir.
Pengumuman calon-calon itu dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dalam satu mesyuarat di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut di
sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment