Monday, 1 April 2013

HANGAT!!! TUN M GESA PENGUNDI TAMATKAN KARIER 3 ORANG TUA DALAM PAKATAN




JOHOR BAHRU 1 April - Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri."

"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia."

"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.

Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.

"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa."

"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.

Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff - UTUSAN

No comments:

Post a Comment