Saturday 8 June 2013

PAS MENANG WALAU HARAM UNDI PAS???





Assalamualaikum...

Pagi ini teringat kepada satu perkara.... sebenarnya memang telah lama bermain di kotak fikiran.... cuma malas nak ingat... sengaja buat2 sibuk.. akhirnya terlupa... tapi bangun subuh tadi tiba tiba sahaja kembali memikirkan perkara ini...

UNDI PAS HARAM!!! Itu perkara yang pernah di lontarkan oleh ulamak pondok geting di Kelantan. Berbulan bulan perkara ini diutarakan... mungkin juga dibawa keseluruh pelusuk negara. Beberapa kalai mereka menegaskan bahawa UNDI PAS HARAM.

Sungguh mengejutkan  apa yang diucapkan oleh ulamak pondok tidak mendapat perhatian dan kecaknaan umat islam di sebahagian besar daerah mengundi seluruh negara.

UNDI PAS HARAM!!!!  Begitu banyak kerusi negeri dan kerusi Parlimen yang dimenangi PAS. Kelantan masih diperintah parti yang dikatakan haram diundi ini. Terengganu pula hampir dikuasai Pas apabila memenangi 15 dari 32 kerusi Dun.

UNDI PAS HARAM!!! Jika haram kenapa tidak diikuti oleh rakyat yang beragama islam??  Apakah dalil haram UNDI PAS tidak cukup kuat?? Atau PAS itu sendiri kebal sehingga tidak boleh difatwakan HARAM UNDI PAS??

HARAM UNDI PAS!!!! Atau mungkin juga kerana orang umno sendiri yang berpaling tadah?? Sanggup menanggung dosa mengundi parti yang HARAM diundi.

Biarlah apa pun yang penting mereka mesti memenangkan calon PAS....



MENANGGUNG DOSA???

Jika fatwa UNDI PAS HARAM dipakai.. siapa yang akan menanggung  dosa pengundi pengundi yang memilih parti itu? Mungkin ulamak pondok Geting telah terlepas dari dosa kerana telah menyampaikan mana haram mana yang halal tapi orang lain?? Apakah dosa mengundi Pas hanya kepada orang yang mengundi atau terpaksa ditanggung oleh semua umat islam di Malaysia?

Insyaallah nanti saya akan cari jawapan kepada persoalan ini... atau mungkin ada pembaca yang boleh bagi saya jawapan... terima kasih pada semua...





No comments:

Post a Comment