Monday 15 July 2013

PRK N01 KUALA BESUT : HUSAM CUBA MENAFIKAN KEKAYAAN RAKYAT TERENGGANU










Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut, Datuk Husam Musa dalam satu artikel yang dipetik dari Harakah Online mengatakan bahawa rakyat  Kuala Besut masih banyak yang miskin.

Dari mana Husam mendapat info ini, masih tidak diketahui.Beliau juga mengaitkan kemiskinan ini dengan hasil minyak Terengganu yang didakwa tidak digunakan sebaik mungkin. Tidakkah Husam sedar bahawa semua pemimpin PAS amat suka datang ke Terengganu. Apa lagi jika dijemput untuk menjadi penceramah di mana-mana ceramah umum.



Rakyat Terengganu adalah orang –orang kaya yang sentiasa menderma di sertiap ceramah umum yang di anjur oleh PAS. Ini juga berlaku di PRK Kuala Besut. Kadang-kadang sampai puluhan ribu ringgit berjaya dikutip dalam satu ceramah umum.

Perkara ini juga diakui oleh Cikgu Non dalam satu program penerangan berkaitan dengan wang tabung memali yang diadakan di Kuala Terengganu tahun lepas. Cikgu Non menyatakan bahawa rakyat Terengganu adalah antara penderma terbanyak untuk tabung tersebut.

Pendek kata, rakyat Terengganu sebenarnya tidak miskin seperti yang didakwa oleh Husam Musa. Buktinya PAS sendiri mengharapkan wang rakyat Terengganu untuk menjayakan satu-satu program.

Kesian Husam terpaksa memburukkan imej kerajaan Terengganu untuk mendapatkan undi dari pengundi dun Kuala Besut. Namun rakyat Kuala Besut tidak begitu mudah untuk terpengaruh dengan dakyah PAS. 

Apalagi, PAS telah pernah membuktikan bahawa mereka tidak tahu menguruskan hak rakyat ketika memerintah Terengganu tahun 1999-2004. Sebenarnya Rakyat telah serik dengan PAS yang gagal mentadbir urus negeri ketika itu. Maka cukuplah wehhhh

No comments:

Post a Comment