Tuesday 23 July 2013

SKANDAL BALAK PAS : KERAJAAN TERENGGANU BAKAL DI SAMAN LAGI???

 
KES terbaru ‘dosa besar’ Kerajaan PAS Terengganu pada 1999-2004  yang akan meledak sebenarnya sudah berlarutan kira-kira 11 tahun membabitkan sebuah syarikat yang diberikan konsesi untuk mengeluarkan 1.2 juta metrik tan balak yang nilainya dianggarkan RM2.1 bilion (RM2,100 juta).
 
Menurut fakta, mahkamah memberikan kemenangan kepada syarikat konsesi tersebut untuk menuntut ganti rugi gara-gara kerajaan negeri Terengganu 1999-2004 menamatkan perjanjian sewenang-wenangnya.
Sedangkan, menurut sumber syarikat berkenaan, sejumlah wang sudah dibayar kepada kerajaan negeri dan mungkin individu tertentu.

Ini bermakna Kerajaan Terengganu 1999-2004 adalah jenis yang ‘mungkir janji’ dan pemimpinnya ‘baham duit balak’.

Kita jangan lupa kepada kes Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) – di mana kerajaan PAS juga ‘mungkir janji’. Berikutan ‘tindakan zalim dan tidak profesional’ kerajaan PAS, syarikat berkenaan turut dibebani hutang lebih RM8 juta dengan kontraktor dan pembeli balak selain kerugian bayaran premium dilakukan.

Menariknya syarikat Bumiputera berkenaan menang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 12 November 2010 lalu dan gara-gara perbuatan kerajaan PAS Terengganu, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Ahmad Said pula terpaksa menanggung beban sebanyak RM1 bilion berkenaan.
Kalau satu syarikat mungkin kita boleh katakan sebagai terkhilaf.

Tetapi jika berlaku juga kepada syarikat lain, ia bukan terkhilaf tetapi sama ada sengaja melakukannya, tidak cekap atau mungkin juga TIDAK BERUPAYA untuk mentadbir.

Duit daripada hasil balak ialah harta rakyat yang sepatutnya dibelanjakan untuk kemajuan dan kepentingan rakyat.Modus operandi yang dilakukan pemimpin ketika itu ialah menawarkan tender terbuka untuk syarikat konsesi mendapatkan projek.
 Bagaimanapun Kerajaan ketika itu menetapkan bahawa syarikat yang mendapat konsesi perlu membayar RM280 juta kepada Kerajaan Negeri. Tidak kurang dan tidak lebih.

Difaham ada lapan atau sembilan syarikat berminat. Tetapi akhirnya sebuah sahaja syarikat ditawarkan atau berjaya mendapat konsesi.

Syarikat yang mendapat konsesi ini sebenarnya membeli sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham dengan keseluruhan kos termasuk modal dan perbelanjaan lain hampir RM60 juta demi mendapatkan konsesi bernilai RM2.1 bilion itu.

Memang berbaloi kerana Kerajaan Negeri hanya mahukan RM280 juta sahaja. Jika dihitung secara mudah, selepas ditolak modal membeli syarikat sebanyak RM60 juta dan kos membalak yang dianggarkan RM500 juta, syarikat masih membuat untung kira-kira RM360 juta. 

Tetapi selepas membayar kepada Kerajaan Negeri dan individu tertentu sejumlah wang, syarikat berkenaan ditamatkan perjanjian.

Kes dibawa ke Mahkamah Tinggi dan akhirnya sekitar 2007, syarikat berkenaan mendapat perintah untuk menuntut kerugiannya daripada kerajaan negeri.

Ini bermakna selepas tiga tahun jatuhnya kerajaan PAS, beban yang dibuat oleh pemimpin PAS dan Kerajaan PAS terpaksa dipikul oleh Kerajaan BN.

Berapakah jumlah yang dibenarkan untuk dituntut kepada kerajaan negeri?

Mencecah RM2.1 bilion, iaitu sama dengan jumlah Bajet 2013 untuk perbelanjaan setahun bagi tujuan pembangunan negeri.

Pihak syarikat beberapa kali menghubungi kerajaan negeri dan difahamkan Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said ketika ini terpaksa ‘menguruskan isu’ ini dengan baik kerana tempoh enam tahun selepas keputusan mahkamah semakin menghampiri.

Dengan kata lain, perundingan perlu dibuat dengan syarikat berkenaan untuk mengelakkan wang rakyat sebanyak RM2.1 bilion terpaksa dibayar kepada syarikat berkenaan.

Ini bermakna Ahmad Said terpaksa uruskan dua ‘beban yang ditinggalkan kerajaan PAS berkaitan balak’, iaitu dengan syarikat terbaru ini selepas dengan Riyapadu – sedangkan pemimpin PAS yang kini ‘kehilangan kuasa selepas kalah pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013’ menuduh Kerajaan BN sekarang ‘baham balak’.

No comments:

Post a Comment