Thursday 18 July 2013

PRK N01 KUALA BESUT : RAKYAT BERSYUKUR :PENANTIAN BERAKHIR DENGAN PERUNTUKAN RM250 JUTA UNTUK DALAMKAN MUARA KUALA BESUT

 
Sesuatu yang amat dinantikan dengan penuh harapan bagi golongan nelayan di negeri ini, khususnya di Kuala Besut apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM250 juta  projek mendalamkan muara Sungai Kuala Besut bagi kemudahan golongan nelayan dan pelancong untuk ke Pulau Perhentian.

Sewaktu mengumumkan kelulusan projek berkenaan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, sebuah syarikat akan melakukan kajian awal yang memakan masa enam bulan bagi menyediakan pelan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Sekian lama keadaan muara Sungai Kuala Besut yang cetek menimbulkan rungutan kepada nelayan untuk masuk ke muka kuala bagi memunggah hasil tangkapan dan pelancong yang menaki bot ke Pulau Perhentian.

Sebelum ini, kerajaan sudah melakukan projek mendalamkan muara sungai ini, tetapi disebabkan ia dilakukan secara ‘ad-hoc’ masalah muara cetek berulang.
Kini dengan peruntukan yang begitu besar, keperluan golongan nelayan dan pengusaha pelancongan  diberi perhatian istimewa oleh kerajaan.

Untuk menjayakan projek ini, kerajaan pusat menyediakan peruntukan awal RM500,000 bagi membiayai kajian awal untuk pelaksanaan projek ini.
Nelayan menyambut baik langkah kerajaan meluluskan satu peruntukaan yang begitu besar bagi mendalamkan muara sungai Kuala Besut itu, sesuatu yang bukan mudah untuk memperolehi sebanyak itu bagi satu projek.
Nelayan Besut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meluluskan peruntukan RM250 juta bagi projek mendalam muara sungai Kuala Besut untuk kepentingan mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan Besut Che Busu Ismail yang mewakili nelayan daerah Besut menganggap ia sebagai satu rahmat yang dinanti-nanti oleh setiap nelayan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Katanya projek mendalam muara sungai Kuala Besut itu pasti akan dapat membantu menambah hasil kaum nelayan yang kini sedikit terjejas ekoran muara sungai cetek hingga menyebabkan kebanyakan pendaratan ikan terpaksa dilakukan di Tok Bali, Kelantan sekarang.

 Pada masa sekarang terdapat 351 buah bot nelayan yang beroperasi di daerah Besut dan daripada jumlah itu hanya kira-kira 45 peratus sahaja yang menggunakan pendaratan LKIM di Kuala Besut akibat masalah muara cetek.

Kebanyakan peraih ikan dari Kelantan dan Pahang perlu mengambil ikan yang didaratkan pada awal pagi yang kadangkala terganggu kerana bot yang mendaratkan ikan Kompleks Ikan LKIM di Kuala Besut terpaksa menunggu hingga air pasang untuk melalui muara.

Justeru banyak peraih didapati beralih ke Tok Bali di Kelantan bagi mendapatkan ikan kerana bukan sahaja bot boleh mendaratkan ikan lebih awal malah kebanyakan bot nelayan di situ tidak berdepan masalah muara cetek.

Hampir tiap tahun terdapat bot yang karam atau tenggelam di muara Sungai Kuala Besut kerana terlanggar beting pasir atau kerana muara yang cetek
Setakat ini hanya bot bersaiz kecil sahaja yang boleh memasuki muara Kuala Besut sepanjang masa tetapi kebanyakannya tidak membawa sama tangkapan yang banyak sebagaimana diperlukan.
Oleh itu penantian menjadi kenyataan, demikianlah kata-kata yang dapat disimpulkan bila kerajaan Barisan Nasional bertindak mendalamkan muara sungai Kuala Besut ini.
Semoga Kuala Besut akan melalui era baru yang baik, di sini segalanya bermula.

SUMBER

No comments:

Post a Comment