Monday 15 July 2013

PRK N01 KUALA BESUT : KONTROVERSI SETERUSNYA : SILA TUTUP MULUT

 
SEJARAH baru dicipta oleh sebuah parti yang kuat bercakap dan sibuk berceramah apabila calonnya di Kuala Besut, Che Long hanya akan memberi kenyataan sendiri sebaik sahaja memenangi PRK tersebut.
Itulah yang terjadi kepada Pas di Kuala Besut.

Pengurus Kempen PRK Pas, Hanafiah Mat berkata, “Kita bukan mengongkong tapi memberikan tunjuk ajar kepada beliau (Che Long) cara-cara untuk menghadapi kerenah media-media di hadapan saya ini”.
Hanafiah yang juga ADUN Chukai, Kemaman sebaliknya menyalahkan pihak lain dengan mendakwa kenyataan Che Long telah dimanipulasi.

Adakah Che Long sekadar menyebut No Komen! No Komen! Ataupun hanya menggunakan bahasa isyarat apabila bertemu pihak media?

SETERUSNYA DI SINI

No comments:

Post a Comment