Monday 15 July 2013

PRK N01 KUALA BESUT : PENDUDUK PULAU PERHENTIAN MAHU TERUS KEKALKAN BN




Pembangunan adalah satu agenda penting buat semua rakyat. Tanyalah siapa sahaja yang bergelar rakyat kepada suatu kerajaan, jawapan pasti mereka ada agenda pembangunan seperti sekolah, masjid dan tempat tinggal.

Bagi penduduk Pulau Perhentian yang ditemui, mereka sangat berpuas hati dan bersyukur kerana Allahyarham Dr  A. Rahman Mokthar yang merupakan anak jati Pulau Perhentian tidak pernah melupakan pembangunan di pulau tersebut.


Encik Wahab Bin Che Mat, 52 tahun yang juga merupakan anak tempatan pulau yakin bahawa kerajaan Barisan Nasional melalui calon pilihanraya N01 Kuala Besut akan meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh arwah.

“Kami bersyukur kerana arwah telah merintis jalan untuk membina 3 blok rumah pangsa di sini. Sekarang tapak rumah pangsa tersebut sedang dalam pembinaan, insyaallah segala masalah kami akan selesai tak lama lagi”. Kata beliau sambil menyatakan keyakinan bahawa pembinaan rumah pangsa tersebut akan diteruskan oleh Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman.

Memang benar Allahyarham Dr. A. Rahman tidak pernah menafikan pembangunan di Pulau Perhentian, buktinya di sana tersergam indah sebuah balai polis, tegak guguh bangunan sekolah rendah, balairaya, bangunan klinik kesihatan dan sebuah masjid sedang dalam membinaan.

No comments:

Post a Comment