Saturday, 12 March 2011

MASYAALLAH!!!! FASIQ KERANA SEBUAH BUKU???

BUKU YANG MENYEBABKAN SEMUA ORANG TERLIBAT JADI FASIQ?????
Apabila mata dibutakan.....Apabila telinga dipekakkan.... Apabila mulut menjadi celupar....Apabila hati telakeh mati..... Apabila pemimpin didewakan....

Maka diletakkan hukum sesuka hati.....begitu terjadi ketika khutbah jumaat di Masjid TTDI Jaya Shah Alam tadi. Kenapa begitu marah kepad sebuah buku yang ditulis oleh Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir???

"Siapa yang menulisnya fasiq!, siapa yang membelinya fasiq!, siapa yang membacanya fasiq!, siapa yang menjualnya fasiq!..." tempik khatib tersebut. Pendek kata siapa saja yang terlibat dengan buku itu adalah fasiq dan tidak selamat !. Begitu yang terkeluar dari mulut khatib itu.

Cerita selanjutnya disini
 
Sejauhmanakah khatib ini berada dalam UMNO sehingga beliau begitu yakin bahawa apa yang ditulis didialam buku tersebut adalah fitnah? Apakah kerana begitu menjadi lakonan "DEWA" sehingga khatib dah jadi buta, pekak atau apa??? Tak payah banyak, minta di DEWA bersumpah untuk bersihkan namanya selesai masalah. Tapi ada berani ke??. Perbuatan menjatuhkan hukum sedemikian memang dah menjadi darah daging pembangkang. Mohon dihentikan!!!!

TSUNAMI : JEPUN GEMPAR SELEPAS 150 TAHUN


Hari ini sekali lagi dunia gempar dengan berita Tsunami yang melanda negara Jepun selepas mengalami gegaran sekuat 8.9. Setakat ini dikhabarkan seramai 23 orang maut akibat kejadian tersebut.


Marilah kita mengucap syukur kehadrat ALLAH subhanahuwata'ala kerana negara kita yang tercinta dijauhi dari kejadian-kejadian seperti ini.

 

SIAPA BOS??? PAS & DAP SALING TAK MEMPERCAYAI

 
Orang Tua ini di Gantung selama 6 bulan

Sudah beberapa hari Dewan Parlimen bersidang. Sepertimana yang diketahui Ketua pembangkang Anwar digantung selama selama 6 bulan bermula Disember tahun lalu.
PAS dan DAP????? SIAPA NAK GANTI ANWAR NI??

Kini dikatakan Pembangkang bagai ayam kehilangan ibu. Kesefahaman diantara PAS dan DAP amat terang lagi bersuluh bila kedua-dua parti itu tidak dapat kata sepakat untuk melantik siapa ketua mereka untuk sementara ini.

Begitulah bila tidur sebantl mimpi lain-lain..

‘‘Tidak ada persefahaman di antara Pas dan DAP untuk menentukan siapa pengganti Anwar kerana Pas tidak boleh terima DAP dan DAP juga tidak boleh terima Pas,” kata Menteri Di Jabatan PErdana Menteri. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz,  di sini hari ini.

TIDUR SEBANTAL MIMPI LAIN-LAIN
BEGITULAH KEADAAN BILA DUA PARTI YANG KONON MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SAMA TETAPI HAKIKAT MATLAMAT MEREKA BERBEZA. LAKONAN KALAU TAK KENA PADA TEMPATNYA MESTI KELIHATAN BEGITU JANGGAL. AKHIRNYA TERPULANG PADA RAKYAT UNTUK MENILAI SIAPA SEBENARNYA YANG MAMPU MENJAGA MASA DEPAN MEREKA.

Sumber : DISINI

Thursday, 10 March 2011

GUANER GAMOK PAS????? KERAJAAN BN TANGGUNG PENGHANTARAN PULANG PELAJAR MESIR


Guaner gamok PAS wehhhhhhhh???

Kerajaan BN dah setuju nak tanggung penghantaran pulang pelajar Terengganu ke Mesir. Banyak jugak kos yang digunakan untuk penghantaran tersebut.

Berita lanjut di sini

Tidak diambil kira samada pelajar itu anak orang UMNO atau anak orang PAS. Berbeza sekali dengan kerajaan PAS kan? 

Memang ler ko orang akan keata pulak, dah jadi tanggungjawab kerajaan kan? Tapi kenapa ye kerajaan PAS di Kedah ketika banjir tahun lepas tak reti nak beri bantuan yang sepatutnya. Bila kena tegur terus melenting??




Keadaan lebih kurang sama dengan Terengganu tahun 1999 - 2004, masa BN memerintah sebelum itu macam-macam yang PAS kata tak kena. Bila dia orang dapat memerintah macam beruk dapat bunga. Perkara pertama yang dia buat kunci pintu pagar Wisma darul iman.

Kalau rasa nak baca ISLAMIKnya PAS masa memerintah Terengganu. Nah klik jer di 

bila anda klik anda akan mendapati satu lagi blogger muda dari Terengganu. Teruskan melayari blog beliau.
Anda juga boleh mendapat berita-berita kezaliman PAS di Terengganu di
satu lagi blogger muda yang dapat membei info terkini kepada anda.

Sekiranya anda memerlukan berita-berita hangat semasa tentang politik malaysia, anda dijemput klik di
Beliau adalah blogger muda yang semakin panas kini.

PAS vs BN : MANA LEBIH ISLAMIK

Inikah insan yang ISLAMIK??????

Tidak ISLAMIKkah insan ini????
Telah lebih 3 tahun Terengganu diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional dibawah Menteri Besar yang sentiasa dekat dengan rakyat iaitu YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said. Rakyat kini semakin menyenangi Menteri Besar ini. Semoga Negeri Terengganu yang sentiasa aman makmur akan terus di rahmati ALLAH Subhanahuwata'ala.  Insyaallah.

Namun begitulah  negara demokrasi seperti Malaysia. Angin Laut China Selatan bertiup membawa khabar bahawa Pilihanraya Umum semakin hampir. Maka telah menjadi adat, apabila sesuatu yang indah, yang cantik seperti seorang anak dara, lalu ramailah yang berhajat. Maksud saya PAS!!! Lalu dicananglah keseluruh pelusuk negeri bahawa PAS nak ganti UMNO. Nak Ganti UMNO?????

Konon berita dibawa PAS akan lebih memberi kemajuan kepada negeri. Lebih islamik. Lebih Baik dan banyak lagi yang lebih-lebihnya.

Tiba-tiba terkenang aku pada apa yang telah PAS lakukan ketika penah mengantikan UMNO menerajui negeri bertuah ini. Antara perkara yang amat "ISLAMIK" yang pasa dah buat adalah seperti berikut:-
1)  UM: 05 April 2000 – Kerajaan PAS Terengganu lulus lesen baru arak / “Double Standard”... 
2) Al-Haq:Feb.,2001 - Pinjaman Pelajaran ke IPT YT dihentikan oleh kerajaan PAS.
3) Al-Haq: Mac 2001 - YIT tamatkan guru agama / muballigh sejak Januari 2001. 
4) UM: 19 April 2001 - Imam tidak dipecat tetapi ditamatkan jawatan. 
5) HM: 19 April 2001 - Imbuhan hafiz / hafizah ditarik balik sejak Januari 2001.
6) Al-Haq: Julai 2001- Keluhan hafiz buta (Kerana elaun hafiz-hafizah dulu) dihentikan.

7) BH: 30 Julai 2001 - Elaun qariah berjasa Hjh. Rogayah Sulong dihentikan.

8)  BH: 31 Julai 2001 - 2,048 guru al-Quran ditangguh elaun sejak Januari 2001.

9) JHEAT:01.11.2001- Imam Kg. Pujuk, Manir ditamatkan khidmat (Umurnya baru 58 tahun).

10) Al-Haq: Nov.,2001 - Rampas kuasa di masjid, PAS ala militan.

11) Al-Haq: Nov.,2001 - Surau Kampung Getang, Hulu Terengganu diroboh.

12) Al-Haq: Nov.,2001 - PAS pecat bilal UMNO masjid Kg. Getang, Hulu Terengganu.

13) UM: 13 Dis., 2001 - Penduduk dilarang berbuka puasa dalam masjid (Tempinis).

14)  BH: 31 Dis., 2001 - Trg. pecat (Notis 24 jam) pegawai (TATI) enggan serah wang ihsan. 

Imam dan Bilal Terengganu akan menerima elaun yang baru mulai tahun ini....
Demikian sebahagian kecil cara pemerintahan yang begitu "ISLAMIK" oleh PAS ketika berkuasa dibawah Tuan Guru Haji Hadi. Jika dibandingkan dengan kini, era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dibawah Menteri Besar DAto' Seri Ahmad Said yang dikatakan "tidak ISLAMIK". Namun antara perkara yang telah dilakukan oleh Kerajaan "tidak ISLAMIK" ini antaranya :-
1)  Mulai awal tahun ini, Kerajaan Terengganu bersetuju menaikkan bayaran imbuhan bulanan imam dari RM600 kepada RM800 manakala bilal daripada RM450 kepada RM600 sebulan.
2) Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang besar iaitu  kira-kira RM12 juta pada setiap tahun bagi membayar elaun imam dan bilal yang bertanggungjawab membantu mengimarahkan maPada masa yang sama, kerajaan negeri akan mempertimbangkan permohonan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) agar dihidupkan semula bantuan khas tambang penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik untuk menunaikan fardu haji kepada imam dan bilal masjid mukim, yang berkhidmat melebihi 10 tahun dan belum pernah menunaikan haji.
3) Kerajaan negeri juga akan meneruskan Program Anugerah Imam Bilal Cemerlang yang dimulakan sejak tahun 2006, sebagai motivasi kepada golongan tersebut untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.
4) Pada tahun lepas, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) meluluskan peruntukan kira-kira RM2.5 juta bagi mengadakan 25,691 aktiviti termasuk ceramah/kuliah agama di masjid dan surau, Kelas Pengajaran Agama di pejabat dan Kelas Mendalami Agama (Tafakkuh) di seluruh negeri.
5) Bagi program Skim Menghafaz al-Quran pula, kerajaan negeri menyediakan peruntukan kira-kira RM2 juta setahun bagi membayar elaun kepada para hafiz dan hafizah.
6) Pada musim cuti sekolah ini JHEAT, Maidam dan beberapa  agensi lain telah mengadakan kerjasama dengan Radio Malaysia Terengganu (Tfm), mengadakan program tadarus al-Quran di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam selama lima hari berturut- turut.

AKUPUN SEBENARNYA TAK FAHAM, MANA SATU YANG LEBIH ISLAMIK. PAS ATAU BARISAN NASIONAL??? RENUNG-RENUNGKAN.....

Sumber : teganukita.blogspot.com

Wednesday, 9 March 2011

APA KEJADAH PEMUDA PAS NI????

Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS
Tilik punya tilik, terbaca plak satu berita dari Malaysian Insider ini. Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata "UMNO : Umpama kata dulang paku serpih". Aku tersenyum membacanya. Mana tidaknya sudah bertahun PAS memainkan isu hubungan UMNO dengan bukan ISLAM. Alih-alih hari ini dia kata UMNO plak kata dulang paku serpih.

Hahaahahahaahaahaaa..bengong betul ler.... Pemuda PAS tidak layak kata macam tu sebab yang bermain dengan isu ini selama ini ialah PAS sendiri. 

 

Siap pula dengan Amanat Haji Hadi di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Amanat ini siap di salin dalam kertas hitam putih untuk diedar oleh puak PAS sendiri.Antara lain amanat itu berbunyi "SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN, PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA BARISAN NASIONAL. KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH.
OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD, DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM.
KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI, KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN, KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU, KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA, TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU".
Namun di nafikan pula dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF pada 21-27 Jun 1999. Lihat di sini.

Sekali lagi PAS cuma main sembunyi-sembunyi.  Bila dah dah nampak sokongan untuk mereka mula berkurangan. Pemuda pulak menyalak mengata orang lain plak yang lebih-lebih.

Sebenarnya PAS dah tak ada isu untuk menyerang UMNO. Jika dulu PAS menggunakan hal-hal agama untuk menyerang tapi kini semua itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Ini kerana setiap kali mereka membuka mulut, bau nafas mereka yang busuk dah dapat di hidu oleh rakyat.Contohnya dulu berkawan dengan MCA/MIC jadi kafir, sekarang mereka sendiri dah berkawan dengan DAP.

So sebenarnya siapa yang lebih-lebih???? Jangan tuding jari pada orang lain sebab diri sendiri belum tentu baik der....!!!!


GEMPAR!!!! UNDI PAS MASUK SYURGA?????


 Kini timbul kembali isu "undi PAS masuk syurga". Isu lama. Banner-banner dan "flyiers" bertaburan disetiap PRK membuktikan bahawa itu adalah kenyataan yang dibuat oleh PAS. "UNDI PAS MASUK SYURGA"??

Namun kali ni pelik sedikit. Nik Aziz nak tahu bila dia sebut "Undi PAS Masuk Syurga". Nik Aziz telah menghantar surat kepada Ustaz Harunsani meminta penjelasan bilakah beliau mengatakan undi PAS masuk Syurga


“Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga,” kata beliau melalui Facebook pagi ini.


Berita selanjutnya......Klik di sini

Kini apabila rakyat melayu ISLAM telah mula sedar bahawa PAS bukan lagi memperjuangkan ISLAM dan mengelirukan rakyat, baru Nik Aziz mula mengelabah. Lalu mencari jalan untuk membersihkan namanya pula. Ketika sokongan Melayu ISLAM telah mula kembali kepada UMNO/BN dan kepercayaan kepada semua dakyah dan "main kotor" PAS sudah diketahui.

 
Persoalannya kenapa baru sekarang Nik Aziz nak tahu bila dia cakap sedemikian??? Kenapa selama ini ketika banner-banner atau "flyiers" diedar yang jelas menunjukkan "UNDI PAS MASUK SYURGA" disetiap PRK, kenapa Nik Aziz tidak tegur??? Kenapa Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS tidak pernah menghalang setiap perbuatan anak buahnya. Sebagai ketua, sekiranya anak buah melakukan kesilapan, beliau mesti menegurnya. Kenapa tidak dibuat selama ini???. Kenapa baru sekarang??? Apakah PAS sudah sedar bahawa undi mereka makin merosot??? PAS nak kembalikan kepercayaan rakyat  Melayu ISLAM pada partinya ke????Atau apa kesahnya?????

AWAS!!! PAS AKAN LEBIH MENGGANAS SELEPAS INI

Berikutan kekalahan kali ke 4 dalam PRK, Pemimpin PAS nampaknya begitu kecewa. Bagi mereka demokrasi di Malaysia telah dicabul dengan mendakwa sepatutnya mereka berperang dengan UMNO, sebaliknya kini mereka  berlawan dengan sebuah kerajaan. Itu dakwa mereka.

'Kita sebut pilihan raya, tetapi sebenarnya di Malaysia tidak ada pilihan raya. Pas sebagai sebuah parti sepatutnya lawan dengan UMNO, tetapi yang berlawan sekarang parti dan kerajaan, televisyen, radio dan projek semua berpihak kepada sebelah pihak.'' komen Nik Aziz ketika diminta mengulas kekalahan di Kerdau dan Merlimau.

Rupanya Nik Aziz akan terus mencari kesalahan kerajaan bila PAS kalah dalam satu-satu PRK. Namun sekiranya perkara sebaliknya berlaku pastinya beliau akan mendabik dada menyatakan bahwa rakyat benci pada UMNO atau sekurang-kurangnya seperti kenyataan Timbalan Pesuruhajaya PAS Kelantan Husam Musa yang menyatakan kemenangan tipis PAS di MAnek Urai kerana  "Politik Wang".
 
Kekalahan demi kekalahan yang PAS alami rupanya tidak dapat membuka pintu hati pepimpin mereka untuk bermuhasabah diri. Terus-terusan kesalahan diletakkan dibahu orang lain.

Namun jika di kaji sepanjang berlaku PRK, bilamana pertembungan antara PAS dan BN, sedikit sebanyak PAS juga menggunakan kuasa yang mereka ada untuk menarik undi rakyat kepada mereka. Sebagai contoh di Galas, pengundi yang layak hanyalah 11ribu lebih orang, namun kerajaan PAS telah mengumumkan cuti untuk semua rakyat Kelantan, bukankah itu satu perbuatan yang boleh dipertikai??? 

Bagaimana pula dengan dakwaan PAS akan membayar pengundi-pengundi yang balik mengundi di Galas dengan sejumlah wang??? Bukan itu juga boleh dikatakan sebagai politik wang?? 
 
Kenapa pula Nik Aziz mengambil kesempatan PRK Galas untuk mengislamkan orang asal dan kemudian memberikan wang zakat kepada mereka??? Bukankah itu untuk kepentingan politik PAS??
 
 
Jadi dengan bukti di atas, bila direnung-renungkan, sahlah bahawa PAS tidak layak untuk menuding jari kepada orang lain. Jika diri sendiri juga melakukan perkara yang sama. Kenapa tidak kembali kepada ALLAH bahawa setiap kejadian itu adalah kehendakNYA??? PAS perlu muhasabah dan mencari dimana silap mereka. Dengan bermuhasabah, mungkin PAS akan mendapat jawapan bahawa PAS kalah disebabkan kenyataan-kenyataan pemimpin mereka sendiri atau sandiwara sahabat sebantal mereka dalam PR????

Semoga PAS mendapat petunjuk!!!!




TERKEDU!!!! YB PAS KUALA TERENGGANU DALAM DEWAN CAKAP LAIN LUAR LAIN......


Inilah yang dikatakan lidah puok PAS ni bercabang 2. Bukan orang bawahan tapi pemimpin pun macam tu jugak. Mana taknya bila berada dalam dewan negeri nak tunjuk hero. Sanggup turun padang untuk bantu selesai masalah. Tapi bila berada di tempat lain cakap tak boleh selesai plak.

Sindrom Al-Anwar musuh utama Ummi Hafilda dah berjangkit kepada puok PAS pulak dah. 

Kes ini berlaku di Kuala Terengganu, ramai yang dah tahu Parlimen Kuala Terengganu berada dalam tangan PAS sejak PRK P036 yang lalu.

Maka menang ler si Wahid Endut sebagai YB Parlimen. Dia jugaklah YB DUN Wakaf Mempelam. 2 dalam 1..... 2 elaun ler dia dapat. Tak kisahlah rezeki dia.
Masalahnya, kejadian merempit ni memang banyak berlaku dalam Parlimen Kuala Terengganu. Apa lagi dalan DUN Wakaf Mempelam, best lagi berlaku dekat dengan rumah AlWahidur ni (sebab banyak tidur). 

Dalam dewan negeri dia cakap akan sama-sama turun padang membantu membenteras rempit. Ketua pembangkang negeri plak, setuju bahawa tugas ini tugas bersama pemimpin BN dan PAS. Alih-alih bila di tanya boleh tak membenteras rempit ni, yang berlaku kat rumah dia sendiri,  dia terkedu....selamba plak jawap tak boleh selesai.
Aduh.....senangnya jawap...turun bantu pun tak..jawap ikut sedap jer....berlaku depan rumah pun buat pekak jer.... 

Betullah Pemimpin PAS pemimpin lepas tangan. Asal cukup bulan dapat elaun dah cukup. Rempit ker apa ke serah pada kerajaan. Bila Kerajaan buat semua salah, bila dia buat jadi betul.... ciri pemimpin pening.

Tuesday, 8 March 2011

HAKIKAT!!!! PAS MAKIN HILANG UPAYA


PAS Kalah lagi di Merlimau dan Kerdau...

Kekalahan kali ke 5 berturut-turut. Penyokong mereka masih memberi komen yang sombong di dada-dada facebook. Bagaikan mereka masih jaguh!. BAGAI AYAM JANTAN, BERKOKOK BERDERAI-DERAI EKOR TERPALIT TAHI SENDIRI. 

Hakikat bahawa PAS telah mati akal, tidak boleh diterima. Kenyataan bahawa rakyat telah muak dengan segala tipu daya dan pembohongan mereka tidak mereka sedari.

Seperti di Merlimau, PAS membawa jaguh-jaguh mereka untuk berceramah dan meraih undi. Bermacam isu dimainkan (walaupun kadang kala berpuluh kali sudah di ulangtayang). Sekali ceramah berduyun-duyun pencacai yang datang. Ada yang sanggup mengotorkan masjid sebagai musafir. Ada yang datang dengan niat konon fisabilillah...namun semuanya GAGAL!!!! 

Sebab utama ialah  rakan karib yang amat disayangi PAS iaitu Al- Sheikh Al-Anwar yang dibawa untuk berbohong dan memeningkan kepala pengund. Jelas penduduk Merlimau menolak kehadiran manusia ini.

Ada Cuak Dimuka Al-Anwar Melawan The Iron Lady

Di Kerdau Anwar terpaksa menghentikan ceramah tak sampai setengah jam kerana tak tahan dengan serangan UMMI HAFILDA yang telah melancarkan serangan GANYANG ANWAR!!!!. Semua perbuatan Anwar didedahkan dengan berani.


Hakikatnya rakyat sudah mula serabut dengan manusia-manusia munafik ini. Rakyat telah berpaling dari yang batil menerima kebenaran. 

Mereka mula menyalahkan antara satu sama lain, DAP menyalahkan PAS gagal mendapat isu tempatan. PAS menyalahkan PKR kerana membawa Anwar. Ditambah pula dengan "flyiers" calon yang menunjukkan pekerjaan tetapnya sebagai Ahli Politik.

Namun ianya bukan satu kedudukan yang selesa buat Barisan Nasional kerana mereka sedar bahawa balaci-balaci DAP ini akan terus mencari jalan untuk menjadi jaguh, menunjukkan kekuatan konon mereka masih kuat, masih GAH!!!

SYABAS!!!! ANWAR KETAWA BERDEKAH!!!!!!!

Hahahahahahhaa.........Bukti Di tolak!!!! Aku Menang!!!
Hari ini Mahkamah telah menolak bahan bukti yang telah didapati dari lokap polis untuk kes LIWAT Anwar.

Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, bahan bukti berkaitan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

“Barang-barang ini terutamanya hendaklah dikecualikan daripada perbicaraan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membacakan keputusan bicara dalam perbicaraan berhubung penolakan tuala ‘Good Morning’, botol air mineral ‘Cactus’ dan berus gigi sebagai bahan bukti perbicaraan LIWAT ANWAR.

Nampaknya Anwar akan ketawa berdekah-dekah, kononnya kemenangan telah memihak kepadanya. 
Namun yang menjadi persoalannya ialah jika Anwar seorang insan yang "clean", mengapa beliau begitu takut untuk memberi DNA secara sukarela?. 

Al-Anwar boleh saja memberikan DNA beliau secara sukarela sekiranya beliau tidak bersalah dan mahu membersihkan namanya.
SAIFUL DAH BERSUMPAH, ANWAR BILA LAGI????? BERSIHKAN NAMAMU ANWAR!!!
Anwar nak bagi DNA???? Esoklah!!!!! Rakyat sekarang sedang menunggu perkara yang paling senang sekali untuk dilakukan iaitu masuk ke masjid dan buat "SUMPAH LAKNAT", sampai hari ni tak berani!!! Inikan pula nak bagi DNA!!! 

UMMI HAFILDA, musuh utama Al-Sheikh kini pun dah bersumpah yang dia tidak memfitnah! Anwar bila lagi???

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH!!!!
Lu pikirlah sendiri!!!!



PAS pernah Ganti UMNO tapi..... RAKYAT TIDAK LUPA (siri 3)

 
JANGAN BERANGAN NAK GANTI UMNO, PAS DAH PERNAH BERADA DIPUNCAK KUASA TAPI........ 
 
Surau Tempat Beribadah Juga Menjadi Mangsa Kezaliman PAS - 1999 - 2004
Al-Haq: Nov.,2001 - Surau Kampung Getang, Hulu Terengganu diroboh.

 Al-Haq: Nov.,2001 - PAS pecat bilal UMNO masjid Kg. Getang, Hulu Terengganu. 
 
Rakyat tidak pernah lupa bagaiman Surau Kampung Getang ini dirobohkan. Yang lebih menyedihkan atap surau Kampung Getang Hulu  telah di curi oleh seseorang yang dipercayai digunakan untuk membina garaj kereta di Surau Kampung Getang Hilir, 2 kilometer dari Getang Hulu.

Kezaliman Pas itu lebih nyata memandangkan Surau Kampung Getang Hulu berkenaan masih digunakan oleh penduduk setempat untuk mengadakan kegiatan agama termasuk kelas mengaji al Quran dan belajar berzanji.
Perbuatan ini juga dianggap sebagai khianat kerana ia dilakukan tanpa kebenaran penduduk kampung tersebut.

Ini adalah antara perbuatan PAS yang menghalal segala cara untuk menyampai cita-cita dan keinginan besar mereka. Hukum hakam ditolak ketepi demi kuasa dan nama. PAS sememangnya tidak layak berada di tonggak kuasa. Tolak PAS!!!!

Petikan dari sini <-------- sila klik untuk berita lanjut!!!!

TERIMAKASIH SAHABAT BLOGER & PMMELAKA


Datuk Akhbar Ali yang juga banyak membantu Geng Cywar Terengganu.
 
Terima kasih yang tak terhingga buat semua sahabat blogger dan rakan-rakan Pahlawan Melayu Melaka (Unit Cywar Melaka) yang telah melayan kami geng cywar dari Terengganu dengan begitu baik. Segala tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan kepada kami akan kami praktikkan di tempat kami.

Insyaallah dengan semangat kemenangan Merlimau dan Kerdau, kami akan terus berjuang dengan jujur dan ikhlas. Kerja kami tidak dibayar walau dengan sekeping roti. Semua kami lakukan demi Alif, Ba, Ta....

Kami berjanji akan Selamatkan Malaysia dari segala pembohongan pembangkang.

Terima kasih sekali lagi kepada semua........