Wednesday 9 March 2011

AWAS!!! PAS AKAN LEBIH MENGGANAS SELEPAS INI

Berikutan kekalahan kali ke 4 dalam PRK, Pemimpin PAS nampaknya begitu kecewa. Bagi mereka demokrasi di Malaysia telah dicabul dengan mendakwa sepatutnya mereka berperang dengan UMNO, sebaliknya kini mereka  berlawan dengan sebuah kerajaan. Itu dakwa mereka.

'Kita sebut pilihan raya, tetapi sebenarnya di Malaysia tidak ada pilihan raya. Pas sebagai sebuah parti sepatutnya lawan dengan UMNO, tetapi yang berlawan sekarang parti dan kerajaan, televisyen, radio dan projek semua berpihak kepada sebelah pihak.'' komen Nik Aziz ketika diminta mengulas kekalahan di Kerdau dan Merlimau.

Rupanya Nik Aziz akan terus mencari kesalahan kerajaan bila PAS kalah dalam satu-satu PRK. Namun sekiranya perkara sebaliknya berlaku pastinya beliau akan mendabik dada menyatakan bahwa rakyat benci pada UMNO atau sekurang-kurangnya seperti kenyataan Timbalan Pesuruhajaya PAS Kelantan Husam Musa yang menyatakan kemenangan tipis PAS di MAnek Urai kerana  "Politik Wang".
 
Kekalahan demi kekalahan yang PAS alami rupanya tidak dapat membuka pintu hati pepimpin mereka untuk bermuhasabah diri. Terus-terusan kesalahan diletakkan dibahu orang lain.

Namun jika di kaji sepanjang berlaku PRK, bilamana pertembungan antara PAS dan BN, sedikit sebanyak PAS juga menggunakan kuasa yang mereka ada untuk menarik undi rakyat kepada mereka. Sebagai contoh di Galas, pengundi yang layak hanyalah 11ribu lebih orang, namun kerajaan PAS telah mengumumkan cuti untuk semua rakyat Kelantan, bukankah itu satu perbuatan yang boleh dipertikai??? 

Bagaimana pula dengan dakwaan PAS akan membayar pengundi-pengundi yang balik mengundi di Galas dengan sejumlah wang??? Bukan itu juga boleh dikatakan sebagai politik wang?? 
 
Kenapa pula Nik Aziz mengambil kesempatan PRK Galas untuk mengislamkan orang asal dan kemudian memberikan wang zakat kepada mereka??? Bukankah itu untuk kepentingan politik PAS??
 
 
Jadi dengan bukti di atas, bila direnung-renungkan, sahlah bahawa PAS tidak layak untuk menuding jari kepada orang lain. Jika diri sendiri juga melakukan perkara yang sama. Kenapa tidak kembali kepada ALLAH bahawa setiap kejadian itu adalah kehendakNYA??? PAS perlu muhasabah dan mencari dimana silap mereka. Dengan bermuhasabah, mungkin PAS akan mendapat jawapan bahawa PAS kalah disebabkan kenyataan-kenyataan pemimpin mereka sendiri atau sandiwara sahabat sebantal mereka dalam PR????

Semoga PAS mendapat petunjuk!!!!




No comments:

Post a Comment