Monday 14 March 2011

JANGAN ANGGAP BN BERADA DALAM ZON SELESA!!!!! DATO' WAN AHMAD FARID

Dato' Wan Ahmad Farid Ketika Merasmikan Majlis Perasmian Berkelompok Bahagian Kuala Terengganu
"Jangan menganggap bahawa kita berada dalam zon selesa" Begitulah antara intipati ucapan  Dato' Wan Ahmad Farid, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu ketika merasmikan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan dan Sayap-Sayap Cawangan UMNO dalam bahagian Kuala Terengganu yang diadakan di Sekolah Menengah Dato' Razali malam tadi.

Beliau berkata demikian kerana kemenangan di 4 PRK sebelum ini iaitu Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau masih belum boleh dijadikan kayu ukur kepada kemenangan dalam PRU13.. Beliau menyeru semua pihak agar terus bekerja dan bekerja bagi memastikan kemenangan semula di Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau yakin dengan meletakkan diri agar sentiasa berada dalam keadaan tidak selesa maka rasa untuk terus bekerja akan tersemat dalam hati semua jentera parti.

"Sepanjang tempoh PRU 11, hanya terdapat 5 PRK diadakan dan Barisan Nasional memenangi kesemua  PRK  tersebut. Suatu ketika berlaku sedikit kekecohan Hindraf. Sokongan kaum India dikatakan menurun sebanyak 5%. Dengan bacaan tersebut ada yang mengandaikan Barisan Nasional akan kehilangan 5 buah negeri. Namun kerana merasakan BN berada dalam zon selesa, ada yang ketawa dengan andaian tersebut, akhirnya benar 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang", ujar Dato' Wan Farid lagi.

Beliau juga menyeru semua pihak agar benar-benar dapat menyelami hati rakyat. Hanya dengan demikian akan dapat memastikan kemenangan semula 3 Dun dan 1 Parlimen yang dipinjamkan kepada pembangkang. 

Angin Laut China Selatan kebetulan bersama dalam program tersebut merasakan ucapan oleh Ybhg Dato' Wan Ahmad Farid itu perlu disemat kedalam hati setiap jentera tanpa mengira pangkat. Peringatan agar semua jentera tidak alpa dan sentiasa bersedia untuk mendekati rakyat perlu sentiasa diulang-ulang agar semua jentera 4 peringkat tidak merasakan BN berada dalam zon selesa. Kerana berada dalam zon selesa akan menjadi  satu liabiliti kepada UMNO/ BN.Memang benar kata beliau, hanya dengan  sentiasa turun menemui rakyat barulah persepsi bahawa UMNO/BN tidak berubah boleh di tukar. Angin Laut China Selatan yakin semua pemimpin dari peringkat cawangan sehingga ke Bahagian Kuala Terengganu BERANI BERUBAH. Seperti kata Dato' di akhir ucapannya "Tinggalkan satu legasi yang indah ketika kita masih ada peluang!!!!!"

KUALA TERENGGANUKU BERANI BERUBAH - PENYUMBANG BUKAN PENGHALANG KEMENANGAN PRU13



No comments:

Post a Comment