Sunday 13 March 2011

CUIT SIKIT!!! NIK AZIZ NAK LARI YER.......?


NIK AZIZ vs USTAZ HARUSSANI

Isu Puak PAS menjual maruah agama adalah satu isu lapuk. Bahkan rakyat hari telah dapat membuka mata dan menerima bahawa apa yang PAS buat tak lain tak bukan hanya untuk meraih undi ketika pilihanraya. Menggunakan asas agama dan diselitkan dengan kata-kata yang mengelirukan. Sehingga ramai yang terjebak dan mempercayai namun kini sedikit demi sedikit rakyat telah sedar.Paerkara paling sedih ialah apabila keluar banner2 dan flyiers UNID PAS MASUK SYURGA atau SAYA ORANG ISLAM WAJIB UNDI PAS. Semua momokkan itu dibuat hanya untuk mendapat undi dari rakyat.Kini semuanya sudah tidak boleh dipakai. Bukti jelas boleh di lihat dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu apabila PAS tergolek "dog" di Kerdau dan "makan pasir di Merlimau"

Tiba-tiba beberapa hari yang lalu kecoh diperkatakan Nik Aziz telah menghantar surat rasmi kepada Mufti negeri Perak Ustaz Harunsani untuk mendapat kepastian bilakah beliau (NIK AZIZ) ada mengucapkan kata-kata bahawa Undi PAS masuk Syurga.Nik Aziz nampaknya mencari jalan untuk membersihkan namanya. Mungkin sudah melihat bahawa rakyat mula tidak mempercayai kata-kata hikmat dari beliau lagi.

Namun walaupun mungkin tidak ada bukti bila dan dimana Nik Aziz menyebut bahawa UNDI PAS MASUK SYURGA tetapi ada perkataan-perkataan dan ayat beliau yang boleh ditafsirkan sedemikian sebagai contoh:-
Nik Aziz sebenarnya pernah mengatakan mengucap syahadah adalah sama dengan Pas…dan itulah sebenarnya bermakna menyokong Pas itu Islam, mengucap dua kalimah syahadah dan masuk syurga.Beliau (Nik Aziz) juga pernah berkata, masuk Islam tu samalah dengan masuk Pas.Petikan ceramah Nik Aziz di Kota Bharu pada Februari 1999:“Islam ni hadirin semua, kalau kita reti sungguh, ugut setara mana, bodek setara mana, beri setara mana…dia jadi seperti Bilal. Bilal, gode (pukul), dumm..Ahad (satu),Dumm gode…Ahad. Jemur tengah panas .. Ahad! Ahad makna Tuhan so (satu).Bilal ni jadi kuli bagi seorang tauke Mekah, kafir. Sebab nok marah do’oh, masuk Islam ni, dera tengah panas. Sudah dera tengah panas, ambil batu panas pula letak atas perut, tapi mulut duduk kata…Ahad..Ahad..Ahad. Ahad itu kalu loni gak ialah, Pas..Pas..Pas!”Dalam satu ceramah lain di Kampung Delima, Wakaf Bharu pada 14 September 1999, Nik Aziz berkata, masuk Pas itu seolah-olah memeluk Islam. Inilah petikan kata-kata Nik Aziz:
“Ketika tu, Nabi kita rebut peluang gi dakwah doh dan Nabi cari ore-ore (orang) Madinah. Royak memperkenalkan diri gini-gini mengenai Islam, yang menyebabkan tiap-tiap tahun ore Madinah sampai di Mekah di Mina tu, ada sokmo ore hok masuk Islam. Masuk Pas lah kita panggil masuk Islam. Haa..gitu duduk…”
Baiklah, mungkin itu juga tidak boleh dijadikan bukti namun sekira Nik Aziz adalah seorang yang menjaga nama baik ISLAM, mengapa sebagai orang yang di anggap sebagai ULAMAK, Nik Aziz tidak pernah menegur anak buah beliau yang pernah mengucapkan kata-kata yang mengelirukan ketika mengajar atau berceramah? : Sebagai contoh:
1) Ustaz Bunyamin dalam ceramahnya pada 20 September 1999 di Kedai Peringat Kelantan: “Kedai Melor, Kedai Peringat, Kubang Kerian Kota Bharu, puak kita kena pakat ingat, pilihanraya akan datang mapus Umno Baru. Kubang Kerian Kota Bharu, Pasir Tumboh Kedai Melor, bakpo Umno Baru kita nok buang, pasal puak dia parti gila. Wau wau bule, wau bule teraju tiga, jangan sokong parti setan, mati seksok, mapus masuk nerako. Wau wau bule, wau bule teraju tiga, sokong Parti Islam Semalaysia, mati seksok masuk syurga. 

2)Ustaz Ismail Kamus pada 18 Ogos 1999 sewaktu ceramah di Sementa berkata bahawa masuk Pas boleh terlepas dari soalan malaikat dalam kubur. Petikannya sebagaimana berikut:“Akhirnya tuan-tuan jangan lepas peluang start besok boleh masuk Pas belaka, isi borang jangan tunggu lusa bimbang lusa mati tidak dapat masuk Pas. Pasal apa? Besok malaikat tanya dalam kubur siapa Tuhan kamu, nak jawab apa? Apa agamaku nak jawab apa? Sekarang soalan dalam kubur kan dah bocor. Dan bocor dah. Semua tahu sudah soalan. Nak jawab al-Quran imam tak tahu dia. Al- perlembagaan al Malaysia imami, siapa saudaramu? Bumiputera…Ha…tu!! Dengan demikian tuan-tuan jangan lepas peluang , hari ni saja, besok sudah tak ada lagi”.

Ini belum lagi diambil kira bagaimana amanat Haji Hadi di Banggol Peradong yang mengkafirkan UMNO. Bahkan ketika ditanya bagaimana boleh keluar amanat itu, Haji Hadi berkata :-
"Sebenarnya itu adalah petikan daripada ucapan saya apabila hadir pada satu majlis di Banggol Peradong dan polis mengepung majlis tersebut. Pada waktu itu, saya berumur 30 an, sudah tentu berapi-api saya bercakap, Tidak lama kemudian bekas Menteri Besar (Tan Sri Wan Mokhtar) telah membaca ucapansaya itu dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu dan bertanya kepada saya sama ada itu ucapan saya. Saya menjawab, ya. Selepas itu, seorang Hamba Allah mengambil ucapan itu, dibukukannya dan sekarang ini jadilah Amanat Hadi."
Sekarang mengapa pula timbul Nik Aziz menghantar surat cinta kepada Ustaz Harunsani? Mengapa setelah sekian lama, bahkan hampir 20 tahun tiba-tiba hantar surat cinta itu???Apakah ini cubaan untuk membersihkan nama sendiri? Atau ini cubaan untuk menarik semula minta rakyat kepada seorang insan bernama Nik Aziz???
Apabila PAS sudah mula kalah maka berbagai pula perkara lain akan dibuat. Kita dengar apa kata Dr Faizal Tehrani ini. Sama-sama kita renung dan fikir sejenak :-



Terimakasih kepada teganukita dan badutrakyat

No comments:

Post a Comment