Sunday, 13 March 2011

AWAS!!! BERUBAH ATAU REBAH!!!

Badge yang digunakan sebagai tanda sokongan
 Alhamdulillah.... Gerakan Kebangkitan Ank Muda Kuala Terengganu kini telah mendapat perhatian besar dikalangan anak muda.
Banner Berani Berubah
Menggunakan Tag Line "Berani Berubah- PENYUMBANG BUKAN PENGHALANG", Kumpulan ini mengambil inspirasi dari ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO, bahawa pilihan di tangan orang UMNO sendiri samada berubah atau menerima akibat buruk "REBAH".

Menurut admin grup Berani Berubah Kuala Terengganu, hanya mereka yang benar-benar ikhlas sahaja akan diterima masuk ke grup tersebut. Jika didapati ada rakan ahli yang menjadi penghalang kepada kemenangan UMN/BN mereka akan di keluarkan dari grup tersebut.

Antara lain matlamat grup ini ialah 

i) menukar persepsi anak-anak muda bahawa UMNO/BN itu adalah wang semata-mata atau mendapatkan sesuatu secara percuma.

ii) Merubah persepsi bahawa orang yang berjubah itu org PAS, orang berserban itu orang PAS, orang bertanda hitam di dahi itu orang PAS, orang bercakap hal ehwal agama islam itu orang PAS, orang ke masjid itu orang PAS, 'TAKBIR' itu orang PAS, ISLAM itu adalah PAS. Kerana ISLAM dan keIMANan milik Allah swt dan untuk sesiapa yang dikehendaki NYA.

Antara aktiviti yang bakal diadakan oleh grup ini ialah konvoi BERANI BERUBAH. Memancing di Kenyir dan lain-lain. 

Antara Rakan-rakan dari Kuala Terengganu yang telah menggunakan badge sebagai sokongan
Kepada anak muda Kuala Terengganu yang berminat untuk menyertai grup ini  bolehlah klik di sini.

No comments:

Post a comment