Monday 7 March 2011

BAHAYA!!!!! PAS DAH KENA PENYAKIT BERJANGKIT.



Penyakit Berjangkit dah menyerang PAS.

Penyakit yang mula menyerang di Bagan Pinang 11 Oktober 2009, apabila PAS yang selama ini sentiasa mendabik dada tiba-tiba kecundang dengan majoriti  5435 undi.

Di Galas 4 November 2010 pula PAS mendapat malu yang besar dengan kekalahan majoriti 1190 undi. Negeri Tok Guru Nik Aziz sendiri yang slalu membuat kenyataan yang memeningkan.

Penyakit Kekalahan ini berterusan di Dun Tenang apabila PAS sekali lagi di jangkiti penyakit apabila terpaksa mengaku bahawa rakyat sudah muak dengan kesombongan dan keangkuhan serta dakyah yang sering menyebabkan rakyat keliru. Apa lagi di sini PAS menunjukkan kesilapan besar apabila seorang yang mengaku memperjuangkan ISLAM telah mengambil cuti MC selama 21 hari. Sesuatu pembohongan yang tidak dapat diterima rakyat.

Semalam sekali lagi  PAS menerima tamparan hebat apabila rakyat secara jelas menolak segala pembohongan. Kekalahan dengan majoriti yang lebih besar di Merlimau iaitu 3643 meningkat sebanyak 1489 dari PRU 12 yang lalu. 

Sebenarnya dari awal lagi, PAS di Merlimau telah menunjukkan kekalahan. Kibaran bendera hijau putih mereka tidak menyeluruh dan lesu. Jentera mereka juga tidak bermaya. 
Ada kedengaran khabar angin bertiup bahawa PAS lebih menumpukan kepada pilihanraya kecil Dun Kerdau di Pahang. PAs berharap dapat memenangi DUN Kerdau iaitu DUN dalam negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia. PAS berharap dapat memberi petanda kepada Dato' Seri Najib bahawa segala usaha 1Malaysia, gagasan yang diilhamkan oleh PM ini tidak diterima di tempat sendiri.
Namun jika benar khabar angin ini, ianya telah menjadi satu mimpi ngeri buat PAS. Mimpi ngeri yang akan membuatkan ramai penyokong PAS tidak dapat tidur malam kerana jelas rakyat telah dapat menerima gagasan 1Malaysia. 

Ini dibuktikan dengan kemenangan bergaya Syed Ibrahim dari Barisan Nasional dengan majoriti 2724 undi iaitu peningkatan undi kepada BN sebanyak 1109 dari PRU 12.

Namun walaupun kini PAS mula dijangkiti penyakit kalah, ianya bukan satu perkara yang boleh digembirakan secara total oleh penyokong BN. Kemenangan mutlak ialah apabila BN dapat membuktikan kemenangan yang lebih baik dalam PRU13 akan datang. Apalagi kemenangan yang diperlukan ialah kemenangan 2/3.

Semoga Barisan Nasional akan terus menerajui negara yang bertuah ini. SELAMATKAN MALAYSIA DARI SEGALA PEMBOHONGAN PEMBANGKANG....

UMNO itu MELAYU ISLAM
PAS belum tentu ISLAM
 

No comments:

Post a Comment