Tuesday 8 March 2011

HAKIKAT!!!! PAS MAKIN HILANG UPAYA


PAS Kalah lagi di Merlimau dan Kerdau...

Kekalahan kali ke 5 berturut-turut. Penyokong mereka masih memberi komen yang sombong di dada-dada facebook. Bagaikan mereka masih jaguh!. BAGAI AYAM JANTAN, BERKOKOK BERDERAI-DERAI EKOR TERPALIT TAHI SENDIRI. 

Hakikat bahawa PAS telah mati akal, tidak boleh diterima. Kenyataan bahawa rakyat telah muak dengan segala tipu daya dan pembohongan mereka tidak mereka sedari.

Seperti di Merlimau, PAS membawa jaguh-jaguh mereka untuk berceramah dan meraih undi. Bermacam isu dimainkan (walaupun kadang kala berpuluh kali sudah di ulangtayang). Sekali ceramah berduyun-duyun pencacai yang datang. Ada yang sanggup mengotorkan masjid sebagai musafir. Ada yang datang dengan niat konon fisabilillah...namun semuanya GAGAL!!!! 

Sebab utama ialah  rakan karib yang amat disayangi PAS iaitu Al- Sheikh Al-Anwar yang dibawa untuk berbohong dan memeningkan kepala pengund. Jelas penduduk Merlimau menolak kehadiran manusia ini.

Ada Cuak Dimuka Al-Anwar Melawan The Iron Lady

Di Kerdau Anwar terpaksa menghentikan ceramah tak sampai setengah jam kerana tak tahan dengan serangan UMMI HAFILDA yang telah melancarkan serangan GANYANG ANWAR!!!!. Semua perbuatan Anwar didedahkan dengan berani.


Hakikatnya rakyat sudah mula serabut dengan manusia-manusia munafik ini. Rakyat telah berpaling dari yang batil menerima kebenaran. 

Mereka mula menyalahkan antara satu sama lain, DAP menyalahkan PAS gagal mendapat isu tempatan. PAS menyalahkan PKR kerana membawa Anwar. Ditambah pula dengan "flyiers" calon yang menunjukkan pekerjaan tetapnya sebagai Ahli Politik.

Namun ianya bukan satu kedudukan yang selesa buat Barisan Nasional kerana mereka sedar bahawa balaci-balaci DAP ini akan terus mencari jalan untuk menjadi jaguh, menunjukkan kekuatan konon mereka masih kuat, masih GAH!!!

No comments:

Post a Comment