Salam untuk semua....
Memang berbeza dengan himpunan terdahulu seperti bersih 3.0
Jika Bersih 3.0 dulu, angin boleh melihat penyokong PR berderet-deret di Jalan tuanku Abdul Rahman. Masa itu sangat meriah dengan pelbagai ragam penyokong. Tapi kali ini sangat berlainan sekali. Mereka bergerak dalam kumpulan kecil lebih kurang 10 -20 orang sahaja.
Di hadapan sogo, yang ramai hanyalah anggota polis yang membuat langkah berjaga-jaga.Juga orang ramai yang mungkin mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan dengan keluarga di hujung minggu.
Sekali sekala sahaja kelihatan penyokong PR dengan konvoi motor dan pelekat parti di kereta. itupun hanya dua tiga buah kereta yang kelihatan berbuat demikian.
Angin sempat bertanya kepada seorang peniaga yang membuka kedai selendang di Jalan Tunku Abdul Rahman. Katanya " Haaa....baguslah mereka semua berkumpul di stadium macam ni, tak ganggu kita niaga, tapi hari ni tak ramai orang mungkin mereka takut jadi macam Bersih 3.0 dahulu"
Angin juga ke Central Market. Jalan yang digunakan untuk ke Stadium. Disitu bolehlah dilihat mereka bergerak dalam kumpulan yang kecil...lebih kurang 2 minit sekali akan kelihatan kumpulan sebesar 5 ke 10 orang.
Kemudiam Angin ke Stadium. Di sana baru nampak penyokong mereka. memang ramai, tapi taklah macam apa yang digambarkan oleh blogger pembangkang. Stadium sebenarnya tidak penuh.Kalau penuh pun hanya boleh memuatkan 25 ribu orang. Dicampur plak dengan yang berdiri di tengah padang, bolehlah dianggarkan seramai 10 ribu dan penyokong yang berada diluar hanya lebih kurang 5 - 8 ribu... jadi jumlah kesuluruhan hanyalah 45- 50 ribu.
Pada Angin, Himpunan kali ini sebagai indah khabar dari rupa, apalagi hampir sebulan blogger pembangkang memainkan berbagai isu untuk menarik minat rakyat ke perhimpnan tersebut. Dengan berbagai video promo di youtube. Namun hasil yang mereka dapat tak sampai 10% dari jumlah yang diwar-warkan iaitu 1juta.
Angin juga merasakan inilah sebab mengapa pemimpin pembangkang tidak mahu mengadakan perhimpunan in di Stadium Bukit Jalil kerana jika mereka mengadakan perhimpunan ini di sana, seluruh dunia akan melihat kegagalan mereka.
Mungkin rakyat sudah mula merasa bosan dengan cara pemimpin Pakatan berkempen. Asyik mengajak rakyat berkumpul dan menunjuk perasaan, mungkin cara itu sudah tidak sesuai... jadi pegawai stratergik Pakatan kena cari cara lain untuk menarik minat pengundi.Apalagi setiap kali buat perhimpunan mereka akan menyediakan uncang untuk mengutip derma. Rakyat mungkin dapat merasakan kelentong yang dibuat oleh mereka.
Mungkin juga Anwar dan Pemimpin Pakatan tidur tak berapa lena malam ini. Mereka mengharapkan sokongan yang lebih ramai, tapi tak menjadi.
Anwar mungkin akan panggil post mortem kerana kegagalan mereka mengajak rakyat mengikut kehendak mereka??
KL112 hanya capai 10%
ReplyDeletehttp://wubra.blogspot.com/2013/01/hanya-10-pencapaian-kl112.html