Pembangkang begitu yakin dapat menberikan royalti sebanyak 20% berbanding 5% sekarang kepada negeri-negeri seperti Terengganu. Malah Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyatakan Petronas tidak akan terjejas dengan kenaikan royalti sebanyak 15% itu.
Sebaliknya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa sekiranya nilai royalti itu direalisasikan, kesan diterima oleh Petronas amat besar kerana wang royalti tambahan 15% itu amat diperlukan oleh Petronas untuk mencari rezab minyak yang baru. Pencarian rezab baru itu bukan hanya di Malaysia tetapi jugak di seluruh dunia.
"Ketika ini Petronas juga sedang berusahasama untuk mencari minyak di Sudan, Kazakhstan dan lain-lain negara. Jika wang tersebut digunakan, Petronas tidak akan dapat bertahan kerana rezab minyak di negara ini tidak mencukupi"
YB Khairy juga menegaskan bahawa peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk perbelanjaan pembangunan dan mengurus seperti pembinaan sekolah, jalanraya, gaji kepada guru-guru dan sebagainya bagi negeri-negeri yang mempunyai hasil minyak seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah lebih tinggi dari jumlah 15% kenaikkan royalti yang dijanjikan oleh pihak pembangkang. Malah peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri ini adalah lebih tinggi dari sumbangan negeri kepada pusat dalam bentuk cukai.
Jadi fahamlah Angin kenapa Rafizi kata bahawa 15% royalti itu adalah dari belanjawan persekutuan. Maknanya perbelanjaan pusat untuk negeri akan diambil dan ditukar kepada royalti. So apa bezanya dengan Kerajaan sekarang??? sama jerlah... cuma hebatnya nilai royalti tu 20% nampak besar.... tu saje...
Memang pembangkang hebat dalam menimbulkan persepsi baik kepada parti mereka dan menampakkan keburukan barisan nasional tanpa disedari oleh rakyat. Mereka akan terus menunjukkan kehebatan putar belit mereka bagi menambat hati rakyat. Jadi berhati-hatilah.....
No comments:
Post a Comment