MALU RASANYA : HAVOC BUKAN MAIN 1 JUTA | - CIPUT BEB |
Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 telah 2 hari berlalu. Namun cerita tentnagnya masih juga dapat dibaca di blog-blog samada blog pro kerajaan (Barisan Nasional) atau pro pembangkang.
Ada yang melaporkan himpunan itu telah berjaya mengumpulkan 100, 000 orang (tak masuk akal sebenarnya), dan ada pula yang menyatakan hanya 45,000 orang sahaja yang hadir.
Blog pro pembangkang menyatakan himpunan itu betul-betul berjaya, begitu pula sebaliknya. Digambarkan bagaimana pemimpin Pakatan Rakyat hanya duduk bersila di atas pentas (itu pun nak dibesar-besarkan, konon pemimpin mereka berjiwa rakyat). Tengok ler nanti bila dah dapat.... hihihiii
Baiklah bukan itu yang nak angin ceritakan.Angin nak cerita pasal 8 tuntutan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut. Angin tak tahu ler tuntutan itu benar-benar dibuat oleh rakyat atau pimpinan Pakatan Rakyat saje nak tambahkan glamour. (maklum sekarang dah kurang sket glamournya, sebab tu tak sampai 10% hadir perhimpunan)
Jom kita tengok satu-satu.
1) Menuntut pilihanraya Adil dan Bersih
Angin sendiri masih tak faham, bahagian mana yang tak bersih Pilihanraya Malaysia ning. Kadang-kadang malas nak ulas.
Fakta :
1999 -2004 - Terengganu telah diperintah oleh PAS setelah puluhan tahun dimenangi Barisan Nasional.
PRK P036 - 2009 - Kuala Terengganu dimenangi oleh PAS setelah dimenangi Barisan Nasional dlm PRU 12 iaitu tak sampai setahun.
PRU12 - bukan 1 atau 2 negeri dimenangi PR tapi ketika itu 5 negeri jatuh ke tangan mereka.
Jadi apa lagi yang tak adil dan apa yang tak bersih?? Apakah setelah Anwar menjadi Perdana Menteri (minta dijauhkan ler) baru boleh di anggap Pilihanraya Malaysia sebagai bersih???
2. Bebaskan tahanan ISA
Fakta :
Pada 17 Ogos 2012 - seramai 12 orang tahanan ISA telah dibebaskan. Mereka dibebaskan dalam bulan Ramadhan. Bermakna mereka boleh menyambut aidilfitri bersama keluarga. mereka adalah kumpulan kedua setelah 3 orang tahanan dibebaskan pada 3 Ogos tahun yang sama.
Bermakna kerajaan dah mula membebaskan tahanan pun, nak tuntut buat apa lagi. takkan nak suruh bebas semua sekali gus. nantilah sikit-sikit ler..
3. Martabatkan Bahasa Ibunda
Haaaaa yang ini, Angin tak berapa paham sbb Pakatan Rakyat ni ada berbagai kaum. Maksud bahasa ibunda tu, bahasa ikut bangsa masing-masing ke??
Kalau begitu maksudnya bahasa melayu akan jadi bahasa yang ke berapa agaknya yer??
Kalau yang dimaksudkan ialah bahasa melayu. Angin setuju sangat, tapi rasanya tuntutan ini tak relevan kerana tiap-tiap hari TV memainkan iklan supaya kita menggunaka bahasa kebangsaan. Orang kita ni jer yang sombong, duk cakap bahasa Inggeris.
4. Menuntut Pendidikan Percuma
Fakta :
mulai tahun 2012 semua sekolah rendah/menengah tidak perlu membayar apa-apa yuran lagi
Untuk pelajar Universiti - semua pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang seperti syarat pinjaman tidak perlu membayar balik pinjaman, dengan kata lain pinjaman menjadi biasiswa...
haaaa....tak percuma lagi ker tu??? hanya mereka yang pemalas sajer yang tak mahu merebut peluang yang diberikan.,,,
Adiuhhhh..... ada panggilan plak.... nanti kita sambung yerk...
No comments:
Post a Comment