Sunday, 13 January 2013

Kl112 GAGAL KERANA ISU KALIMAH ALLAH???

Salam untuk semua....

Semalam dah tinggal kenangan.... kenangan pahit pd pakatan rakyat. Mungkin sekarang ni anwar tengah pening memikirkannya... kenapa? Kenapa? Dan  kenapa???





Sekarang angin dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Berhenti di RR seketika mengisi perut yang berkeroncong. Pak Cik tua dalam lingkungan umur 60an berada di meja sebelah. Mungkin penyokong PAS. Mereka sedang berbicara tentang perhimpunan semalam.

Antara yang terkeluar dari perbualan mereka ialah sebab kenapa himpunan semalam hanya 50ribu (itu kata dia) yang hadir.

"Ini mesti sebab haji hadi kata Kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan islam" begitu butiran dari salah seorang dari mereka. Anggukkan pak cik  yang seorang lagi seolah menggiakan kata2 sahabatnya. " Sepatutnya anwar tak suruh tok guru cakap kat TV buat masa sekarang. Kan pilihanraya dah dekat." Tambah yang seorang lagi.

Tersenyum Angin mendengar perbualan mereka. Cukuplah setakat itu angin dengar sbb dari perbualan itu dah dapat angin agak bahawa semenangnya mungkin itulah salah satu sebab kehadiran begitu mengecewakan mereka. Mungkin ummat Islam Malaysia merasa tersinggung dengan kenyataan Hadi tempoh hari. Diterjemahkan dalam silent protes dgn memboikot himpunan. Malah mungkin juga pakatan rakyat kehilangan undi dari mereka.

Sayang sekali proganda untuk menggandakan sokongan  bukan melayu menyebabkan penyokong melayu menjauhkan diri
. Biarlah begitu.... kesilapan ini satu kejayan pada Barisan Nasional.

ADUH.... CEPAT2LAH PILIHANRAYA....

No comments:

Post a Comment