Ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib bahawa polis sedang mencarinya, Muhammad Ridzwan berkata, bantuan yang disalurkan itu terus kepada seorang daripada pewaris Sultan Sulu iaitu Muedzul Lail Tan Kiram atas dasar sesama Islam dan langsung tidak ada kena-mengena dengan pencerobohan oleh pengganas di Sabah.
“Saya hanya mengetahui dikehendaki polis selepas dihubungi rakan. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis di Kedah. “Saya akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok (hari ini) bagi memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis.
“Ingin saya tegaskan, saya menolak keras kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, apatah lagi memberikan apa saja bantuan kepada pengganas terbabit,” katanya ketika dihubungi. - METRO
No comments:
Post a Comment