Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah
restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai
berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.
Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian,
remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar
pukul tiga pagi.
Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.
Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan
rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa
dilarikan.
Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa
ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran
susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.
Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit.
Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan
remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN
SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”
Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah
dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan
ketegangan kaum dan agama.
Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.
berita selanjutnya di sini
No comments:
Post a Comment