Dulu sewaktu zaman kegemilangan Nik Aziz Nik Mat selaku pemimpin
veteran PAS yang paling berpengaruh, bagaikan sudah menjadi kebiasaan
apabila jumlah kehadiran di majlis ceramahnya melimpah ruah sehingga
berlaku kesesakan teruk berkilometer dari lokasi majlis.
Buka sahaja mulutnya di sesatu majlis ceramah ramailah si penyokong
yang bertakbir hingga ada juga yang jadi histeria tiba-tiba dek kerana
semangat rasukan yang menerjah datang. Yang mana dapat bersalaman
dengannya terasa seperti mendapat berkat kalau boleh seminggu tak
dibasuh tangan pun tak apa.
Mengambil kesempatan dari pengaruh tersebut, maka banyaklah PAS
Kawasan dan Negeri mengusung orang tua itu ke sana ke mari untuk
memeriahkan program anjuran mereka kemudian bila selesai majlis
masing-masing senyum sampai ke telinga melihat kantung kutipan wang
‘tiket’ yang diterima.
Demikian gambaran kasar betapa berpengaruhnya Mursyidul Am PAS itu,
tapi itu semuanya dulu-dulu punya cerita tatkala masih ramai yang
terkeliru dengan mitos dan ceritera keberkatan buatan seorang tok guru
jadi-jadian.
Sekarang sudah lain, terlalu banyak perubahan seiring dengan
peredaran zaman di mana pengaruh Nik Aziz terlalu jauh bedanya
berbanding dulu. Ucap katanya sudah tidak begitu berbekas di kalangan
ahli dan penyokong PAS sendiri.
Hadirin yang datang pun berkali ganda berkurangan membuktikan
popularitinya kian merudum. Jika mahu melipat gandakan jumlah kehadiran
penyokong bagi memeriahkan sesuatu ceramah, mahu tidak mahu Nik Aziz
terpaksa digandingkan dengan orang lain yang lebih popular.
Jika tidak, hambarlah jadinya sama macam betapa hambarnya ceramah PAS
di Kuala Besut pada 15 Julai lepas sehingga memaksa Nik Aziz memboikot
program ceramah sendiri dengan alasan kesihatan tak mengizinkan.
Terkedik-kediklah Mat Sabu sendirian pada malam itu di hadapan sekitar
200 orang juak PAS.
Oleh itu, untuk program akan datang sempena kempen PRK DUN Kuala
Besut ini, dengar khabarnya Nik Aziz akan digandingkan bersama Ustaz
Youtube atau pun lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus, bertujuan
untuk mengekang kegagalan majlis sebelumnya dari berulang.
PAS yakin cara begini boleh menyelamatkan maruah PAS dan mengelakkan
air muka Nik Aziz dari dipandang rendah meski pun di masa yang sama ia
mengesahkan Ustaz Youtube itu lebih popular berbanding Mursyidul Am PAS.
Begitulah ura-uranya yang menunjukkan betapa terdesaknya PAS tika ini. Jadi atau tidak ura-ura itu kemudian cerita.
Jika gandingan bersama ini gagal dilaksanakan sebagaimana dihasratkan
alamatnya terpaksalah sekali lagi Nik Aziz menggunakan alasan kesihatan
untuk memulau programnya sendiri, agaknyalah.
No comments:
Post a Comment