Pengarah Jawatankuasa Induk
PRK Kuala Besut, Datuk Husam Musa dalam satu artikel yang dipetik dari Harakah
Online mengatakan bahawa rakyat Kuala
Besut masih banyak yang miskin.
Dari mana Husam mendapat
info ini, masih tidak diketahui.Beliau juga mengaitkan kemiskinan ini dengan
hasil minyak Terengganu yang didakwa tidak digunakan sebaik mungkin. Tidakkah
Husam sedar bahawa semua pemimpin PAS amat suka datang ke Terengganu. Apa lagi
jika dijemput untuk menjadi penceramah di mana-mana ceramah umum.
Rakyat Terengganu adalah
orang –orang kaya yang sentiasa menderma di sertiap ceramah umum yang di anjur
oleh PAS. Ini juga berlaku di PRK Kuala Besut. Kadang-kadang sampai puluhan
ribu ringgit berjaya dikutip dalam satu ceramah umum.
Perkara ini juga diakui oleh
Cikgu Non dalam satu program penerangan berkaitan dengan wang tabung memali
yang diadakan di Kuala Terengganu tahun lepas. Cikgu Non menyatakan bahawa
rakyat Terengganu adalah antara penderma terbanyak untuk tabung tersebut.
Pendek kata, rakyat
Terengganu sebenarnya tidak miskin seperti yang didakwa oleh Husam Musa.
Buktinya PAS sendiri mengharapkan wang rakyat Terengganu untuk menjayakan satu-satu
program.
Kesian Husam terpaksa
memburukkan imej kerajaan Terengganu untuk mendapatkan undi dari pengundi dun
Kuala Besut. Namun rakyat Kuala Besut tidak begitu mudah untuk terpengaruh
dengan dakyah PAS.
No comments:
Post a Comment