Tindakan Kerajaan Pas memecat suaminya Allahyarham Imam Haji
Hussin Mat Amin sebagai imam Masjid Kg Bharu, Dun Kuala Besut semasa
pemerintahan Pas tidak pernah lupa dalam hidupnya dan terasa sedih hingga
sekarang, kata Hajah Habsah Mat Ali isteri kepada Allahyarham.
Betapa mendalamnya rasa sedih kerana arwah suaminya itu
boleh dikatakan seorang yang berjasa yang mengetuai pembinaan masjid itu
puluhan tahun yang lalu sewaktu berpindah dari Kg Paya ke kampong baru itu.
Bahkan arwah suaminya itu juga adalah yang mengetuai penempatan baru itu
bersama beberapa rakan yang lain, setelah pulang menuntut ilmu agama di Mekah
selama sembilan tahun.
Kesedihannya itu dikongsi bersama dengan masyarakat
sekitar Kuala Besut kerana Allahyarham suaminya amat terkenal sebagai guru
agama dan pendakwah yang terkenal.
Arwah dan ahli keluarganya adalah orang yang mendokong kuat perjuangan
Umno dan merupakan ulamak yang disegani di Besut iaitu dikenali Tok Guru Haji
Husain.
Pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Daerah Besut pada tahun
1993.
Tetapi
kezaliman Pas tidak mengenal sesiapa, hatta orang berilmu agama
bertaraf ulamak sekalipun tetap dipecat kerana mendapati mendokong
perjuangan
Umno, lalu Haji Husain dipecat dan dinafikan haknya sebagai imam sebaik
Pas
berkuasa di Terengganu. Ramai lagi imam dan bilal di Terengganu dipecat
semasa pemerintahan Pas (1999-2004), pemecatan Imam Haji Hussin ini
hanya salah seorang daripadanya.
Tok Hajah Habshah dengan linangan airmata menceritakan kepada wartawan
Terengganu Today semalam 22 Julai di rumahnya di Kampung Bharu, Kuala Besut
bersebelahan masjid.
Bagaimanapun keluarga mereka redha di atas apa yang berlaku ke atas
pemecatan Allahyarham suaminya itu dari menjadi imam masjid tersebut.
Allahyarham meninggal dunia pada Disember 2007 lalu dan yang tinggal
hanyalah kenangan pilu bersama masjid baru yang dibina oleh BN dengan nama
Masjid haji Hussin, mengambil sempena suaminya yang berjasa.
No comments:
Post a Comment