Monday, 30 January 2012

AZHAR IDRUS -NAK MASUK MAHARAJA LAWAK MEGA???

AZHAR IDRUS

Azhar Idurs, satu fenomena baru dalam dunia ceramah. Angin melihat bukan main ramai yang mengikut ceramah-ceramah agama yang diadakan.Samada di surau Ladang, surau dekat Flet Gelong Bilal maka berbondong-bondong orang tua dan muda yang hadir. Hinggakan di surau Flet tu siap ada macam pasar malam setiap kali Azhar Idrus berceramah.

Persoalan yang ingin Angin utarakan ialah apakah pendengar yang pergi mendengar ceramah Azhar Idrus ini benar-benar dapat menangkap apa yang beliau cakapkan atau semata-mata ingin mencari satu bentuk hiburan baru dengan lawak-lawak yang dibuat oleh Azhar Idrus



Seperti Video diatas, Azhar Idrus sendiri tidak menyokong rancangan Ustazah Pilihan kerana  diakhirnya rancangan tersebut hanya untuk HIBURAN SEMATA. Itu pendapat beliau. Angin banyak menonton video-video yang dimuat naik oleh peminat Azhar Idrus dan Angin dapati hampir setiap kali beliau menjawap soalan mesti diselitkan lawak-lawak dan maki-makian yang memang menjadi kesukaan "orang kita". Angin bimbang "WALAUPUN TUJUAN AZHAR INI CANTIK NAMPAKNYA TAPI BILA DAH BANYAK SANGAT LAWAK-LAWAK, AKHIRNYA DIA JADI HIBURAN SEMATA-MATA".Nanti apa yang pengikut Azhar dapat hanyalah lawak-lawak untuk dijadikan bahan ketawa dikedai-kedai kopi. Bahkan dah banyak yang angin dengar lawak-lawak itu diulang-ulang. Bukan isi penyampaiannya.

BERGAMBAR PUN BUAT LAWAK JUGAK KE CIK HAR?????
Pernah Angin berjumpa  seorang rakan yang begitu dekat dengan Azhar Idrus, bahkan Azhar  pernah pergi ke rumah beliau, rakan Azhar ini sendiri pernah berjumpa beberapa anak muda dan bertanya mengapa begitu meminati Azhar Idrus, jawapan mereka amat mengejutkan : SAYA SUKA USTAZ AZHAR SEBAK DIA KELAKOR, KALU DENGOR DIA CERAMOH SUKE SOKMO. Maknanya yang mereka dapat hanyalah kelakar dan lawak semata-mata.Sehinggakan ketika menyambut awal muharam di Shah Alam, ada penonton yang bertanya kepada Azhar Idrus mengapa tidak masuk RAJA LAWAK, kalau masuk katanya, dialah orang pertama yang akan undi AZHAR. 

Aduh.... sampai macam tu lawaknya Azhar... Tapi Azhar tak akan mahu masuk Raja Lawak tapi MUNGKINKAH beliau akan masuk MAHARAJA LAWAK MEGA sebab hadiahnya lagi besar?????

Maka tak ada bezalah dengan rancangan Ustazah Pilihan yang Azhar kata menjadi hiburan semata-mata.... SEBAB CERAMAH AZHAR AKHIRNYA MENJADI HIBURAN SEMATA-MATA....KETAWA DI SURAU INI, KETAWA DI MASJID ITU....

Terpandang satu artikel "  PARA SAHABAT PERNAH BERKATA : Sabda NABI : "KETAWA DI MASJID MENGGELAPKAN SUASANA KUBUR"



No comments:

Post a Comment