Tuesday 21 February 2012

DEDAH SINI DEDAH SANA!!!! PENGIKUT PAS MASIH TOK TOK DEH.....

Aduih.... pedih betul bila tengok video siri TERBURAI ni. Kalu akulah, dah lama aku menemborkan diri dari parasit-parasit PAS ni neh..... Mana tak nya, pendedahan oleh Ustaz Saidi ning pasti membuatkan orang-ornag PAS jadi cacing kepanasan.

Tapi kenapa yer, orang PAS tak saman Ustaz Saidi ni neh??? Mesti sebab ada bukti dok? Kalu dok, dok kang Ustaz Saidi ning berani nok wat pendedahan ni neh???

Yang Angin pening ni, kenapa puok-puok PAS masih taksub dengan sebahagian pemimpin yang dikatakan telah menyimpang jauh?? Contoh macam kes main dengan bini orang dalam keretapi.... Nik Aziz kata ALLAH dah ampunkan dipelaku... siapa Nik Aziz, sehingga dapat syafaat sampai macam tu???

Aduh.... sakit sungguh lah neh..... bakper yang bodo-bodo sangat si pengikut PAS ning???? sampai buta mata, buta hati gitu sekali??? Sampai Ustaz Saidi kata " Nik Aziz mitok supaya kes main dengan bini orang dalam keretapi, jangan dibuat bising, orang UMNO dop tahu cerita ning...kalu tahu kang rosok parti kita".. doh mung tengok ar...mung tengok lah...ning ke ULAMAK....neh???.... Jangan jadi bodo ngat .....neh...

Ginilah mung orang dengorlah betul-betul video siri TERBURAI ning..... Angin malas nok tulis panjang-panjang sebab mung orang pandai-pandai belake doh...cume hok bodo tolol jer hok dop percaya dengan mender hok Ustaz Saidi khabor...

SEKALI LAGI NEH.......JANGAN JADI BODO NGAT!!!!









ULANG SEKALI LAGI LEPAS TENGOK VIDEO NING.... USTAZ AZHAR KATA NEH.....JANGAN JADI BODO NGAT NEH!!!!!!

PANAS!!!!! HASSAN ALI NAK LETUPKAN PAS TERENGGANU????


Lepas dipecat tanpa dibicara, Hassan Ali terus menjelajah ke seluruh pelosok tanah air neh....

teringat plak cerita ibu mertuaku - alaaaa P. Ramlee tu neh.... bila dah buta tak der orang yang nak peduli maka bawak ler diri neh...nasib baik jumpa mamee, terus mame buat balik. Bila mamuu sampai, tengok-tengok si buta ni rupa-rupanya KASSIM SELAMAT yang memang hebat main saksofon neh.... mamuu pun nak bawak ler KS ni round malaya. KS setuju ler tapi nak kena tukar nama kepada OSMAN JAILANI neh... ish!!! cerita panjang-panjang pun tak guna korang semua dah hafal dah cerita tu neh.... .....

Ini kita cerita bab YB Hassan Ali ni...huhuhuuh nasib baik Hassan Ali tak payah tukar nama jadi SARJAN HASSAN ke apa ke neh......huhuhuuhuhuhuhuhu.... tetap guna nama Hassan Ali, terus memberi penerangan kepada rakyat (memang beza lah dengan Osman Jailani, sbb OJ pusing malaya main saksofon), Hassan Ali jelajah Malaysia nok cerita tentang PARASIT-PARASIT hok duduk tepek dengan PAS sampai PAS makin lama makin jadi hamPAS. Berkulat doh sikit2 tu neh... bodo.... tapi dop tahu ar plok kot-kot jadi macam cerita IBU MERTUAKU jugok akhirnya, mana dop nya, mesti set-set PAS duk tunggu Hassan Ali sampai ke tempat mereka.

Macam kat tempat Angin ni, 25 Februari 2012 (Sabtu) mulai jam 8.00 pagi, Hassan Ali akan berada dalam program HIMPUNAN SEJUTA UMAT - SELAMATKAN AKIDAH - AYUH BANGKIT TOLAK PARASIT POLITIK DEMI AKIDAH UMAT ISLAM di Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud.

Angin dengar lagi, semua orang PAS dijemput bersama termasuk YB-YB PAS yang sememangnya baru mula nok mesra semula dengan rakyat. Selama kening tak dop kerja ngat, lening sibuk sikit ar..maklum dekat nok pilihanraya doh kang deh? Mana tahu kot-kot nama lekat smula... neh..... jangan jadi bodo ngat...

Hassan Ali mesti berbesar hati kalu rakan-rakan dalam PAS hadir sama dalam program tersebut tapi yang berani mari tu mesti bukan parasit-parasit ler neh..... kalujumpa semula dengan kekasih lama macam cerita IBU MERTUAKU tu best jugok...mesti dia orang akan tolong neh... 

Tolong sampai Kassim Selamat buleh tengok orang semula tapi biasalah set-set PAS lebih kurang macam Dr. Asmadi dengan Shamsiah jugok neh??? Wi Kassim Selamat suka hati buleh tengok semula lepas tu wak nyakit hati...berlenggang depan mata dengan bekas bini..... huhuhuuhuu.....neh???

 Jangan ler plok sapai Hassan Ali jadi gitu neh..... kalau waser nok letupkan PAS Terengganu dengan dedoh siapa parasit-parasit hok duduk terengganu ning, biar kemah keming. Gula-gula hok harga seposeng tu dok soh duk tengok ngat.... juang biar ikhlas neh.... jangan sampai jadi KASSIM SELAMAT @ OSMAN JAILANI , bleh tengok orang semula dok samapai seminggu lepas tu cucuk mata sendiri, jadi buta smula neh...

ANIGN DOAKAN SEMOGA PROGRAM YANG DIJADUALKAN DISINI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN MEMBERI IMPAK YANG JITU KEPADA RAKYAT. BIAR RAKYAT HOK DUK SAYANG NGAT KE PAS TU PAHAM BAHAWA PERJUANGAN KETUA-KETUA MEREKA TIDAK LAGI UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT TAPI HANYA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PERIBADI?????

INGAT NEH.....JANGAN JADI BODO NGAT!!!

Sunday 19 February 2012

PAS: KOHO LAMA KOHO PELIK!!! MB TEGANUNG SENYUNG JE...

Baru- baru ini kecoh bila pemuda PAS kata nak failkan notis mohon maaf kepada YAB Menteri Besar Terengganu. Masa diberikan ialah 3 hari. Kalau dop notis saman plok akan menysusl, Kecoh jugaklah seposen masa tu. Berbondong-bondong wartawan ikut Mat Said di Hulu Terengganu, tunggu peluang untuk bertanyakan pasal saman tu....
Tup-tup Mat Said jawab, beliau bersedia disaman oleh Pas berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.Beliau tidak sesekali gentar dengan desakan parti tersebut kerana yakin dakwaan terhadap Pas itu mempunyai kebenaran berdasarkan banyak bukti kukuh.
“Ikut pandai dia lah (terserah pada Pas), saya tunggu (bila Pas akan saman). Saya tak akan tarik balik.“Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah. Tapi dia kata kita (BN dan UMNO) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa,”

Sekali fikir betul kata Mat Said tu lol... dah lama dah UMNO dilabelkan sebagai kafir... contoh nya kat video dibawah ning.. dengar betul2 amanat orang kuat PAS tu ye... AMANAT HAJI HADI yang menyebabkan orang ISLAM ketika itu bergaduh, tidak bertegur sapa, bukankah kerana mengkafirkan  UMNO???? sehingga kalau mati menentang UMNO, matinya mati syahid. Dengar betul2 lol...

Kemudiannya ko orang dengar plak betul-betul apa kata beliau tentang hak orang ISLAM dan hak orang bukan islam. Bukankah kata beliau orang bukan islam tak boleh jadi pemerintah??? Camner pulak sekarang DAP (rakan pelukan HAJI HADI SENDIRI)  boleh menjadi pemerintah di Pulau Pinang??? Siapa yang sokong tu?? Tak ke puak PAS ??? Ish!!! Susoh maing dengan set cakap belit2 ning....

Haaaaaaa... satu lagi, chu ko orang dengar sekali lagi amanat yang dibuat oleh haji Hadi tu....angin tulis balik yer...kot-kot engko orang pekak... antaranya :

"SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN, PERCAYALAH KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMANYA UMNO, KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA NAMANYA BARISAN NASIONAL, KITE MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBANGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR....." lebih kurang begitulah apa yang diamanatkan...

Kemudian angin nak mintak tok-tok PAS ni buka minda, buka fikiran, cuci sikit kepala otak, jangan hanya belajor tinggi-tinggi tapi yang tingginya ialah bangunan bukan akal, sampai hok gining pung dok leh nok fikir.... chu deme tok tok PAS ni baca molek...sakning HAJI HADI kata "kita menentang umno kerana mengekalkaN PERLEMBAGAAN PENJAJAH..."

Deme tengok hok ning plok deh....





Mula-mula kata kita menentang kerana mengekalkan PERLEMBAGAAN PENJAJAH, LEPAS TU SETUJU DENGAN PLOK DENGAN BUKU JINGGA YANG MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.....doh bukan perlembagaan tu jugok ke???? Hok dikatakan kafir tu jugok je???? Oh base ngoh... apa bende ning?? Kena ke orang semuanya dok betul, bila napok jalang molek sket untuk diri sendiri....woooooooo setuju slalu...

Faham dok maksud angin tu??? Guaner yang kluk-klek sangat?? sekali tentang sekali sokong?? Ini ke ajaran ISLAM??

Aduih.... jadi pening habis rakyat...dok baik gitu tu........ kalu buleh katalah buleh, kalu dop bleh kata dop bleh..ni dok...wa rugi wa talak sokong, wa ada untung sikit jugak, wa sokong lah????

Jauh doh angin membebel, kita balik smula bab saman takdi deh.....angin dok dengor lagi cerita saman ning...rasanya lebih dari 3 hari doh dok? Bakper ye...senyak jer???

Tapi dok. angin rasa bukan sebab kata-kata MB tu sangat yang MB teganung nin nok di saman tapi sebab MB teganung ning memang klah... 40 kali lebih kalh dari set PAS hok tahu ke bende. dop caya? tengok guaner MB teganung ni jawap dalam rancangan ning..... TENGOK BETUL2 TU...


Mat Said dengan konfiden jawap soklan tu macam makan kacang jer..... HEBAT KAN????

Sebenarnya kehebatan MAT SAID diakui sendiri oleh beberapa blog ...contohnya BLOG MINDA LUTFI , ANTARA PETIKAN TULISANNYA YANG BERTAJUK : SEBELUM BERANGAN-ANGAN MENANG, PAS PERLU BANYAK BERUBAH"

"Tiga hari sebelum ke KT, saya menelefon beberapa rakan untuk mendapatkan pandangan terhadap politik Terengganu. "Sebelum berangan-angan menang, PAS kena banyak berubah," kata seorang tenaga akademik terkemuka.

"Maaf, rekod memerintah PAS banyak kelemahannya. Pelikkan apabila rakyat tidak merindui untuk kembali ke zaman itu, zaman yang dilihat Islam didaulatkan dan banyak perubahan dibuat. Ahmad Said tidak perlukan slogan atau projek besar seperti zaman Idris Jusoh untuk raih sokongan. Tapi terus terang saya katakan politik Ahmad Said lagi berbisa, ia lebih merakyat, beri bantuan langsung kepada sasaran," tambahnya."

Guaner???? Dop paham gop lagi ke? Kerana kehebatan je Mat Said diserang.....???? bukannya pasal sesat menyesatkan tu kan??? tapi gitulah...PAS ni koho lama koho pelik....sekali buleh sakli dop bleh..tapi MB teganung, hebatnya dia...dia senyum jer...huhuhuhuhuhu

Saturday 18 February 2012

LAGI BUKTI VIDEO, APA YANG BERLAKU DI TERENGGANU 1999-2004

Sekali lagi angin masukkan bukti video kekejaman PAS di Terengganu 1999-2004.

Bagaimana? masih ingatkah dengan semua perbuatan ini?? Apakah penyokong PAS masih kata ini semua lakonan UMNO???




apa nak jadi beb??


LAGI SATU ANGIN NAK KONGSI GAMBAR BAGAIMANA PUOK PAS YANG CANANG BAHAWA DUIT BR1M TU HARAM TAPI BILA TIME AGIH DUIT TU DIA AWAL2 PAGI DAH ADA"CONGOK" TUNGGU DI DEWAN SEKOLAH. HUHUUUHUHUHU.....HARAM UNTUK ORANG LAIN HALAL MASUK POKET SENDIRI...KUANG-KUANG KUANG...

Ayoh Wan ni penyokong Pas tegar...nye buleh g kabo ke orang kampung Duit BRIM tu haram......tapi dio lah hok mula-mula sekali mari g ambik pitis BRIM sesi pertama di Dun Wakaf Mempelam.......tahniah ambo ucapkan pada ayoh Wan...kerana telah m"halal kan duit BRIM .....terima kasih banyak-banyak...... - MJ Jane

Monday 6 February 2012

SADIS!!!!!SEJARAH KEKEJAMAN PAS - MASIHKAH KAU INGAT 1

Salam....

Angin merasa sedih apabila melihat video di bawah. Angin masih ingat pada tahun-tahun itu. Bagaimana rakus dan ganasnya petualang bangsa bernama PAS. Masih terbayang di mata Angin bagaimana pada malam 29 November 1999 selepas pengistiharan kemenangan oleh PAS di Terengganu, balaci-balaci PAS telah mengunci pintu pagar masuk ke Bangunan Wisma Darul Iman. Mereka tidak membenarkan sesiapapun masuk. Konon sebagai langkah untuk menghalang pemimpin terdahulu mengeluarkan dokumen--dokumen penting kerajaan atau dengan kata lain "wat lari pitih".

Banyak cerita-ceriti yang direka PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional ketika itu, isu penyelewengan dan salah guna kuasa juga dijaja di pentas pentas ceramah mereka. Namun akhirnya ALLAH MAHA BESAR. ALLAH menarik semula nikmat menjadi pemimpin daripada mereka (PAS) pada tahun 2004.

Sahabat angin boleh baca perilaku PAS di SINI.

Namun sebelum itu, Angin ingin mengajak sahabat menonton video dibawah terlebih dahulu. Jika ditakdirkan ALLAH anak-anak yang dihalau dari tadika mereka masih hidup bermakna anak-anak ini kini telah berumur 17 - 19 tahun. Jika dah 18 tahun Angin harap mereka masih inga bagaimana mereka diperlakukan sebegitu kejam oleh puak khawarij PAS dan tidak akan terpengaruh dengan pujuk rayu PAS lagi. Mereka perlu ingat sentiasa perbuatan PAS kepada mereka dan perlu tampil untuk menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku sebagai bukti kepada rakan-rakan yang masih tidak mempercayai perbuatan PAS tersebut. Walaupun ketika mereka baru berusia 5 -6 tahun.



Angin sudah serik, angin tidak mahu lagi peristiwa sama berlaku dinegeri kesayangan angin ini... Angin akan pastikan PRU13, TERENGGANU AKAN TETAP BERADA DI BAWAH PEMERINTAHAN BARISAN NASIONAL....

PAS...........PELAWOK!!!!PELAWOK!!!PELAWOK!!!

Inilah PAS Pelawok....









Masih mahu bersama PAS????

Friday 3 February 2012

PM LAWAT DUN LADANG & BATU BURUK - ANGIN PERUBAHAN MULA TERASA

YAB PM KETIKA BERUCAP DI DEPAN 8000 ORANG RAKYAT DUN BATU BURUK

Alhamdulillah, separuh hari, hari ini angin habiskan dengan menghadiri diri ke program YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang untuk sekian kalinya datang berkunjung ke Parlimen Kuala Terengganu.

Angin rasa bangga kerana pemimpin nombor 1 negara ini sanggup menghabiskan separuh harinya di sini. Bermula dengan solat jumaat di Masjid Almuktafibillah Shah Ladang YAB PM sempat bersalaman dengan ribuan rakyat yang sedia menunggu beiau. Kemudian beliau mengambil kesempatan untuk bersama rakyat dalam majlis Jamuan Rakyat yang diadakan di perkarangan masjid tersebut. Hampir 4000 orang telah hadir bersama YAB PM di situ.

Yang menariknya apabila 2 orang warga emas telah terpilih untuk makan bersama beliau. Dengan linangan airmata seorang pak cik tua mengucapkan terimakasih kepada kerajaan negeri dan YAB PM yang sudi melayan beliau ketika jamuan tersebut.

Perdana Menteri 1 Malaysia ini kemudiannya bersalaman dengan rakyat yang berada di situ. Rata-rata warga Dun Ladang yang ditemui menyatakan rasa terharu dan berterimakasih kepada PM. Turut hadir di dalam Majlis tersebut ialah YAB Dato Seri Menteri Besar, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu serta Timbalannya Datuk Haji Mohd Sabri Bin Alwi serta Dato' Wan Hisham selaku Naib Ketua Bahagian dan keseluruhan pimpinan Bahagian.

Sebelah petangnya pula, lebih kurang jam 4.00 petang YAB PM telah berada di Padang Sekolah Menengah Sri Budiman, dalam DUN Batu Buruk. Di situ beliau telah menyampaikan cek Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk ke empat-empat DUN dalam parlimen Kuala Terengganu.

Di dalam ucapannya aluan Dato' Seri Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan sekiranya DUN Batu Buruk dikembalikan kepada Barisan Nasional dan kerajaan negeri sekarang dikekalkan dalam pilihanraya akan datang Kerajaan Negeri akan membina 1000 buah rumah mesra rakyat di Dun ini. Beliau menyeru kepada rakyat DUN Batu Buruk supaya bo-bo lah pangkah PAS kerana tidak ada apa-apa yang dibuat oleh wakil rakyat PAS walaupun sudah hampir 26 tahun menwan DUN Batu Buruk. Wakil rakyatnya hanya tahu berbohong dan menipu walaupun didalam Dewan Undangan Negeri. 

Dato' Wan Ahmad Farid , Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu pula menegaskan bahawa walaupun sejak tahun 1985 PAS menawan Batu Buruk namun tidak ada apa-apa bantuan yang diberikan kepada rakyat. Wakil PAS akan menjawap kepada rakyat bahawa mereka tidak ada peruntukan untuk pembangunan atau bantuan sekiranya ditanya rakyat. Namun menurut Dato' Wan Farid, ALLAH pernah memberi peluang kepada PAS untuk membuktikan bahawa mereka boleh membantu tetapi semasa memerintah tahun 1999 - 2004, DUN Batu Buruk tetap tiada apa-apa. 
KEMESRAAN PM TIADA BANGDINGAN

Begitulah manusia PAS sebenarnya, tanam tebu ditepi bibir, akhirnya hanya semut yang menghurung bibir itu.

YAB PM pula menyatakan bahawa sebenarnya tak guna memaksa, kalau dah hitam legam bacaannya. Namun mengambil contoh di Parlimen beliau, sekiranya orang-orang yang tengok kita macam nak telah ini dibuat baik, pasti mereka akan berlembut hati. Beliau meminta rakyat merenungkan bagaimana PAS yang sebelum ini memperjuangkan ISLAM kononnya, sanggup melucutkan keahlian YB Dato Hassan Ali yang ikhlas mempertahankan islam. NEGARA ISLAM yang diwar-warkan, akhirnya tidak ada pula didalam Al Quran, yang ada hanya NEGARA BERKEBAJIKAN, sedangkan sekarang pun kerajaan Barisan Nasional lebih BERKEBAJIKAN. Memberi bermacam-macam bantuan. Inilah negara berkebajikan, kebajikan apa lagi yang tidak di terima rakyat. Bahkan negara ini ditadbir dengan penuh ISLAMIK malah lebih ISLAMIK dari apa yang di war-warkan oleh PAS.

Dengan kehadiran yang begitu ramai di ke dua-dua tempat tersebut Angin dapat melihat ada keinginan rakyat untuk berubah. Mengubah nasib mereka. Hampir 8000 ribu orang telah hadir di dun Batu Buruk. Apalagi apabila ke dua-dua wakil rakyat PAS di dun Ladang dan Batu Buruk sebenarnya tidak layak untuk menang. Peluang yang ada dalam pilihanraya akan datang ini pasti akan digunakan oleh rakyat sepenuhnya. Berubah demi masa depan anak cucu kita nanti. Insyaallah Barisan Nasional tidak akan mensia-siakan UNDI RAKYAT. Angin tahu pemimpin Barisan Nasional apabila berjanji, mereka akan tunaikan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini, tidak sampai 3 bulan selepas di bentangkan di Parlimen, kini rakyat telah menerima keuntungannya.

BERBAGAI BANTUAN TELAH DITERIMA RAKYAT

Jangan jadi macam orang kuat PAS dari Kampung Batu 5 Gong Kemunting tadi, siap bertengking pulak dengan Ketua Wanita UMNO yang menegurnya. Mungkin kerana malu orang kuat PAS ni kata BR1M adalah wang rakyat lalu di jawap oleh Ketua Wanita yang tidak kurang hebatnya, katanya memang yang diterima sekarang adalah wang rakyat tapi jika pentadbir negara tidak pandai mengurus seperti ketika PAS memerintah Terengganu, pastinya orang PAS sendiri tidak dapat menikmatinya. Terus orang PAS ni cabut lari... PADAN MUKA.......

JAMUAN RAKYAT DI MASJID LADANG















AYUH KITA BERUBAH KEPADA PARTI YANG LEBIH ISLAMIK.....BARISAN NASIONAL.

Thursday 2 February 2012

BUKTI!!!! ANWAR TIDAK BOLEH BERDALIH LAGI. APA KATA PAS????

Salam....

Malam tadi angin menonton video yang dimuat naik berkenaan beberapa kenyataan SESUMPAH Anwar Ibrahim. Anwar bukan sahaja menyokong Israel malah SESUMPAH ini memberi kenyataan tentang penggunaan Kalimah ALLAH dan Negara Islam.

Beliau menyatakan bahawa pihak pembangkang mengundi dalam keadaan yang sangsi. Apa maknanya tu? Apakah Anwar pulak yang belajar dengan PAS TERENGGANU yang "KLUK-KLEK"? Biasalah ekkkk.... Sana lain sini lain. Apakah agenda sebenar Anwar?

Beliau juga mengutuk keras mereka yang melarang penggunaan perkataan ALLAH oleh Agama bukan islam dengan mengatakan larangan itu benar-benar tidak waras. Malah beliau mengatakan larangan dibuat adalah secara paksa dan ini menafikan hak mereka. Mengapa Beliau terus menafikan kebenaran?? Bukankah dulu beberapa bukti telah dikeluarkan bagaimana penggunaan perkataan ALLAH oleh agama bukan ISLAM boleh mengelirukan?? Boleh ini yang cuba dibendung???? Mengapa kita perlu membenarkan sedangkan kita mampu mengelaknya??? Anwar tidak memikirkan tentang anak cucu cicitnya akan datang ke?? Yang bestnya beliau mengatrakan PAKATAN RAKYAT, bukan sahaja PKR dan DAP tapi PAS pun menolak penentangan Penggunaan perkataan ALLAH oleh agama selain ISLAM.

Kenapa PAS diam??? PAS pun dah pening menigkut telunjuk Anwar ke??? Kesian penyokong PAS akar umbi yang masih dalam kegelapan mencari sinar. Sebab itu orangk kata jangan pergunaakan ISLAM untuk kepentingan PARTI. ANWAR sendiri memberi pengakuan bahawa beliau TIDAK MENYOKONG NEGARA ISLAM. Bukan selama ini penyokong PAS akar umbi berjuang puluhan tahun untuk menjadikan negara ini sebuah negara ISLAM??? (Walaupun sebenarnya negara ini telah lama sebuah negara ISLAM). PEnyokong PAS masih tidak sedarkah bagaimana mereka DIPERGUNAKAN untuk kepentingan peribadi beberapa kerat pemimpinnya. SEHINGGAKAN ORANG YANG IKHLAS DALAM PERJUANGANNYA SEPERTI YB HASSAN ALI DIPECAT KERANA MENEGAKKAN AJARAN ISLAM??? Mengapa pemimpin PAS tidak keluar sahaja dari PR dan jauhkan diri dan PARTI dari SESUMPAH ini demi penyokong PAS akar umbi.
Satu lagi bagaimana PAS nak menjalankan hukum hudud jika KEPALA PR, iaitu Anwar Ibrahim sendiri tidak menyokong hukuman rotan yang dikenakan ke atas peminum ARAK? 

Pada angin sebenarnya PAS benar-benar tersepit. Dengan ISU HASSAN ALI DAN HASSAN BASRI yang dikatakan oleh Mat Sabu sebagai MUSUH NOMBOR SATU PAS kini. Antara keinginan untuk berkuasa dengan hukum agama. PAS nampaknya lebih utamakan KEKUASAAN. Jelas buktinya kerana PAS masih mahu bersetongkol dengan PKR dan DAP dalam PR yang terang-terang menolak perjuangan ISLAM selama bertahun-tahun...

AYUH SAHABATKU DALAM PAS, JANGAN TERUS TERPEDAYA... KERANA SEMAKIN HARI ALLAH MENUNJUKKAN KEBENARAN. UMNO/BN SEBENARNYA LEBIH ISLAMIK DARI PARTI ISLAM BENDERA HIJAU ITU.