Monday 29 July 2013

#PRK KUALA BESUT : KE MANA MENGHILANGNYA CHE SELEPAS KALAH???

Sebaik sahaja mengetahui kekalahannya, Che Long @ Yusof calon Pas Dun Kuala Besut bagi PRK  telah menghilangkan diri entah ke mana.
 
Beliau tidak hadir semasa proses pengumuman keputusan dibuat hanya calon BN, Tengku Zaihan Che Abdul Rahman yang ada dan membuat pengesahan ke atas kertas keputusan yang dikeluarkan oleh SPR.
 
Pengumuman keputusan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, A.Rahim Jusoh yang juga Pegawai Daerah Besut di Dewan Gong Kemuntong Besut yang dihadiri sama oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin.
 
Ketidakhadiran calon Pas dan para penyokong itu membuktikan mereka tidak dapat menerima keputusan kalah kerana terlalu taksub untuk menang bagi menjadikan kerusi Dun Terengganu 16- 16.
 
Pada peringkat awal, hasil siasatan pihak keselamatan mendapati, Pas sudah bersedia untuk berarak dan berkumpul di Wisma Darul Iman, jika mereka menang dalam PRK itu  menjadikan kedudukan BN dan Pas seri 16-16.
 
Bagi mereka yang taksub itu kedudukan seri itu bermakna sama sama berkuasa ke atas Wisma Darul Iman dan pentadbiran negeri kerana itu yang diterangkan kepada mereka.
 
Sumber memberitahu, Che Long kemungkinan ada di Kota Bharu di pejabat miliknya di sana.

#ANEH : MENGUTIP MAYAT RUTIN HARIAN WEI


Percaya atau tidak mencari mayat telah menjadi rutin harian seorang lelaki bernama Wei Xinpeng. Dia telah bertahun-tahun melakukan pekerjaan tersebut dengan tekun meskipun kedengaran sangat aneh.

Wei Xinpeng, lelaki separuh umur yang biasa memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, seperti diungkapkan oleh portal berita BBC, kerap memulakan aktivitinya dengan melepak sambil merokok di tepi sungai kuning. Matanya tetap tajam mengamati aliran Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah korban kecelakaan, dibunuh, atau pun bunuh diri.

 

Lelaki berusia 55 tahun itu seperti telah hafal betul aliran sungai Kuning, dan dia faham dengan melihat ke mana arus membawa mayat-mayat yang tenggelam di sungai itu. Biasanya, Wei mendayung perahunya ke satu jambatan kecil di hilir. Di sana, biasanya mayat tersangkut di celah besi jambatan. Dalam tujuh tahun terakhir, mencari mayat kini adalah kegiatan rutin Wei. Dia menjual penemuannya (mayat) itu ke ahli keluarga mangsa. “Saya memberi penghargaan kepada si mayat,” ujarnya seperti dilansir BBC.

Wei mengaku telah mengumpulkan lebih 500 mayat dari dasar sungai. “Orang-orang ini mati dengan cara menyedihkan,” ujar Wei. Dia mengumpulkan mayat penemuannya itu di satu teluk kecil yang tidak dibawa arus. Mayat-mayat beragam bentuk itu dikumpulkan di sana. BBC melaporkan, di teluk kecil itu ada empat mayat yang tubuhnya telah kaku, dengan kepala tertelungkup ke bawah. Setiap kali berhasil menangguk mayat, Dia menyebut ciri fisikal mayat itu, sehingga ahli keluarga yang bersangkutan dapat segera mengenalinya. Biasanya, ahli keluarga si mayat akan menelefon Wei, dan meminta dihantarkan ke tempat dia menyimpannya.


Wei membawa ahli keluarga si mayat ke teluk kecil itu. Dia membalikkan tubuh si mayat agar wajahnya dapat terlihat. Jika ahli keluarga si mati ingin membawanya pulang, maka mereka harus membayar wang (sebangai penat lelahnya) lebih dari US$500, Wei mengatakan, selama ini dia telah menjual sekitar 40 mayat. 

Tapi kadang2, keluarga si mayat enggan membayar, dan pulang tanpa membawa jenazah yang ditemui Wei. “setelah Mereka melihat sebentar, lalu pergi tanpa berkata apa-apa. Mereka tak membawanya pulang,” ujar Wei.

Jika sudah begini, Wei terpaksa harus menguburkan mayatnya secara pantas. Soalnya, pemerintah akan membiarkan mayat yang ditemuai membusuk tanpa melakukan apapun. Wei mengatakan apa yang dia lakukan bukan semata-mata kerana wang, tapi kerana alasan lebih pribadi. 

Dia pun berkisah. Pekerjaan ini, kata Wei, bermula dari usahanya untuk mencari anaknya sendiri, yang tenggelam di Sungai Kuning. “Anak saya tenggelam di sungai ini dan saya tidak dapat menemui mayatnya. Sangat menyakitkan. Itu sebabnya saya melakukan pekerjaan ini,” ujar Wei. Putra Wei sampai sekarang belum ditemui

sumber 

# PAS KALAH DI KUALA BESUT : PAS TAK TERIMA KENYATAAN???

Sebaik sahaja calon Pas, Che Long kalah menentang calon BN Tengku Zaihan dalam PRK Kuala Besut, banyak sangat suara-suara dalam Pas yang semacam tidak boleh menerima kekalahan dan takdir yang ditetapkan oleh Tuhan.
Che Long sendiri mengatakan dia kalah kerana lawan Kerajaan Malaysia bukan lawan Tengku Zaihan.
Siapa yang ajar pada dia cakap macam tu, agaknya Pengurus kempen dialah.
Kita kena beri tahu pada Che Long, doh Che Long selalu cakap bab agama, maka Che Long terimalah kekalahan ini dengan redha dan menerima apa yang telah ditentukan Allah.
Janganlah Che Long cakap sebab itu dan sebab ini, menyalahkan pihak yang ditentangnya.
Ada juga yang tulis dalam media pembangkang, bahawa kekalahan itu kerana rasuah projek, kerana pengundi disogok dengan politik wang dan sebagainya.
Sebenarnya Pas lah yang banyak membuat sogokan wang, barang makanan dan sebagainya. Che Long sendiri banyak menjanjikan kepada orang projek hendak baiki rumah dan sebagainya hanya semata-mata kerana hendakkan undi sokongan.
Dua hari selepas kematian Adun Kuala Besut, muslimat Pas telah masuk ke pulau perhentian membahagi-bahagikan gula, minyak masak dan sebagainya dan minta sokong Pas.
Awal-awal lagi dirasuahkan pengundi, jadi jangan buat tuduhan kepada BN.

#PAS TEWAS DI KUALA BESUT : BILA GADIS PENYOKONG PAS NAK BOGEL KELILING KUALA BESUT

 
Anak gadis ini agaknya penyokong tegar PAS tidak menduga BN akan menang dalam PRK Kuala Besut, lalu amat berani membuat "posting" maut di dalam laman sosial Facebooknya.

Damia Izara dalam FBnya berkata, "Kalau BN menang di Kuala Besut, saya berjanji akan bogel keliling Kuala Besut. Itu janji saya pada semua yang baca status ini."

Sekarang kita sedang menunggu-nunggu bilakah penyokong tegar Pas itu akan menunaikan janjinya.

Rakan-rakan FBnya meminta Damia Izara, tolong beritahu tarikh anda akan berbogel sekeliling Kuala Besut.

 Janganlah pula kata itu hanya janji suka-suka sahaja, kerana tidak menduga Pas akan tewas.

PRK Kuala Besut melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Barisan Nasional melalui calonnya Tengku Zaihan telah memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,592 iaitu lebih 158 kerusi daripada majoriti yang diperolehi di dalam PRU13. 

Tetapi bagi Mohd Noor Mat, 64,  berkata beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran setelah calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

Insya Allah, penyokong setia BN, Mohd Noor akan tunaikan janjinya.....Tunggu....janji pasti ditunaikan!!!!

sumber 

Sunday 28 July 2013

# Walk4BN : MOHD NOOR AKAN MENUNAIKAN NAZAR TAK LAMA LAGI

 
 
Menteri Besar Terengganu,  Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah bersetuju untuk menjayakan Walk For BN sebagai manifestasi sokongan kepada seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat, 48 tahun, yang berhasrat menunaikan nazar beliau untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.
 
Kini  ternyata BN telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti cemerlang 2,592 menewaskan calon Pas.
 
Mohd Noor yang juga seorang kakitangan  kerajaan negeri (Yayasan Islam Besut) beberapa hari sebelum berlangsungnya PRK Kuala Besut ada menyatakan bahawa beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
 
Dato’ Seri Haji Ahmad dalam satu pertemuan dengan Mohd Noor di Pejabat Menteri Besar hari ini, 28 Julai 2013 bersetuju Walk For BN sebagai menifestasi kejayaan cemerlang BN dalam PRK Dun Kuala Besut 24 Julai baru-baru ini.
 
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, menggantikan Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar yang telah meninggal dunia.
 
Kemenangan itu menurut Menteri Besar amat bermakna agar kerajaan BN yang sedang mengurus tadbir negeri untuk faedah rakyat Terengganu tidak diganggu-gugat oleh pihak pembangkang.
 
Menurut Menteri Besar, ia (berjalan kaki)  bolehlah bermula dari Kuala Besut sampai ke Kuala Lumpur sama ada di Putrajaya ataupun di PWTC.
 
“Ia boleh merangsangkan lagi ke arah sokongan yang padu kepada BN dan akan berusaha memasukkannya ke dalam Malaysian Book of Record,” katanya kepada Terengganu Today.
 
Berjalan kaki lebih 600 kilometer ini adalah suatu pencapaian yang luar biasa,” katanya.
 
Difahamkan Mohd Noor akan berjalan 60 kilometer sehari dan dijangka memakan masa 12 hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Kuala Besut.
 
Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai daripada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib untuk menyambut Walk For BN oleh penyokong BN ,Mohd Noor itu.
 
Terengganu Today akan menjadi portal rasmi  untuk mempromosikan Walk For BN, malah akan turut menjadi urusetia perlaksanaannya di bawah kelolaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.

Wednesday 24 July 2013

#UPDATE PRK KUALA BESUT :: PAS KALAH KERANA JENTERA TIPU PENGUNDI??


Salah satu sebab kekalahan PAS dalam PRK Kuala Besut ialah banner yangdibuat oleh jentera PAS yang menulis nama Che Long di banner kertas undi....

Yang nyata nama tu tidak ada... yang ada ialalh Endut@Azlan bin Yusof... pening penyokong PAS cari nama Che Long....

Last2 payah sangat pangkah je kat nama Tengku Zaihan....

hihihihihi...

Jangan mare ar.....

#UPDATE PRK KUALA BESUT : BN MENANG DENGAN TAMBAHAN MAJORITI


Alhamdulillah....

Segalanya hampir selesai.... keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti yang meningkat walaupun peratusan keluarm mengundi menurun dari 87% ke 79 %... 

Maknanya pengundi Kuala Besut sememangnya mahukan BN terus membantu mereka di sini.....

Cita-cita PAS nak 16 : 16 maknanya berkubur ler...


THEY SAID i LOVVVVVVVV BN

Tuesday 23 July 2013

PRK KUALA BESUT : KERAJAAN PAS MENGHALAU ANAK-ANAK TABIKA

PRK KUALA BESUT : AIR PERCUMA HANYA PENIPUAN KERAJAAN PAS TERENGGANU

PRK KUALA BESUT : KERANA TAMAK KERAJAAN PAS TERENGGANU, KINI RAKYAT MENANGGUNG SAMAN1BILLION

PKR KUALA BESUT : KERAJAAN PAS TERENGGANU 1999 - 2004 MENGAMALKAN RIBA

PKR KUALA BESUT : KERAJAAN PAS AGIH WANG ZAKAT KEPADA ANAK EXCO

Salah guna kuasa berleluasa ketika PAS memerintah Terengganu 1999-2004

PANAZ PRK KUALA BESUT : UNDI DACING BODOH MACAM KAMBING??


husam6
GAMBAR HIASAN

PENCERAMAH Pas, Dato’ Nasuruddin Daud (ADUN Pas Meranti, Kelantan) dalam ceramahnya telah menyamakan pengundi BN di Kuala Besut bodoh seperti kambing.

Dalam ceramahnya malam tadi di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz Nusuruddin berkata, kalau ada yang beri ayam atau kambing (merujuk kepada bantuan BN), ‘heret’ kambing tu.

“Cakap dengan kambing tu, aku ni cerdik dari kamu, sebab tu kamu kena turut aku, hey kambing!” ucapannya dalam ceramah malam tadi 22 Julai.

“Jika dia beri kambing,  dan kita beri undi kita kepada dia, ertinya kita lebih bodoh dari kambing”, tambahnya lagi dalam ceramahnya berkempen bagi calon PAS N01, Che Long.

Menarik dan agak kelakar, beliau mungkin tidak menyedari apabila memberitahu orang cerdik dan waras untuk bercakap dengan kambing.


Penulis berpendapat, sebagai seorang wakil rakyat yang bergelar Ustaz tambahan dari parti yang melambangkan Islam, beliau seharusnya memikirkan sensitiviti dan menjaga adab ketika berkempen dalam bulan Ramadhan sebelum bertindak melabel pengundi-pengundi di DUN Kuala Besut sebagai “BODOH SEPERTI KAMBING”.

Beberapa penduduk ketika ditemui amat kecewa dan sedih dengan kenyataan beliau. Ini kerana, sebagai pengundi yang berhak memilih kerajaan yang dikehendaki, tindakan seorang Ustaz melabelkan mereka “bodoh seperti kambing” menunjukkan PAS sendiri tidak mengamalkan demokrasi malah memperlekehkan dan menghina mereka yang memilih Barisan Nasional demi kemajuan Kuala Besut.
BN sebelum ini telah memenangi N01 dalam PRU13 dengan majoriti yang tinggi dari pengundi-pengundi Kuala Besut.

PRK KUALA BESUT : IMAM JUGA MENJADI MANGSA KEKEJAMAN KERAJAAN PAS 1999-2004

 
 
Tindakan Kerajaan Pas memecat suaminya Allahyarham  Imam Haji Hussin Mat Amin sebagai imam Masjid Kg Bharu, Dun Kuala Besut semasa pemerintahan Pas tidak pernah lupa dalam hidupnya dan terasa sedih hingga sekarang, kata Hajah Habsah Mat Ali isteri kepada Allahyarham.
 
Betapa mendalamnya rasa sedih kerana  arwah suaminya itu  boleh dikatakan seorang yang berjasa yang mengetuai pembinaan masjid itu puluhan tahun yang lalu sewaktu berpindah dari Kg Paya ke kampong baru itu.
 
Bahkan arwah suaminya itu juga adalah yang mengetuai penempatan baru itu bersama beberapa rakan yang lain, setelah pulang menuntut ilmu agama di Mekah selama sembilan tahun. 
 
Kesedihannya itu dikongsi bersama dengan masyarakat sekitar Kuala Besut kerana Allahyarham suaminya amat terkenal sebagai guru agama dan pendakwah yang terkenal.
 
Arwah dan ahli keluarganya adalah orang yang mendokong kuat perjuangan Umno dan merupakan ulamak yang disegani di Besut iaitu dikenali Tok Guru Haji Husain.
 
Pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Daerah Besut pada tahun 1993.
 
 
Tetapi kezaliman Pas tidak mengenal sesiapa, hatta orang berilmu agama bertaraf ulamak sekalipun tetap dipecat kerana mendapati mendokong perjuangan Umno, lalu Haji Husain dipecat dan dinafikan haknya sebagai imam sebaik Pas berkuasa di Terengganu. Ramai lagi imam dan bilal di Terengganu dipecat semasa pemerintahan Pas (1999-2004), pemecatan Imam Haji Hussin ini hanya salah seorang daripadanya.
 
Tok Hajah Habshah dengan linangan airmata menceritakan kepada wartawan Terengganu Today semalam 22 Julai di rumahnya di Kampung Bharu, Kuala Besut bersebelahan masjid.
 
Bagaimanapun keluarga mereka redha di atas apa yang berlaku ke atas pemecatan Allahyarham suaminya itu dari menjadi imam masjid tersebut.
 
Allahyarham meninggal dunia pada Disember 2007 lalu dan yang tinggal hanyalah kenangan pilu bersama masjid baru yang dibina oleh BN dengan nama Masjid haji Hussin, mengambil sempena suaminya yang berjasa.

PRK KUALA BESUT : PAS MENGAKU KALAH : JENTERA MULA MENINGGALKAN KUALA BESUT


Selamat Tinggal PAS
Hanya sehari lagi berbaki sebelum hari pengundian PRK DUN Kuala Besut, gayanya PAS seperti sudah berputus asa apabila sudah kedengaran khabar berita beberapa kumpulan jentera pilihan raya PAS khususnya dari daerah lain di Terengganu beransur pulang ke tempat masing-masing.

Turut terbabit ialah beberapa kumpulan kecil dipercayai dari PAS Negeri Pahang dan Kedah. Setakat ini tiada kenyataan rasmi yang menjelaskan sebab musababnya kecuali satu penafian oleh PAS yang mendakwa jenteranya masih solid.

Menurut beberapa sumber yang rapat dengan PAS Terengganu, kebanyakan yang mengambil langkah pulang awal ini berbuat demikian sejak pagi dan tengahari semalam terutama selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil dalam dua ceramahnya di Kuala Besut pada malamnya (21 Julai) atas jemputan Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Barangkali tindakan ini dilakukan kerana tidak mahu bersekongkol dengan sikap hipokrit Anwar yang sejak lebih dua bulan lalu kuat menghentam SPR yang dituduhnya tidak telus atau mungkin juga kerana merasakan PRK DUN Kuala Besut sudah ‘diKelatekan’ oleh geng Husam.

Kehadiran Anwar pada malam itu walau pun sambutannya sedikit baik dari ceramah Presiden PAS, Hadi Awang namun sebahagian besar dari kira-kira 500 dan 600 pendengarnya di dua tempat berasingan itu merupakan penyokong dan jentera PAS yang diimport dari Kelantan.

Dalam ceramah tersebut Hadi Awang langsung tak kelihatan meskipun sepatutnya digandingkan bersama bagi memperlihatkan Presiden PAS itu masih dianggap sebagai tuan rumah kepada pemimpin PAS dan PKR dari luar Terengganu. Tapi ia tidak terjadi demikian.

Atau mungkinkah kegagalan Husam memberi muka kepada Presiden sendiri untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Anwar menjadi punca sebahagian jentera PAS dari beberapa daerah di Terengganu pulang awal? Sukar dipastikan walau pun ada kedengaran rungutan sebegitu.

Waktu ini kebanyakan markaz dan pos PAS lebih banyak diduduki jentera PAS dari Kelantan, sebab itu tidak sukar untuk melihat banyak kenderaan plet pendaftaran D atau pun sesetengahnya terpapar bendera Kelantan atau logo Royalti berwarna merah di bumper atau badan kenderaan.

Pun begitu, masih ada lagi segelintir sahaja ahli dan penyokong PAS tempatan terutama dari Kawasan Besut serta satu dua kawasan lain yang masih membantu kempen saat akhir barangkali sekadar menunjukkan muka.

Namun demikian, jika keadaan ini berlarutan sampai selesai tempoh berkempen jam 12 malam nanti, maka ia mengulangi peristiwa pemulauan oleh jentera PAS sama seperti yang pernah berlaku di PRK DUN Tenang, Kerdau dan Merlimau sebelum ini.

Yang pastinya, apa yang sedang berlaku di Kuala Besut tika ini membabitkan jentera PAS ia seperti memberi isyarat jelas yang PAS bakal berdepan dengan kekalahan yang mungkin lebih bteruk berbanding PRU-13 baru-baru ini.

Apa pun, ini bukannya satu keadaan di mana BN dan UMNO sudah boleh berpeluk tubuh sambil menggoyang kaki, selagi mana belum tepat jam 12 tengah malam nanti selagi itulah kempen tersusun dari rumah ke rumah tetap perlu diteruskan supaya esoknya ramai-ramai keluar mengundi BN.

Paling penting, pastikan segala kemudahan pengangkutan untuk pengundi disediakan, jangan sesekali diabaikan walau seorang pun pengundi. Selagi mana dapat dikesan kedudukan mereka yang belum keluar mengundi maka usahakanlah hingga hampir pengundi BN menunaikan tanggungjawabnya.

PRK N01 : PAS MAIN SILAP MATA... AHLI SENDIRI DIMINTA BERLAKON JADI ORANG UMNO??



PRESIDEN PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang gagal membuktikan bahawa dua orang pemuda yang menyarung ‘baju hijau’ sebagai gimik menyertai PAS adalah penyokong UMNO atau BN.

Portal berita milik PAS, Harakah Daily hanya mampu melaporkan ‘pemuda dari kubu UMNO’ menyertai parti itu.

‘Kubu UMNO’ yang dimaksudkan PAS ialah Kampung Nail.

TerengganuToday mahu bertanya kepada PAS, kenapa Harakah Daily tidak sebut ‘penyokong BN/UMNO’ atau ‘pemuda BN/UMNO’ tetapi hanya mampu menulis ‘pemuda dari kubu UMNO’?

PAS mengharapkan laporan berita itu ditafsirkan sebagai kubu UMNO telah roboh apabila dua pemuda memakai ‘baju hijau’ dalam satu majlis di Kampung Tok Saboh, malam tadi.

Bagi rakyat yang cerdik, berita seumpama itu layak ditafsirkan sebagai penyokong PAS yang menyertai PAS atau menjadi ahli PAS.
sumber

PRK KUALA BESUT : PAS MULA MENIPU : EDAR SURAT DAN SMS PALSU


Sejak semalam bermula serangan pyscologi terhadap pengundi di Kuala Besut. Bila merasakan mereka berkemungkinan besar akan kalah  teruk kini mereka mula menipu dengan menyebarkan surat  dan SMS palsu.

Surat tersebut di kesan disemua pusat daerah mengundi yang di sebarkan dengan menaiki 2 buah motosikal jenis Yamaha Ego berwarna merah dan 2 buah motosikal Honda EX5 juga berwarna merah.
Penyebaran surat tersebut dipercayai diarahkan oleh seorang jawatankuasa PAS dengan menggunakan pemuda tersebut yang terdiri dari remaja-remaja yang masih di bawah umur.

SMS palsu

Surat palsu tersebut menyatakan KONONNYA TPM telah meluluskan pemberian sumbangan duit raya kepada seluruh pengundi dalam DUN Kuala Besut tanpa mengira fahaman politik. Pendahuluan berjumlah RM300 akan diberikan bermula 22 Julau. Penyebaran surat palsu ini dipercayai untuk mengelirukan pengundi dan mengucar kacirkan jentera dan bilik gerakan Barisan Nasional apabila diserbu pengundi.

SMS palsu yang disebarkan pula meminta pengundi untuk mendapatkan RM300 daripada pengerusi JKKK sebelum atau pada 5 MEi 2013.

PAS MULA BERUSAHA GAGALKAN RANCANGAN KERAJAAN MEMBANTU RAKYAT KUALA BESUT




Tempoh kempen pilihanraya kecil Dun Kuala Besut hanya tinggal sehari sahaja lagi.

Esok pengundi Kuala Besut akan keluar membuang undi bagi memilih siapakah antara Che Long atau Abang Ku yang akan mewakili mereka di dewan undangan negeri.

Setelah perlbagai cara digunakan untuk menarik minat pengundi kini masing-masing mengeluarkan peluru terakhir untuk memenangi hati rakyat.

Namun apa yang menyedihkan ialah usaha PAS untuk menggagalkan rancangan kerajaan BN untuk membantu rakyat terutamanya nelayan dengan menggeluarkan risalah memburukkan projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa.

Risalah ini menunjukkan kononnya ilustrasi artis itu dibuat secara tidak betul bila kedudukan Marina Bay dikatakan terletak di kawasan air cetek, juga kedudukkan kapal yang dikatakan mengadap laut tanpa penghadang.

Mereka cuba mengelirukan rakyat. Telah dinyatakan bahawa gambaran yang dibuat itu hanyalah "ilustrasi artis" bukan pelan sebenar yang dibuat oleh jurutera.

PAS seolah cuba menafikan hak rakyat Kuala Besut apabila secara terangan memburukkan projek ini.Sememangnya PAS sentiasa menolek pembangunan untuk kepentingan rakyat. 

 
 

SKANDAL BALAK PAS : KERAJAAN TERENGGANU BAKAL DI SAMAN LAGI???

 
KES terbaru ‘dosa besar’ Kerajaan PAS Terengganu pada 1999-2004  yang akan meledak sebenarnya sudah berlarutan kira-kira 11 tahun membabitkan sebuah syarikat yang diberikan konsesi untuk mengeluarkan 1.2 juta metrik tan balak yang nilainya dianggarkan RM2.1 bilion (RM2,100 juta).
 
Menurut fakta, mahkamah memberikan kemenangan kepada syarikat konsesi tersebut untuk menuntut ganti rugi gara-gara kerajaan negeri Terengganu 1999-2004 menamatkan perjanjian sewenang-wenangnya.
Sedangkan, menurut sumber syarikat berkenaan, sejumlah wang sudah dibayar kepada kerajaan negeri dan mungkin individu tertentu.

Ini bermakna Kerajaan Terengganu 1999-2004 adalah jenis yang ‘mungkir janji’ dan pemimpinnya ‘baham duit balak’.

Kita jangan lupa kepada kes Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) – di mana kerajaan PAS juga ‘mungkir janji’. Berikutan ‘tindakan zalim dan tidak profesional’ kerajaan PAS, syarikat berkenaan turut dibebani hutang lebih RM8 juta dengan kontraktor dan pembeli balak selain kerugian bayaran premium dilakukan.

Menariknya syarikat Bumiputera berkenaan menang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 12 November 2010 lalu dan gara-gara perbuatan kerajaan PAS Terengganu, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Ahmad Said pula terpaksa menanggung beban sebanyak RM1 bilion berkenaan.
Kalau satu syarikat mungkin kita boleh katakan sebagai terkhilaf.

Tetapi jika berlaku juga kepada syarikat lain, ia bukan terkhilaf tetapi sama ada sengaja melakukannya, tidak cekap atau mungkin juga TIDAK BERUPAYA untuk mentadbir.

Duit daripada hasil balak ialah harta rakyat yang sepatutnya dibelanjakan untuk kemajuan dan kepentingan rakyat.Modus operandi yang dilakukan pemimpin ketika itu ialah menawarkan tender terbuka untuk syarikat konsesi mendapatkan projek.
 Bagaimanapun Kerajaan ketika itu menetapkan bahawa syarikat yang mendapat konsesi perlu membayar RM280 juta kepada Kerajaan Negeri. Tidak kurang dan tidak lebih.

Difaham ada lapan atau sembilan syarikat berminat. Tetapi akhirnya sebuah sahaja syarikat ditawarkan atau berjaya mendapat konsesi.

Syarikat yang mendapat konsesi ini sebenarnya membeli sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham dengan keseluruhan kos termasuk modal dan perbelanjaan lain hampir RM60 juta demi mendapatkan konsesi bernilai RM2.1 bilion itu.

Memang berbaloi kerana Kerajaan Negeri hanya mahukan RM280 juta sahaja. Jika dihitung secara mudah, selepas ditolak modal membeli syarikat sebanyak RM60 juta dan kos membalak yang dianggarkan RM500 juta, syarikat masih membuat untung kira-kira RM360 juta. 

Tetapi selepas membayar kepada Kerajaan Negeri dan individu tertentu sejumlah wang, syarikat berkenaan ditamatkan perjanjian.

Kes dibawa ke Mahkamah Tinggi dan akhirnya sekitar 2007, syarikat berkenaan mendapat perintah untuk menuntut kerugiannya daripada kerajaan negeri.

Ini bermakna selepas tiga tahun jatuhnya kerajaan PAS, beban yang dibuat oleh pemimpin PAS dan Kerajaan PAS terpaksa dipikul oleh Kerajaan BN.

Berapakah jumlah yang dibenarkan untuk dituntut kepada kerajaan negeri?

Mencecah RM2.1 bilion, iaitu sama dengan jumlah Bajet 2013 untuk perbelanjaan setahun bagi tujuan pembangunan negeri.

Pihak syarikat beberapa kali menghubungi kerajaan negeri dan difahamkan Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said ketika ini terpaksa ‘menguruskan isu’ ini dengan baik kerana tempoh enam tahun selepas keputusan mahkamah semakin menghampiri.

Dengan kata lain, perundingan perlu dibuat dengan syarikat berkenaan untuk mengelakkan wang rakyat sebanyak RM2.1 bilion terpaksa dibayar kepada syarikat berkenaan.

Ini bermakna Ahmad Said terpaksa uruskan dua ‘beban yang ditinggalkan kerajaan PAS berkaitan balak’, iaitu dengan syarikat terbaru ini selepas dengan Riyapadu – sedangkan pemimpin PAS yang kini ‘kehilangan kuasa selepas kalah pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013’ menuduh Kerajaan BN sekarang ‘baham balak’.

PANAS PRK N01 KUALA BESUT : PENAGIH DADAH????


WAJARKAH calon yang bertanding dalam PRK DUN Kuala Besut ini kerana semasa zaman remajanya adalah seorang penagih dadah maka pengundi kurang selesa untuk memberi undi kepadanya, hatta atas nama parti yang mendakwa memperjuangkan agama?
Dan kenapa kalau sudah tahu ada masalah peribadi di zaman remaja masih juga mahu menawarkan diri sebagai calon atau dipaksa oleh partinya.
“Tetapi rasanya kalau paksa sekalipun dia terpulang kepada dirinya sendiri sama ada hendak masuk calon atau tidak,” kata seorang nenek yang mengenali calon itu sejak calon itu zaman remaja dan tamat sekolah di tingkatan 5.
Mak Cik tua itu amat mengenali calon berkenaan berkata, memanglah semua orang kampung tahu dulu dia dulu hisap dadah, tetapi itu zaman dulunya, sekarang tidak lagi.
Difahamkan lelaki yang menjadi calon PRK Kuala Besut ini telah diasuh dan di didik semula dan dipulihkan untuk kembali ke pangkal jalan dan cenderung kepada hal hal keagamaan.
Mungkin kerana mahu diminta menebus dosa-dosa yang lalu, calon ini dipaksa oleh partinya berkhidmat kepada orang kampungnya dan lain-lain kampong sekitar dalam Dun Kuala Besut, bukan atas kehendak dirinya, kerana dia sendiri ternyata tidak berminat.
Atau suatu kesilapan besar bagi partinya yang tidak terlebih dahulu membuat tapisan dan siasatan rapi tentang zaman-sebelum dipilih menjadi calon. Ataukah kerana kekayaannya kini, maka ia dipilih oleh pemimpin partinya untuk menjadi calon.
Kesianlah, bila jadi calon segalanya akan terlondeh kerana hakikatnya rakyat mahu pemimpin yang bersih dan berakhlak mulia tanpa mempunyai sejarah hitam di zaman remajanya.
sumber

Monday 22 July 2013

PRK N01 KUALA BESUT : LEBIH BAIK LULUS PERUNTUKAN UNTUK RAKYAT DARI BAYAR SAMAN DENGAN DUIT RAKYAT!!!




Pemimpin Pas mempertikaikan kerajaan BN meluluskan beberapa projek utama untuk kepentingan rakyat Kuala Besut, kononnya kerana Pilihanraya Kecil.
Kerajaan BN setakat ini mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggarkan RM387.4 juta.
Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pembinaan Empangan Lowvier.
PAS mendakwa semua projek yang diumumkan kerajaan BN itu hasil perjuangan dan kempen yang kononnya mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan, dakwaan Dr Hatta Ramli, Pengarah Strategi Pilihanraya PAS Pusat.
Apa jua pembangunan dan bantuan untuk faedah rakyat adalah dikira sebagai ibadah, itu keyakinan kita sebagai seorang Islam sepertimana telah ditegaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Pemimpin Pas lupa, akibat perbuatan salah laku mereka semasa mentadbir Terengganu pada tahun 2003 kerajaan negeri berdepan dengan tuntutan saman RM1 billion, suatu angka yang amat besar.
Kalau angka besar yang mendatangkan faedah kebajikan bantuan atau kebajikan untuk rakyat apa salahnya, tetapi masalahnya angka 1 billion angkara kemungkaran pimpinan kerajaan Pas Terengganu pimpinan Presiden Pas sendiri, Hadi Awang dan Exco kanannya waktu itu, Mustaffa Ali (Mustaffa Spender) saja-saja duit rakyat 1 billion untuk bayar saman skandal balak Pas.

Tentu semua telah tahu akibat kecuaian kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan Pas pada tahun 2003 berkaitan konsesi balak menyebabkan kerajaan negeri ketika ini terpaksa membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu) atas kecuaian berkaitan konsesi pembalakan.

Rakyat dan kerajaan negeri kini menjadi mangsa serta terpaksa menanggung kesalahan dan bebanan itu.

Tidak pasal pasal kerajaan negeri perlu membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada syarikat pembalakan, Riyapadu disebabkan kecuaian dan mungkir janji kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003.

Keputusan yang memihak kepada syarikat berkenaan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda dalam penghakiman pada 27 Oktober lalu dua tahun yang lalu.

Jadi kita harap pemimpin Pas insaflah, mereka yang mengkhianti wang rakyat, berbanding BN yang kembalikan wang rakyat bagi tujuan pembangunan untuk rakyat

PANAS!!!! MOHD NOOR AKAN JALAN KAKI KE PUTRA JAYA JUMPA PM



abenoor

“Saya bernazar kerana sokongan saya terhadap Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia. Berjalan kaki bukan perkara yang mudah dan memerlukan stamina yang tinggi tapi saya telah bersedia, saya yakin saya mampu berjalan dari Dataran Kuala Besut ke Putra Jaya dalam masa beberapa hari”

Demikian kata-kata Mohd Noor Bin Mat yang telah bernazar sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihanraya kacil dun Kuala Besut pada 24 Julai ini, beliau akan berjalan kaki dari Dataran Kuala Besut ke Putra Jaya seterusnya menyimpan niat untuk bertemu muka dengan Y.A.B Perdana Menteri.

Kini beliau sedang giat berlatih bagi menghadapi perjalanan lebih kurang  563km itu. Setiap petang beliau akan “berjalan itik” sejauh lebih kurang 2km  bagi memantapkan stamina.

“Saya  bukan nak cari penyakit kerana Dun Kuala Besut adalah kubu kuat Barisan Nasional dan kemungkinan besar akan memenangi pilihanraya ini tapi saya tekad untuk  berjalan kerana cinta saya pada parti”

Menurut Mohd Noor lagi,jika Barisan Nasional memenangi Dun Kuala Besut  beliau akan mula berjalan selepas hari raya nanti. Sehingga kini  telah ada  individu yang menaja beberapa helai baju dan sepasang kasut.

“Sebenarnya saya memerlukan sepasang pakaian sehari dan sepasang kasut sehari,ini kerana kasut ini biasanya akan rosak teruk selepas berjalan sejauh itu”

Mohd Noor mengatakan beliau berkemungkinan akan berjalan sejauh 100km sehari dari jam 7.30 pagi sehingga 7 .00 malam bergantung kepada cuaca. Beliau hanya akan berhenti solat dan makan seketika.

Sunday 21 July 2013

PANAS!!!!! NIK AZIZ JUGOK BAHAM TANAH BERNILAI JUTAAN RM!!!

 Lebih kurang tiga minggu lalu,rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai 14 lot tanah bernilai lebih RM4 juta yang dimiliki oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tika itu adalah Menteri Besar Kelantan.Keluasan gabungan 14 lot tanah itu ialah 4.4 ekar (1.76 hektar) dan terletak di Jajahan Kota Bharu yang mana sekiranya status tanah itu dikomersialkan nilaiannya boleh mencecah harga RM10 juta.

Selain Nik Aziz,isterinya iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah juga di sekitar Jajahan Kota Bharu yang bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot daripadanya yang terletak di Pulau Melaka.Nik Aziz yang terkejut dengan pendedahan tersebut segera tampil menafikan dakwaan yang mana menurutnya tanah atas namanya itu sebenarnya adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan beliau hanyalah pemegang amanah selaku MB Kelantan.
 
Bagaimana pun sehingga hari ini Nik Aziz atau wakilnya gagal menjelaskan status 13 lot tanah atas nama isterinya.Tiada jawapan mengenai pemilikan tanah atas nama isterinya itu, seolah-olah sengaja di diamkan untuk mengelakkan kontroversi.Kini status Nik Aziz hanyalah sebagai bekas Menteri Besar Kelantan,jika diikutkan penjelasan Nik Aziz dan PMBK sepatutnya selaku pemegang amanah (jika benar), maka kesemua 14 lot tanah itu sudah bertukar nama kepada MB Kelantan sekarang iaitu Ahmad Yakob
 
.Namun sampai sekarang tiada pengumuman oleh Kerajaan PAS Kelantan menyebabkan timbulnya kebimbangan kalau-kalau kelak tanah itu akhirnya menjadi harta pusakan Nik Aziz sekeluarga.Justeru itu amatlah perlu Kerajaan PAS Kelantan tampil segera membuat penjelasan kerana jika benar ianya hanya amanah maka amat perlu semua 27 lot tanah termasuk 13 lot tanah atas nama isteri Nik Aziz dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
 
 TANAH 1
 
 LAGI MENGENAI TANAH NIK AZIZ DAN KRONI
 
Dato’ Nik Aziz Nik Mat 
- Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang  pada 20 Disember 2000
- Lot No.31 dari kawasan Lojing yang  pada 15 Disember 1997

Datin Tuan Sabariah
- Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
- Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai  pada 18 Disember 2000

Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim) 
- Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang

Adlina Abdul (anak Abdul Halim) 
- Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang

YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
- Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang

YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
- Lot B08 di kawasan Jeli

YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
- Lot B35 di kawasan Jeli

YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
- Lot A120 di kawasan Jeli

Penceramah Pas, Razak Abas
- Lot 37 di kawasan Jeli

SUMBER

PRK N01 KUALA BESUT : PENGUNDIAN AWAL - BN MENDAHULUI DENGAN 700 UNDI

 
Calon BN Terengganu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman diramalkan telah mendahului calon Pas berikutan ramai tentera dan keluarga yang datang mengundi semalam.
 
Menurut sumber, di kem itu sahaja sekurang-kurangnya calon BN mendapat 700 undi dari 911 pengundi yang keluar mengundi semalam.
 
Ini berdasarkan kemenangan besar dalam PRU 13 yang baru lalu di kedua peti undi berkenaan.
 
Sejumlah 79.36 peratus keluar mengundi pada pengundian awal bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang berlangsung di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.
 
Walaupun sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar 95 peratus keluar mengundi, tetapi kurang 16 peratus sahaja.


Pengarah SPR Terengganu, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab berkata selepas tempoh pengundian awal tamat tepat 5 petang, hanya 911 daripada keseluruhan 1,148 anggota tentera dan pasangan serta polis yang layak mengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. 
 
Pusat pengundian awal di TUDM Gong Kedak membabitkan dua peti undi yang akan disimpan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut sehingga hari penjumlahan rasmi undi pada Rabu ini (24 Julai).

PANAS!!!! PRK N01 KUALA BESUT : SEPUPU CALON PAS TETAP SOKONG BN

 
Gambar Hiasan
“Saya akan tetap sokong BN, sokong biru…walaupun dia sepupu saya,” kata Anuar sepupu kepada Azlan Yusof calon Pas bagi PRK Kuala Besut.
 
Ketika ditemui malam tadi, beliau berkata, soal sokongan parti adalah hak masing-masing dan tidak boleh dipaksa-paksa.
 
Turut hadir dalam pertemuan dengan penulis malam tadi ialah dua pupu calon Pas yang tetap menyokong BN.
 
Ditanya adakah sepupunya, Azlan calon Pas telah datang menemuinya, Anuar mengakuinya, tetapi beliau tetap dengan pendiriannya menyokong BN.
 
Beliau yang tinggal di Kg Bharu, dalam Dun Kuala Besut amat jelas menyokong BN kerana rumahnya pun diletakkan bendera dacing pada pagarnya.
 
Anuar mengakui amat rapat dengan Azlan atau Che Long, tetapi tetap menyatakan sokongannya   kepada BN.
 
Beliau berkata, petang tadi telah bersama-sama dengan majlis Timbalan Perdana Menteri di Dataran Besut, perhimpunan peladang dan nelayan.
 
BN katanya banyak membantu rakyat dan saya sedang berusaha untuk mendapat sebuah rumah untuk perlindungan anak isteri kerana saya tidak mampu,’ kata Anuar.
 
 Kami berkeluarga dan tinggal berdekatan dengan calon Pas, tapi hanya parti Umno dan BN boleh menolong kita, kata Anuar.

Saturday 20 July 2013

PRK N01 : JEMAAH AL EHSAN MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA CALON BN


200 orang anggota NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Jemaah Al-Ehsan hari ini menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional yang mana sebelum ini mereka menyokong Pas.

Hasrat untuk menyokong BN telah disampaikan kepada Dato’ Ahmad Maslan sejak seminggu yang lalu. Tuan Haji Zakaria Saleh yang mengetuai NGO berkenaan berkata, mereka merasakan perjuangan dalam Pas tidak memperjuangkan hak Islam.

Beliau juga mendakwa perlantikan Husam sebagai pengarah PRK bukanlah percaturan politik tapi percaturan peribadi. Haji Hadi takut kepada Husam.

Oleh kerana mereka sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan Pas mereka nekad untuk menyatakan sokongan kepada BN dalam PRK kali ini.

PRK N01 KUALA BESUT : EMPANGAN LOWVIER BERNILAI RM35JUTA HADIAH TERBARU UNTUK KUALA BESUT

 
Empangan lama yang akan diganti baru tak lama lagi.


Empangan Lowvier hadiah terbaru buat penduduk Kuala Besut 

Timbalan Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM35 juta untuk membina empangan Lowvier yang baru bagi menyelesaikan masalah 400 orang petani yang tidak dapat bercucuk tanam lebih kurang 3 musim yang lalu kerana kerosakan empangan sebelum ini.

Peruntukan tersebut adalah untuk menaiktaraf empangan yang sedang dibina sekarang untuk memastikan permasalahan kawasan pertanian kini akan selesai.


PRK N01 KUALA BESUT :PANAS BERAPI!!!! PAS MENGAKU KALAH????


Sumber : http://penyokongpas.wordpress.com/2013/07/17/prk-kuala-besut-setakat-hari-ini-kalah-4853-undi/

Tak cukup dengan itu, PAS juga bermasalah bila PAS Terengganu balas dendam kepada PAS Kelantan dalam PRK kali ini.

Gambar dari blog Unspinners

PRK N01 KUALA BESUT : EKSKLUSIF GAMBAR PENGUNDIAN AWAL

BESUT 20 Julai - Seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 pegawai polis hari ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Kesemua mereka mula membuang undi kira-kira pukul 8 pagi Dewan Serba Guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.

Proses pengundian sehingga kini berjalan dengan lancar tanpa sebatang insiden yang tidak diingini.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan di antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang juga seorang jurutera dengan kontraktor, Endot @ Azlan Yusof yang mewakili Pas.










 

PRK KUALA BESUT: RAKYAT KUALA BESUT MULA MARAH PADA HUSAM?


Pas Kelantan makin menjadi-jadi semenjak Husam Musa merampas Pengarah kempen pilihanraya Kuala Besut daripada PAS Terengganu. Tetapi dari satu sudut yang lain, nampak macam PAS Kelantan nak ‘menjajah’ Kuala Besut pulak.

Malah pada satu ketika, Kempen PAS nampak berlebih-lebihan pulak ‘kekelantanannya’ itu sampai ke satu tahap poster Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub ditabur begitu sahaja di bazar-bazar Ramadhan dan Pasar Tani

Mungkin itulah sebabnya kenapa PAS Terengganu bengang dan Marah dengan Jentera Husam Musa yang tidak langsung menghormati Rakyat Negeri Terengganu dengan membawa unsur yang menyakiti hati orang Terengganu keseluruhannya.

Adakah ada cubaan untuk mengembalikan semula pemilikan Besut kepada Kelantan? Calon PAS juga di lihat memilih Husam Musa daripada bersama PAS Terengganu, cara kempen mereka yang menyakitkan hati penduduk Kuala Besut dengan terpekik terlolong di Pasar Tani dan Bazaar Ramadhan dengan menabur fitnah, caci makin dan hamun menyebabkan rakyat begitu marah dengan kumpulan-kumpalan yang tidak menghormati bulan ramadhan ini.

Mungkin Husam Musa juga lupa bahawa mereka menagih undi ditempat yang mana beliau telah mengabaikan ketika PRU yang lepas sehingga semua jentera PAS di Kuala Besut termasuk Che Long beliau angkut ke Putrajaya untuk membantu kempen beliau bagi PRU 13 yang lepas, dan Napisah terkontang kanting dibiarkan.

Apabila PRK Kuala Besut pula Husam Musa terhegeh-hegeh meletakkan Che Long sebagai Calon di Kuala Besut kerana kepentingan peribadi beliau untuk mendapat popoluriti che long bagi projek-projek Kerajaan negeri Kelantan dan mengemis duit dari rakyat untuk kempen PRK Kuala Besut dengan menadah duit tabung sepanjang ceramah dan program yang mereka anjurkan.

Permainan Husam Musa dan Che Long ini amat teruk jika mereka menang, kerana che long yang lebih meminati perniagaan daripada menjadikan wakil rakyat akan sentiasa bersama Husam Masa sepanjang masa bagi mengejar projek-projek daripada menjaga kebajikan rakyat Kuala Besut.

Friday 19 July 2013

PRK N01 KUALA BESUT : CHE LONG ANGKUH???

 

Selepas kontroversi yang dicetuskan oleh Calon PAS Kuala Besut melalui kenyataannya yang dikatakan berhasrat untuk menswastakan jawatan wakil rakyat, Che Long kini tampil pula dengan sebuah lagi kenyataan seolah-olah memperlekehkan kontraktor-kontraktor lain di Kelantan. 
Apa yang menariknya, beliau mendakwa bahawa beliau merupakan kontraktor kelas A yang terbaik pernah ada di Kelantan berbanding kontraktor-kontraktor lain.

Antara hujahnya ialah kerana mampu menyiapkan projek “Deferred Payment” yang bernilai hampir RM11 juta biarpun hanya berkelulusan rendah.

Istilah “deferred payment” adalah merujuk kepada projek yang harus disiapkan terlebih dahulu sebelum mendapat bayaran penuh dari klien. Klien yang dimaksudkan pula adalah Yayasan Islam Kelantan bagi menyiapkan Maahad Sains Tahfiz d Daerah Kusial Kuala Krai, Kelantan.

Pendapat mengatakan tujuan Che Long memberi kenyataan dan hujah sedemikian adalah untuk mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadapnya.

Selain itu dakwaaannya  menunjukkan beliau adalah seorang yang mampu dari segi kewangan dengan tunai di tangan sebanyak RM11 juta untuk menyiapkan projek berkenaan tanpa perlu mendapatkan bantuan kewangan dari mana-mana institusi.

Persoalan yang meniti di bibir ahli ahli perniagaan yang pernah mengenalinya  setelah menilai rekod syarikat pembinaan, dakwaan beliau  banyak yang menimbulkan keraguan.

Pada mereka, sepanjang 10 tahun penglibatan Che Long di dalam perniagaan beliau, keuntungan yang mampu dijana syarikat beliau adalah hanya sekitar RM 5 juta hingga RM8 juta.

Lebih-lebih lagi, kadar keuntungan yang dicatat adalah sebelum cukai sebanyak 15%.

Jadi, di manakah wang RM11 juta diperolehi oleh Che Long atau syarikatnya untuk menyiapkan dahulu projek tersebut atau ada sesiapa yang menaja dan membiayainya? Mungkinkah bekas Exco yang menjadi proksinya berada di belakang tadbir?

Beberapa blog telah mendesak beliau menjawab beberapa persoalan antaranya melibatkan dari mana sumber wang diperolehi dalam menyiapkan projek bernilai RM 11 juta tersebut.

Beberapa penulisan di blog juga menyifatkan beliau kemungkinan besar merupakan ‘kontraktor Ali Baba’ yang menjual projek-projek berkenaan untuk disiapkan oleh syarikat gergasi yang lain.

Thursday 18 July 2013

PRK N01 KUALA BESUT : RAKYAT BERSYUKUR :PENANTIAN BERAKHIR DENGAN PERUNTUKAN RM250 JUTA UNTUK DALAMKAN MUARA KUALA BESUT

 
Sesuatu yang amat dinantikan dengan penuh harapan bagi golongan nelayan di negeri ini, khususnya di Kuala Besut apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM250 juta  projek mendalamkan muara Sungai Kuala Besut bagi kemudahan golongan nelayan dan pelancong untuk ke Pulau Perhentian.

Sewaktu mengumumkan kelulusan projek berkenaan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, sebuah syarikat akan melakukan kajian awal yang memakan masa enam bulan bagi menyediakan pelan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Sekian lama keadaan muara Sungai Kuala Besut yang cetek menimbulkan rungutan kepada nelayan untuk masuk ke muka kuala bagi memunggah hasil tangkapan dan pelancong yang menaki bot ke Pulau Perhentian.

Sebelum ini, kerajaan sudah melakukan projek mendalamkan muara sungai ini, tetapi disebabkan ia dilakukan secara ‘ad-hoc’ masalah muara cetek berulang.
Kini dengan peruntukan yang begitu besar, keperluan golongan nelayan dan pengusaha pelancongan  diberi perhatian istimewa oleh kerajaan.

Untuk menjayakan projek ini, kerajaan pusat menyediakan peruntukan awal RM500,000 bagi membiayai kajian awal untuk pelaksanaan projek ini.
Nelayan menyambut baik langkah kerajaan meluluskan satu peruntukaan yang begitu besar bagi mendalamkan muara sungai Kuala Besut itu, sesuatu yang bukan mudah untuk memperolehi sebanyak itu bagi satu projek.
Nelayan Besut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meluluskan peruntukan RM250 juta bagi projek mendalam muara sungai Kuala Besut untuk kepentingan mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan Besut Che Busu Ismail yang mewakili nelayan daerah Besut menganggap ia sebagai satu rahmat yang dinanti-nanti oleh setiap nelayan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Katanya projek mendalam muara sungai Kuala Besut itu pasti akan dapat membantu menambah hasil kaum nelayan yang kini sedikit terjejas ekoran muara sungai cetek hingga menyebabkan kebanyakan pendaratan ikan terpaksa dilakukan di Tok Bali, Kelantan sekarang.

 Pada masa sekarang terdapat 351 buah bot nelayan yang beroperasi di daerah Besut dan daripada jumlah itu hanya kira-kira 45 peratus sahaja yang menggunakan pendaratan LKIM di Kuala Besut akibat masalah muara cetek.

Kebanyakan peraih ikan dari Kelantan dan Pahang perlu mengambil ikan yang didaratkan pada awal pagi yang kadangkala terganggu kerana bot yang mendaratkan ikan Kompleks Ikan LKIM di Kuala Besut terpaksa menunggu hingga air pasang untuk melalui muara.

Justeru banyak peraih didapati beralih ke Tok Bali di Kelantan bagi mendapatkan ikan kerana bukan sahaja bot boleh mendaratkan ikan lebih awal malah kebanyakan bot nelayan di situ tidak berdepan masalah muara cetek.

Hampir tiap tahun terdapat bot yang karam atau tenggelam di muara Sungai Kuala Besut kerana terlanggar beting pasir atau kerana muara yang cetek
Setakat ini hanya bot bersaiz kecil sahaja yang boleh memasuki muara Kuala Besut sepanjang masa tetapi kebanyakannya tidak membawa sama tangkapan yang banyak sebagaimana diperlukan.
Oleh itu penantian menjadi kenyataan, demikianlah kata-kata yang dapat disimpulkan bila kerajaan Barisan Nasional bertindak mendalamkan muara sungai Kuala Besut ini.
Semoga Kuala Besut akan melalui era baru yang baik, di sini segalanya bermula.

SUMBER