Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah
bersetuju untuk menjayakan Walk For BN sebagai manifestasi sokongan
kepada seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat, 48 tahun,
yang berhasrat menunaikan nazar beliau untuk berjalan kaki dari Kuala
Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dun Kuala Besut.
Kini ternyata BN telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti cemerlang 2,592 menewaskan calon Pas.
Mohd Noor yang juga seorang kakitangan kerajaan negeri (Yayasan
Islam Besut) beberapa hari sebelum berlangsungnya PRK Kuala Besut ada
menyatakan bahawa beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600
kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan
kerusi berkenaan.
Dato’ Seri Haji Ahmad dalam satu pertemuan dengan Mohd Noor di
Pejabat Menteri Besar hari ini, 28 Julai 2013 bersetuju Walk For BN
sebagai menifestasi kejayaan cemerlang BN dalam PRK Dun Kuala Besut 24
Julai baru-baru ini.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah dipilih oleh
rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, menggantikan
Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar yang telah meninggal dunia.
Kemenangan itu menurut Menteri Besar amat bermakna agar kerajaan BN
yang sedang mengurus tadbir negeri untuk faedah rakyat Terengganu tidak
diganggu-gugat oleh pihak pembangkang.
Menurut Menteri Besar, ia (berjalan kaki) bolehlah bermula dari
Kuala Besut sampai ke Kuala Lumpur sama ada di Putrajaya ataupun di
PWTC.
“Ia boleh merangsangkan lagi ke arah sokongan yang padu kepada BN
dan akan berusaha memasukkannya ke dalam Malaysian Book of Record,”
katanya kepada Terengganu Today.
Berjalan kaki lebih 600 kilometer ini adalah suatu pencapaian yang luar biasa,” katanya.
Difahamkan Mohd Noor akan berjalan 60 kilometer sehari dan dijangka
memakan masa 12 hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Kuala Besut.
Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan
tarikh yang sesuai daripada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib
untuk menyambut Walk For BN oleh penyokong BN ,Mohd Noor itu.
Terengganu Today akan menjadi portal rasmi untuk mempromosikan Walk
For BN, malah akan turut menjadi urusetia perlaksanaannya di bawah
kelolaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.
No comments:
Post a Comment