Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata wakil rakyat
yang diberi tanah tersebut sememangnya layak menerima habuan itu kerana
ia merupakan angerah kerajaan negeri kepada mereka yang telah banyak
berjasa.“Dalam tempoh saya menjadi Menteri Besar, kita beri kira-kira
20,000 lot tanah kepada rakyat di seluruh negeri.
“Tak kan kerana kita beri satu lot rumah saja kepada beberapa wakil
rakyat BN, pihak Pas mahu menjadikannya satu isu,” katanya pada sidang
media selepas mesyuarat Exco hari ini.
Katanya, daripada tanah yang diagih kepada rakyat itu 12,000 lot merupakan tapak rumah manakala 8,000 lot lagi bagi tujuan pertanian.
Katanya, daripada tanah yang diagih kepada rakyat itu 12,000 lot merupakan tapak rumah manakala 8,000 lot lagi bagi tujuan pertanian.
Dato’ Seri Haji Ahmad menjelaskan sewaktu Pas memerintah Terengganu
dari tahun 1999 hingga 2004, ada wakil rakyat dan isterinya yang diberi
tanah seluas 150 ekar untuk dijadikan ladang limau.“Apalah sangat jika
dibandingkan kita beri wakil rakyat satu lot rumah sedangkan Pas beri
wakil rakyat mereka hingga 150 ekar?,” soal beliau ketika mengulas isu
lapuk yang ditimbulkan kembali pencermah Pas pada kempen PRK Kuala
Besut.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, Pas
terpaksa mengulangi isu yang sama bagi menghangatkan kempen PRK Kuala
Besut.
“Ini sudah tabiat semula jadi Pas, tidak sempurna kempen mereka jika tidak ada fitnah dan menimbulkan isu bagi memburukkan orang lain,” katanya.
BERIKUT ADALAH BAGAIMANA PEMIMPIN PAS SEBENARNYA YANG GOMOL TANAH SEMASA BERKUASA BUKANNYA BN:-
“Ini sudah tabiat semula jadi Pas, tidak sempurna kempen mereka jika tidak ada fitnah dan menimbulkan isu bagi memburukkan orang lain,” katanya.
BERIKUT ADALAH BAGAIMANA PEMIMPIN PAS SEBENARNYA YANG GOMOL TANAH SEMASA BERKUASA BUKANNYA BN:-
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pernah mendedahkan hingga
terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan Pas yang memerintah
negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat
demikian.Namun begitu, pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam
membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu,
tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.
persidangan DUN Terengganu diberitahu, kawasan komersial lot PT3378
(tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi
diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18
September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.
Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan
oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli
Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu,
Haji Hussin Ismail.
Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula
hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih
(RM8,061,200.00).
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan
tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik
Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen
Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.
Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat
RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk
kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428,
RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00
(lot PT3431).
Sidang Dun Terengganu juga mendedahkan, Persatuan Khairunisa’ (milik
isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari
keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.
Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih
(RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan
awam.
Juga sidang Dun sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian
Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil
rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.
Dun juga diberitahu tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North
East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk
Hishamudin Yahya.
Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di
DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan
‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri. Rupanya yang
melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri.
No comments:
Post a Comment