Kuala Besut : TELAH dihebahkan bahawa penceramah terkenal, Ustaz
Azhar Idrus (UAI) akan mengadakan ceramah bersama Tuan Guru Datuk Nik
Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS pada 22hb Julai yang akan datang di
Kampung Nail, Kuala Besut.
Program yang diadakan sempena kempen pilihanraya kecil Kuala Besut
yang sedang berlangsung sekarang ini, juga adalah untuk membantu kempen
PAS yang sedang berlangsung hambar sekarang.
Sebagai makluman, Kampung Nail adalah tempat kelahiran calon BN,
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan kemenangan di peti undi kampung
tersebut adalah penting kerana ia menjadi ‘ibu’ kepada segala peti undi
dalam PRK Kuala Besut ini.
Aku faham, PAS menjadikan Kampung Nail sebagai sasaran kerana ia
mempunyai signifikan tersendiri dalam kempen pilihanraya kecil yang
sedang berlangsung sekarang. Selain tempat kelahiran calon BN seperti
yang disebutkan di atas, PAS juga kalah di peti undi kawasan ini dengan
perbezaan 299 undi.
Yang aku tak faham ialah apa kejadahnya ‘aura’ UAI yang sebegitu
besar dihalakan untuk mengubah keputusan di kawasan peti undi yang PAS
kalah dalam jumlah yang kecil? Ada beberapa kawasan lain lagi yang PAS
kalah dalam jumlah yang besar seperti Seberang Barat Luar (756 undi) dan
Tok Saboh (617 undi).
Kenapa tidak dihalakan UAI ke kawasan itu?
Bukankah tindakan seumpama ini hanya akan merosakkan lagi imej UAI di
masa akan datang. Kita nak pakai UAI ni lama lagi tau, bukan setakat
dalam PRK Kuala Besut ini sahaja. Amat malanglah kalau dengan ‘taraf’
UAI sekarang, PAS hanya mampu tarik 299 undi sahaja?
Satu hal yang lain, aku tak sangat bersetuju dengan keputusan
melibatkan UAI dalam terlalu banyak program politik seperti kempen PRK
ni. UAI dikenali selama ini sebab dia bebas politik kepartian – walaupun
secara terbuka mengumumkan diri sebagai ahli PAS.
Mengaku sebagai ahli dan terlibat sepenuhnya dalam kerja-kerja politik adalah 2 cerita berbeza tu.
Aku berpandangan, sementara dia tengah berada di puncak ni, jangan
pulak kita ‘humban’ dia ke bawah dengan terlalu menonjolkan dia dengan
kerja-kerja politik hanya sebab nak menang satu pilihanraya kecil
sahaja.
Dalam mana-mana tempoh sementara menanti PRU yang akan datang, paling
tidak ada 10-15 pilihanraya kecil dimana khidmat UAI boleh digunakan,
terutama kalau PAS terlibat atau di kawasan majoriti Melayu.
Kalau dia terlibat awal sangat, kita bimbang UMNO/BN akan berusaha
keras untuk jatuhkan imejnya, terutama di kalangan wanita, sebab kita
tahu sajalah UAI baru-baru ini bernikah seorang lagi dengan anak dara –
menambah kepada 2 isteri sedia ada.
Malah di Kuala Besut ini pun aku mendengar usaha-usaha untuk
‘membunuh’ imej UAI sedang dan telah rancak dimulakan, terutama apabila
berita mengenai kedatangannya kesini mula tersebar.
UMNO bukan kira ustaz ke ulama, asal cuba nak kacau dia saja pasti dia akan serang habis-habisan walaupun guna modal peribadi.
Seterusnya di Sini
Seterusnya di Sini
No comments:
Post a Comment