Lebih kurang tiga minggu lalu,rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai 14 lot tanah bernilai lebih RM4 juta yang dimiliki oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tika itu adalah Menteri Besar Kelantan.Keluasan gabungan 14 lot tanah itu ialah 4.4 ekar (1.76 hektar) dan terletak di Jajahan Kota Bharu yang mana sekiranya status tanah itu dikomersialkan nilaiannya boleh mencecah harga RM10 juta.
Selain Nik Aziz,isterinya iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak
turut memiliki 13 lot tanah juga di sekitar Jajahan Kota Bharu yang
bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot daripadanya yang terletak di
Pulau Melaka.Nik Aziz yang terkejut dengan pendedahan tersebut segera
tampil menafikan dakwaan yang mana menurutnya tanah atas namanya itu
sebenarnya adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan
beliau hanyalah pemegang amanah selaku MB Kelantan.
Bagaimana pun sehingga hari ini Nik Aziz atau wakilnya gagal
menjelaskan status 13 lot tanah atas nama isterinya.Tiada jawapan
mengenai pemilikan tanah atas nama isterinya itu, seolah-olah sengaja di
diamkan untuk mengelakkan kontroversi.Kini status Nik Aziz hanyalah
sebagai bekas Menteri Besar Kelantan,jika diikutkan penjelasan Nik Aziz
dan PMBK sepatutnya selaku pemegang amanah (jika benar), maka kesemua 14
lot tanah itu sudah bertukar nama kepada MB Kelantan sekarang iaitu
Ahmad Yakob
.Namun sampai sekarang tiada pengumuman oleh Kerajaan PAS Kelantan
menyebabkan timbulnya kebimbangan kalau-kalau kelak tanah itu akhirnya
menjadi harta pusakan Nik Aziz sekeluarga.Justeru itu amatlah perlu
Kerajaan PAS Kelantan tampil segera membuat penjelasan kerana jika benar
ianya hanya amanah maka amat perlu semua 27 lot tanah termasuk 13 lot
tanah atas nama isteri Nik Aziz dipulangkan semula kepada Kerajaan
Negeri Kelantan.
LAGI MENGENAI TANAH NIK AZIZ DAN KRONI
- Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang pada 20 Disember 2000
- Lot No.31 dari kawasan Lojing yang pada 15 Disember 1997
Datin Tuan Sabariah
- Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997
Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
- Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai pada 18 Disember 2000
Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim)
- Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang
Adlina Abdul (anak Abdul Halim)
- Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang
YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
- Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang
YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
- Lot B08 di kawasan Jeli
YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
- Lot B35 di kawasan Jeli
YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
- Lot A120 di kawasan Jeli
Penceramah Pas, Razak Abas
- Lot 37 di kawasan Jeli
SUMBER
No comments:
Post a Comment