Setiap
kali pilihanraya PAS tidak pernah melepaskan mengunankan agama sebagai
alat untuk meraih undi, terbaru di PRK Kuala Besut area Kg Tok Has
tergantung beberapa banner yang cukup menjatuhkan maruah umat islam yang
menyatakan :-
“Sesiapa yang memberi undi menjatuhkan Kerajaan islam, maka dia menempah tiket ke neraka” yang dipetik dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus di dalam Sinar Harian bertarikh 25 April 2013.
PAS seolah mengambarkan orang yang tidak memberi undi kepada PAS dan
mengundi Parti lawanya seperti menempah tiket ke Neraka dan yang
menyokong dan memberi Undi kepada PAS dapat memberi jaminan Syurga,
adakah PAS ini agama dan tuhan yang dapat menghukum sesiapa sahaja yang
mereka rasa perlu bagi memenuhi kehendak parti mereka.
Perkara sebegini bukan hanya terjadi sekali dua, tetapi sejak
Penubuhan Parti PAS itu telah mereka mengkafirkan sesama islam seperti
terjadinya amanat haji Hadi di Kg Banggol Paradong 1981 yang menyebabkan
berlakunya peristiwa mamali sehingga lahirnya penyokong PAS yang tegar
sanggup mati syahid kerana memperjuangkan amanat tersebut, hakikatnya
mereka di tipu hidup-hidup dengan perjuangan PAS yang semakin terpesong
dan menyokong pelbagai ideologi yang bertentangan dengan ajaran islam
yang sebenar.
Tetapi masihkah penyokong PAS sedar hakikat yang berlaku atau
dibiarkan Hasad Dengki ini terus menular di setiap kelahiran penyokong
mereka tanpa menghiraukan perpaduan & penyatuaan untuk terus
bermushan walaupun hidup sebumbung.
jangan sampai “menang sorak kampung tergadai”
No comments:
Post a Comment