Wednesday 30 May 2012

TELAH TERBIT.......2 VIDEO WAJIB TONTON!!!

Salam.... tiba-tiba tersentak Angin dengan dua video yang Angin tonotn semalam. Pada Angin ke dua-dua video ini sangat hebat dan WAJIB TONTON.







Alangkah eloknya kalau dua-dua video ini dapat di tayangkan di kaca TV. Biar semua orang boleh menontonnya.

Permulaan video melayu, Angin tercengang apa hal video ini... apa yang nak di tunjukkan, selang 2 minit Angin dapat menangkap betapa kita ini terlalu dibuai dengan mimpi-mimpi indah lalu kita lupa bagaimana nenek moyang kita berjuang...

Kita kini sibuk mencari salah orang kita sendiri..... Negara yang diperintah oleh Orang Kita sendiri. Kita lupa kebahagian, kemakmuran dan kemajuan yang kita capai hasil dari pengorbanan nenek moyang dan Orang Kita sendiri. Kita tidak bersyukur dengan apa yang kecapi selama ini.

Kita lupa bahawa segalanya hanyalah pinjaman dan jika kita tersilap langkah.... kita mungkin terjun ke zaman dahulu semula.... zaman mencari jati diri, zaman perit getir mempertahankan bumi Tanah Melayu yang tercinta ini.

Entah mengapa semasa menulis malam ini, tangan terasa terketar-ketar.... hati merasa sayu.... apa akan jadi pada bumi bertuah milik kita ini 2 , 3, 10 atau 15 tahun akan datang. Apakah anak cucu kita masih dapat merasai akan nikmat yang kita rasai hari ini. Atau segala nikmat itu di tarik semula oleh ALLAH kerana tangan-tangan dan hati kita yang tidak bersyukur dengan kurniaannya.

Cuba kita tonton pula kisa tauladan ini.... betapa manusia tidak bersyukur dan kufur nikmat... akan pasti mendapat balasan suatu hari nanti....Angin cuma ingin kita sama-sama berfikir supaya kita semua tidak menjadi seperti mereka yang tidak bersyukur seperti di dalam cerita ini....






Tuesday 29 May 2012

AWAS!!!! JANGAN KEMBALI TERPALIT TAHI

Salam...

Sedang leka meonoton youtube, lepas satu satu...angin tiba-tiba melihat satu video yang pernah dimuat naik pada tahun 2009 oleh Unit Komunikasi Terengganu. Beberapa kata-kata kesat pemimpin PAS kepada pimpinan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Terengganu.

Beginilah Contoh pemimpin PAS yang dah tahu bagaimana nak sembunyikan tangan lagi setelah melempas batu lalu mereka akan memaki dengan kata-kata kesat. Itulah modal terakhir pemimpin PAS.

Kadang-kadang Angin jadi bingung kenapa pengikut PAS mahu boleh bersetongkol kepada pemimpin seburuk ini.



Angin ingin mengajak semua pengikur PAS agar berfikir sejenak...

UNTUK PRU13 MARILAH KITA KEKALKAN BARISAN NASIONAL DI TERENGGGANU DAN JAUHKAN DIRI DARI SET MULUT JAHAT INI.... INGAT 1999 - 2004....JANGAN SAMPAI TANGAN KITA TERPALIT TAHI LAGI...

Monday 28 May 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA GAGAL???

Ramai orang PAS kata, himpunan yang di war-warkan itu gagal  menarik belia ke Putra Jaya.



Tapi jika di lihat dari gambar-gambar yang di upload ke FB, bukan main ramai lagi...memang jutaan.... tapi betul ke gambar tu di edit??? macam yang di buat oleh pencacai PR semasa BERSIH 3.0 ari tu??



Cuba bandingkan dua gambar ini.... ada apa-apa perbezaan tak?

Yang Angin nampak gambar semasa BERSIH 3.0 tu. macam orang sama besar ekat dan jauh sangat berbeza dengan gambar di himpunan jutaan belia di PUTRA JAYA...

Macam-macam dia orang buat untuk menunjukkan mereka hebat. padahal semuanya menipu.



Tapi yang bestnya apabila program belia diadakan di Selangor... aduih memang banyak... banyak kerusi orang orang..... mereka baut program untuk kerusi-kerusi, salah seorang panel dalam program tu memang si kerusi kayu - Adam Adli.

Sekali sekala geli hati jugak tengok puak-puak pencacai ni, berkokok riuh sekampung tapi  telur hanya sebiji.

PRU semakin menghampiri, puak-puak ning tengah pening kepala memikirkan cara untuk memancing undi, sebab rakyat dah bosan dengan tipu helah mereka. Gunakan AMBIGA pun dah tak jalan. Nak pakai Anwar pun, rakyat dah tahu helah si penipu tu, siap kena halau dari masjid lagi, siap kena bambu dengan Ummi plak lagi.

Nak guna undi masuk syurga dah ada plak kenyataan dari Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram yang mengatakan fatwa propraganda macam tu adalah KEJAHILAN, KEBODOHAN DAN KESESATAN.

apa lagi nak guna yerk???




Apa kata guna Azmin, memang tak boleh sebab kes "asi krim" dan kes Tanggang plak....

Nak guna Nik Aziz???

Nak guna Lim Guan Eng???

Nak guna Haji Hadi???

Nak guna Muzakarah???? Semua dah tak bleh jalan.... Jalan dah tertutup..... PRU 13 Pakatan Rakyat akan hanyut bagai Luncai dengan labu-labunya...

NIK AZIZ KONFIRM BUKA KITAB LAIN PLAK UNTUK MEMBALAS KENYATAAN INI


Hurm..... apalagi yang Nik Aziz  nak kata untuk spin kenyataan ini? Apa pulok yang akan pencacai PAS nak tulis dalam facebook untuk nafi kenyataan ini?

Kalau macam ni apa yang diperkatakan oleh YAB MB TERENGGANU itu benar... Ada PARTI AJARAN SESAT di MALAYSIA....

So....... apa lagi kau orang nak kata???

Nak sokong lagi??

Banggang betul yang masih nak menyokong......

Banyak sangat dah ALLAH tunjuk ...

Apa-apa pun ANGIN pasti pencacai PAS tengah pening nak spin kenyataan ini.....

....terima kasih...bumiyang


ANWAR, KAU BAPAK SIAL : UMMI HAFILDA





Hah.... ni baru pertemuan sadis antara ummi dengan musuh ketat beliau anwar ibrahim yang pernah digelarkan aljuburi.Perang mulut antara mereka disambut oleh penyokong masing-masing yang datang mendengar ceramah.




Bukan itu sahaja ummi jugak agak puas menibai nurul izzah....

Berani sungguh wanita besi ini.... memang dia lanyak cukup-cukup dua beranak ni. Sekali ada dengar beliau bersumpah wallahi, wabillahi, watallahi.... dan mencabar anwar dan nurul izzah bersumpah sama.

Sekali pulak semasa nurul izzah  berceramah, ummi mengatakan bahawa nurul izzah sendiri pernah meilhat perlakuan liwat oleh ayahanda kesayangannya dengan bekas pemandu beliau azizan..???.

rupanya banyak yang rakyat tidak tahu.... rupanya nurul izzah pernah melihat perlakuan anwar????

nanti kita bincang lagi.....

**** kredit to minaqjinggo13

Sunday 27 May 2012

PAS TELAH BERUBAH WAJAH!!!!!



Ttiba-tiba teringat kata-kata Hassan Ali dalam ceramahnya tempoh hari. 

'Saya hairan macamana PAS boleh berserongkol dengan satu parti yang bernama DAP yang  menolak sama sekali tentang prinsip perjuangan PAS iaitu menegakkan NEGARA ISLAM dan PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD"




" Saudara, saya masuk PAS atas 2 perkara besar : pertama,. saya tertawan dengan perjuangan negara ISLAM..... saudara tegaknya NEGARA ISLAM itu berdasarkan Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias..... saya tak tangguh-tangguh lagi untuk masuk PAS. dengan pertolongan seorang kawan dan dibawa berjumpa terus almarhun Perkara ke dua yang menyebabkan saya tertarik dengan PAS ialah pada tahun 1982 PAS mencerna satu sistem, satu kaedah iaitu skaedah KEPIMPIMPINAN ULAMAK.......tapi apa yang saya dapat sekarang??????.....saya kecewa kerana PAS tidak lagi memperjuangkan negara ISLAM sebaliknya perkataan ISLAM digugurkan dan digantikan dengan perkataan NEGARA BERKEBAJIKAN......Pada saya PAS tidak akan dapat dan tidak mempunyai kemampuan pun untuk menjadikan negara ini negara berkebajikan.... PAS TELAH BERUBAH WAJAH, SANGGUP MENGENEPIKAN KONSEP NEGARA ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MENUNAIKAN HAJAT SEORANG MANUSIA YANG HENDAK MENJADI PERDANA MENTERI (ANWAR IBRAHIM).....MENUNAIKAN HAJAT SEORANG MANUSIA UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI, MAKA BEEBERAPA ORANG DI DALAM PIMPINAN PAS YANG SAYA NAMAKAN SEBAGAI PARASIT-PARASIT, MEREKA SUDAH TIDAK NAMPAK ISLAM, TIDAK NAMPAK MELAYU, MEREKA NAMPAK PUTRA JAYA.... SUDAH MENAJDI MACAM ZIKIR KEPADA MEREKA PUTRA JAYA, PUTRA JAYA, PUTRA JAYA.......


"Ketua Penerangan PAS datang jumpa saya, ketika ada gambaran saya dipecat, dia datang berjumpa saya, nak  bincang dengan saya, mungkin nak pujuk saya " Dr. Hassan.....Slow sikit pasal negara ISLAM, slow sikit tentang HUDUD, itu kita buat bila kita dah boleh tawan PUTRA JAYA"....macamana nak buat, saya bagi tahu dia, dia tu istaz, "USTAZ, MACAMANA NAK BUAT, SAYA EXCO AGAMA DI NEGERI SELANGOR SELAMA 4 TAHUN...DI SELANGOR SALAH SATU NEGERI, BUKAN NEGARA..HANYA NEGERI... RUANG UNTUK ISLAM TERTUTUP LANGSUNG USTAZ, MACAMANA RUANG UNTUK ISLAM BOLEH TERBUKA JIKA USTAZ DAN TEMAN-TEMAN BOLEH MENAKLUK PUTRA JAYA????? USTAZ INGAT KARPAL SINGH AKAN MENUKAR PENDIRIANNYA SETELAH DIA MENJADI TIMBALAN PERDANA MENTERI????"

"Ketua penerangan PAS itu kata lagi, "slow lah sikit cerita basal negara islam, slowlah cerita pasal hudud, tolonglah.... sebab kalau DR HASSAN TERUS CERITA PASAL NI( NEGARA ISLAM/HUKUM HUDUD) ORANG CINA AKAN TAKUT KITA, ORANG INDIA AKAN TAKUT KITA, LAMA-LAMA IMPIAN KE PUTRA JAYA MENJADI MALAP, MENJADI MALAP........"

Demikianlah sebahagian yang diluahkan oleh HASSAN ALI malam itu, Angin setuju dengan beliau, mana taknya PAS kini telah BENAR-BENAR BERUBAH WAJAH.... mereka tidak lagi berpendirian seperti dulu, mereka kini hanya LALANG YANG DITIUP ANGIN,  Sekali "BROTHER ANWAR" ber"firman" , sekali pulak pimpinan PAS akan cari kitab baru untuk tukar pendirian....

Macam bawan Angin slalu becerita 

SUATU HARI  SEORANG NELAYAN MENDAPAT SEEKOR IKAN YANG SANGAT PELIK, YANG TIDAK PERNAH DI LIHAT, LALU DIBAWA IKAN ITU BERTEMU DENGAN SEORANG USTAZ. APABILA SAMPAI DICERITAKAN TENTANG IKAN YANG PELIK ITU LALU BERTANYA "USTAZ, IKAN INI BOLEH MAKAN KE?" LALU USTAZ ITU BERKATA " JAP YE, SAYA AMBIK KITAB JAP" LALU DIBELEK-BELEKNYA KITAB TERSEBUT, "URM..... NAMPAK GAYANYA KITAB NI KATA IKAN TU TAK BOLEH DI MAKAN"...... NELAYAN ITU KECEWA LALU BERKATA " ADUIH TAK BOLEH MAKAN PLAK, INGAT BOLEH MAKAN TADI, TAK TERCAPAI JUGAK NIAT BAIK SAYA NAK BERI SEPARUH IKAN BAHAGIAN KEPALA KEPADA USTAZ, NAMPAK MACAM SEDAP KALU BUAT KARI KEPALA IKAN...." TIBA-TIBA USTAZ ITU MENYAMPUK " EH..... JAP JAP...... KITA AMBIK KITAB YANG LAIN... HAHHHHHHH................... KITAB YANG INI KATA BOLEH MAKAN LAH..... SO, MAKNANYA MEMANG IKAN TU BOLEH DIMAKAN LAH....".



Urmmmmmmm... macam itulah perangai PAS sekarang ni.... apabila tidak mendapat untung kepada mereka semuanya tak boleh tapi bila ada sedikit keuntungan untuk parti mereka.... jam-jam tu jugak boleh bertukar hadis, bertukar, ayat quran...semuanya boleh.... 

Betullah.... PAS BETUL BETUL SUDAH BERTUKAR WAJAH....

ANWAR NAK BERSUMPAH MUBAHALAH???? TAPI DI HALAU???





Cube tengok video di atas.....

Video Anwar bersama Salahuddin Ayub dan the geng.....

Mesti Anwar ada program di masjid Taman Pulai ini. Video ini tidak di tunjukkan dari awal,. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. 

Mungkin juga Anwar nak buat kuliah maghrib kot??? Jam kat dinding tu menunjukkan jam 07. 35 malam. Tak dapat di tangkap apa kata-kata "pelakon-pelakon" dalam video ini. Cuna kita boleh dengar salah satu dialog dalam video ni berbunyi " maaf kami ada kuliah"...... cube dengar betul2...

Ala... apa lah salahnya kalau bagi peluang kat Anwar, kalau dia nak bagi kuliah maghrib... dulu pun dia pernah jadi khatib baca khutbah jumaat. Masa tu semua orang sanjung dia... apa salahnya kalau bagi dia peluang skali lagi.... hehehheheehheeh ADA ORANG NAK DENGAR KE KULIAH ANWAR IBRAHIM??????

Apa pun kenapa Anwar keluar dari masjid tu.... kan ada kuliah tu.... kenapa tak dengar kuliah tu??? kurang-kurang ada gak peluang untuk bersama-sama jemaah masjid tu kan? 

NAMUN KITE KENA RESPEK KAT ANWAR AND THE GENG SEBAB MEREKA KELUAR DARI MASJID INI TANPA SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI.... NASIB BAIK KEJADIAN INI BERLAKU DI DALAM MASJID DAN DI NEGERI JOHOR, KALAU DI DATARAN MERDEKA MESTI ADA DUA TIGA ORANG YANG  MASUK HOSPITAL KAN????

TAPI KENAPA ANWAR TAK BUAT MACAM NI KAT DATARAN HARI TU?????

SITUASI LEBIH KURANG SAMA JER, DI MASJID INI BELIAU TIDAK DIBENARKAN BUAT PROGRAM, ANWAR BLEH KELAUR ELOK JER (WALAU MUKE NAMPAK KECEWA). MASA KAT  DATARAN HARI TU, MEREKA JUGA TAK DIBENARKAN BUAT DEMO TU... TAPI MEREKA "BUAT" JUGOK SAMPAI  4 5 ORANG YANG MASUK SPITAL....


 

Saturday 26 May 2012

WOW!!! TERIMA KASIH PAS KERANA MELUCUTKAN KEAHLIAN YB DATO DR HASSAN ALI




Seperti janji Angin untuk kembali bercerita pasal Ceramah Hassan Ali di Kawasan Lapang Pasar Borong Gong Pauh.... Kali ini Angin teruskan dengan ucapan TERIMA KASIH kepada PAS yang terpaksa akur dengan telunjuk PKR dengan tiidak ada "telur" telah membuat keputusan melucutkan keahlian Hassan Ali.

Mungkin pada mereka yang bersidang dua hari selepas melihat bapak "ais krim tandas"  ber"firman" dalam akhbar suapaya mengambil tindakan kepada Hassan Ali, ya mungkin pada mereka kalau buang Hassan Ali, Tak akan menjadi "Kudis Gatal" pada PARTI mereka. Hassan Ali akan keseorangan akhirnya pasti Hassan Ali akan putus asa dan tiak melalak lagi. Akhirnya Haasan Ali akan "Mati" dari ingatan rakyat.

TAPI.....

"Tuan-puan, saya serahkan kepada tuan puan, tapi saya nak sebut, malam ini adalah malam ke 111 berturut-turut, saya mengadakan program seperti ini, malam tadi di felda telui kanan sik, kedah. 3 4 ribu, 2 bulan lepas di wakaf che yeh,  20 ribu orang yang datang, pasir mas 10 ribu orang.....dan orang PAS kata Hassan.... kamu nak cakap apa lagi?... Hassan..... kamu berseorangan, Hassan... tidak ada orang yang bersimpati dengan kamu, Hassan.... tidak ada orang yang nak dengar kamu,.... Hassan.. kamu dah di dapati bersalah dan kamu telah di pecat, Hassan.... kamu tidak ada resources... tapi tuan tuan ini lah yang berlaku... setiap malam hampir 111 malam ketika saya mengdakan program seperti ini, rakyat ramai yang datang....dan dari ketua penerangan PAS mengatakan Hassan setelah ia di pecat, status dia tak lebih daripada KEMUNCUP, tak lebih dari KEMUNCUP tapi saudara-saudara, saya tak tahulah, jadual saya sehingga bulan 7 telah penuh dengan program-program dari seluruh negara untuk mendengar sendiri dari mulut saya, apa yang berlaku kepada saya....."

Ambik tohhhhhh..... Kalau setiap malam  macam itulah "croud" yang datang maka itu akan menjadi liabiliti kepada PAS, pastinya ada antara 2 3 ribu yang datang itu adalah ahli PAS dan mereka insyaallah akan bersimpati pada Hassan... So... memang PAS tengah kecut "telur sekarang ni....

Apalagi  bila Hassan Ali menceritakan tentang kedudukan ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS selama ini telah tiada lagi. PAS hanya memperjuangan PUTRA JAYA..Sudah tidak ada lagi perjuangan negara ISLAM. Salah satu parti kerabat mereka iaitu DAP menolak mentah-mentah untuk menjadikan negara ini sebagai negara ISLAM tapi mereka masih terkawan. Hassan sendiri tidak faham kenapa mereka meneruskan persahabatan kedengan parti yang nyata menolak keinginan mereka.Tak ada ruang bagi PAS untuk menajdikan negara ini ISLAMIK STATE.tapi PAS sanggup bersama hanya kerana mahukan PUTRA JAYA, sekarang ini dah jadi macam zikir kepada mereka ""PUTRA JAYA, PUTRA JAYA, PUTRA JAYA"....

Begitulah yang berlaku kepada HASSAN ALI, seorang insan yang berjiwa besar yang sebenarnya tidak berseorangan, yang kini menjadi liabiliti kepada PAS. Mesti PAS menyesal dan terus menerus memburukkan HASSAN ALI, mereka akan cuba menjatuhkan HASSAN ALI.... tapi sebenarnya HASSAN semakin kuat sedikit sebanyak semakin membantu BARISAN NASIONAL sebenarnya...

Sebab itu, dalam sidang media selepas itu, HASSAN ALI menyebut bahawa PAS TIDAK akan mendapat sokongan besar dalam PRU 13 dan jika benar PR berjaya mendapatkan PUTRA JAYA (Nauzubillah), PAS tidak akan mendapat yang bagus dalam kementierian pun kerana PAS ha nya akan menjadi JUNIOR PARTNER.

Maknanya, PAS hanya akan terus melukut ditepi gantang. Sebab itu NIK AZIZ mula becakap pasal muzakarah... huhuuhuhuhuhuu.. propa untuk mencari sedikit populariti.... ESOK ar!!!!! PROPA hampa semua orang dah tahu..

Kalau nak tahu cerita selanjutnya, jom tengok blog sahabat ANGIN....DIN TURTLE 

APA PUN TERIMA KASIH SEKALI KEPADA PAS!!!!






PAS HANYA JUNIOR PARTNER DALAM PAKATAN RAKYAT - DATO' DR HASSAN ALI - MEREKA TIDAK AKAN MENDAPAT JAWATAN KANAN DALAM KABINET



Malam tadi Wakaf Mempelam ber"daung" bunyi suara YB Dato' Dr. Hassan Ali, bekas ahli PAS, malah menjawat jawatan besar selaku Naib Presiden PAS. Garang, sayu, marah, hiba bercampur baur mendengar ceramah Hassan Ali kali ini. Ribuan yang datang mendengar cerita kenapa beliau dilucutkan keahlian dalam Parti yang pernah menambat hatinya kerana kepimpinan ulamak dan perjuangan negara Islam yang dibawa oleh PAS sebelum ini.

"Saya dibuang dari Pas bukan kerana saya meminum arak, saya diluCutkan keahlian bukan kerana saya berjudi, malah saya tak reti nak main terup pun, saya dibuang bukan kerana melaikukan perkara-perkara liwat, bukan juga kerana melakukan zina, tapi saya dibuang dari menjadi ahli PAS kerana saya mempertahankan IMR (ISLAM, MELAYU, RAJA).

"Cuma seingat saya, apabila Anwar Ibrahim  menyeru pelajar-pelajar universiti untuk turun bersama-sama beliau pada hari Isnin ketika keputusan pertuduhan liwat ke atas beliau akan di umumkan, Dalam sidang media saya sebelum itu, saya tidak bersetuju dengan seruan itu kerana ketika itu 7 buah universiti sedang melangsungkan peperiksaan, hari isnin, pastinya jika pelajar ini turun maka mereka akan tidak mengambil peperiksaan, saya tidak mahu ini berlaku. Apabila orang kanan Anwar tahu akan kata-kata saya itu lalu beliau meminta majlis tertinggi PAS melakukan sesuatu kepada saya. Selang dua hari  Majlis Tertinggi PAS mengadakan pertemuan dan seterusnya melucutkan keahlian saya dari PAS. Hanya kerana itu, hanya kerana saya tidak bersetuju dengan orang yang terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia". Demikian sebahagian dari luahan Dato' Dr Hassan.

Di dalam sidang media selepas ceramah hampir 1 jam 1/2, Dato' Dr. Hassan menyatakan bahawa rakyat perlu mempunyai jiwa besar dengan mempertahan ISLAM. MELAYU dan RAJA. Namun halangan politik adalah halangan yang paling besar untuk menjadi manusia yang berjiwa besar. Beliau juga menyentuh akan masalah moral yang dihadapi oleh sebahagian besar pepimpin Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat yang dibelenggu dengan isu liwat dan lain-lain.

"Pastinya orang-orang ini ingin menjadi orang-orang besar dalam negara, sebab itulah kita perlu menyemak latar belakang dan perbuatan mereka sebelum memilih mereka dalam PRU 13 nanti"

Ketika di tanya tentang kabinet bayangan Pakatan Rakyat sekiranya memenangi PRU 13, beliau menyatakan berkemungkinan Perdana Menteri akan diberikan kepada Anwar Ibrahim dan berkemungkinan mereka akan memiinta dua orang  Timbalan Perdana Menteri. Sudah tentu salah seorang darinya adalah parti DAP iaitu Lim Kit Siang.

"PAS tidak akan mendapat menteri kanan di dalam kabinet. ini kerana PAS dikatakan tidak akan mendapat kemenangan yang besar dalam PRU 13 akan datang. PAS berkemungkinan hanya menjadi "junior partner" dalam pakatan rakyat. Sebagai Junior Partner, PAS hanya akan mendapat kementerian yang "junior" sahaja. PAS tidak akan mendapat tempat di Kementerian Kanan seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran dan beberapa kementerian lain malah PAS belum tentu mendapat tempat di Kementerian Penerangan yang bukan Menteri kanan pun. Saya meramalkan senior partner adalah DAP berdasarkan sokongan bangsa Cina terhadap parti-parti Cina. Pastinya apabila mendapat kerusi yang lebih banyak dari PAS, DAP akan berkeras untuk mendapatkan jawtan yang lebih kanan.Bayangkan jika DAP yang mendapat tempat di kementerian kanan seperti yang saya katakan tadi...bayangkan....."

Sebelum itu, YB Dato' Dr. Hassan telah menutup ceramah beliau dengan zikir munajat dan selawat serta doa yang telah membuatkan beberapa orang yang datang telah menitiskan air mata.

Pada Angin Pas telah melakukan satu kesilapan besar dengan melucutkan keahlian Dato' Dr. Hassan Ali. Ya Hassan Ali diihat sedang berjuang berseorangan. Namun jika diamati dari ceramah beliau dan sokongan dari pendengar yang mencapai puluhan ribu disetiap tempat berceramah. Hassan Ali sebenarnya tidak keseorangan. Beliau disokong secara senyap. Mereka menjadi bom jangka kepada PAS. PAS akan di bom ketika PRU 13 nanti. Angin yakin ramai yang datang mendengar tersentuh dengan apa yang berlaku kepada Hassan Ali. Mereka bersimpati kepada Hassan Ali.

Namun Angin rasa tidak salah kalau Angin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PAS yang telah memberi sedikit ruang yang lebih selesa buat BARISAN NASIONAL. TQ NIK AZIZ, TQ HAJI HADI,, TQ AZMIN, TQ ANWAR......

p/s : pukul 3.00 petang nanti Angin akan tulis lagi apa cerita Hassan Ali lagi... tunggu yerk....

Thursday 24 May 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA BERMULA




Semalam 23 hingga 27  Mei 2012  bermula satu lagi himpunan... bukan himpunan 66 tahun UMNO, jugak bukan BERSIH 4.5  tapi himpunan JUTAAN BELIA di Putra Jaya.

Jangan bimbang.... bukan untuk merusuh... sebab belia-belia Malaysia sayang negara dan sayang Barisan Nasional. Berkumpul untuk  menambahkan pengetahuan dan kawan....

So... orang PAS.... gi tengok...camner anak muda sokong Kerajaan berkumpul tanpa dendam tanpa masalah....

Macam-macam acara disediakan... pilih jer... berasa nok gi tengok pun gi lah... tapi jangan buat kacau sudah...

Angin akan gi pada malam esok...insyaallah.....

JUMPA DI SANA YEAH!!!!!!

Wednesday 23 May 2012

DEBAT PTPTN : SIAPA UNTUNG???





Selama mesti ramai yang tak sabar menunggu jam 10.05 malam untuk menonton debat bertajuk PEMANSUHAN PTPTN : HALA TUJU PENDIDIKAN TINGGI NEGARA diantara Rafizi dengan YB KJ. DEBAT anjuran akhbar Sinar Harian bersama Astro Awani dan Bernama 24.Bukan senang nak tengok Debat sebegini "Live" di TV.



Penonton pastinya tak sabar melihat apa yang akan difaktakan di dalam debat tersebut. Apakah yang akan berlaku sekiranya PTPTN di mansuhkan?? dan apa pula yang akan berlaku sekiranya PTPTN ini diteruskan.Ramai juga yang ingin melihat sejauh mana "JAGUH" parti masing-masing menangkis hujjah pihak lawan. Ada juga yang nak mahu menilai apakah "JAGUH-JAGUH" mereka ini layak untuk diketengahkan sebagai wakil rakyat.

Maka tepat jam 10.05 Malam tadi berlangsunglah Debat yang di nanti-nantikan itu. Kedua-dua pendebat memang hebat menyerang, mengelak dan mengangkis serta menyerang semula dengan fakta-fakta dan auta-auta untuk menyatakan bahawa pendirian parti masing-masing adalah yang terbaik. Menggunakan angka-angka yang kadang-kadang memeningkan kepala kita sebagai penonton.

Selesai selama lebih kurang 1 1/2 jam maka tamat lah debat tersebut. Angin keluar minum dengan kawan-kawan. Havoclah cerita pasal debat. Ada yang kata Rafizi banyak bermain dengan jani bulan bintang macam yang YB KJ sebut. Janji yang akan membangkrapkan negara dalam masa 3 4 tahun. (Ala saja ambik apa YB KJ kata untuk menyedapkan perbualan di kedai kopi). Seorang plak kata YB KJ terkedu dengan soklan ke mana pergikan 237 billion yang di ambil dari Petronas ketika bapa mertuanya menjadi PM. Rafizi dikatakan lebih konsisten menjawap soklan-soklan tapi KJ tercungap-cungap menjawap soklan cepumas. Ada plak yang kata moderator nampak sangat menyebelahi pembangkang dan macam-macamlah. Masing-masing pun buatlah nasi tambah, lauk tambah, kauh tambah, tambah sudu dan garpu serta lain-lain untuk menunjukkan semuanya hebat.

Hakikatnya setakat itu sahaja ke?? Yang bercerita dengan Angin dikedai kopi tu ada yang sokong PR dan ada yang sokong BN. Jadi masing-masing akan terus mempertahankan "JAGUH" dan Parti masing-masing. Mereka sudah ada lambang yang akan di pangkah dalam pru akan datang. Cerita pasal debat antara kedua jaguh ini akan terus di bawa, mungkin untuk 3 4 hari di kedai-kedai kopi.  Mungkin bila mereka bercakap dengan kuat akan menarik minat orang lain yang berada di keliling. Tapi apa kesudahan isu PTPTN itu? Akan jadi bagaimana??

Walaupun sebenarnya bagi Angin PTPTN sebenarnya bukan isu, kerana tidak ada paksaan untuk pelajar untuk meminjam dari PTPTN. Kau nak kau pinjam, kau tak nak, guna duit FAMA (FATHER/MOTHER) kau. Jadi apa sebenarnya yang dicari dengan Debat tu??

PADA ANGIN DEBAT ITU TIDAK LEBIH DARI MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH. SEMBUNYIKAN PUNCA DAN HANYA SEBAGAI PROPAGANDA UNTUK MERAIH UNDI. Memang kalau dengar apa yang dicakapkan oleh Rafizi, konfirm kita akan terpikat, mana taknya dahlah semuanya percuma, siap nak beri belanja RM5K setahun untuk pelajar. Rakyat peduli ke dengan apa yang YB KJ kata bahawa negara akan muflis dalam 3 4 tahun jika janji bulan bintang Rafizi ini di teruskan??

Walaupun Rafizi merepek merapu dan meraban tak tentu hala, siap serang peribadi pihak lawan. Tapi dengan janji bulan bintang yang diucapkan pasti dapat menarik hati mak kiah-mak jenab serta pak mat pak jusoh. Mereka cuma tahu bahawa mereka nak pendidikan percuma untuk anak cucu mereka. Jangka panjang dari angka-angka yang YB KJ sebut apa mereka peduli. Entah-entah mereka tak faham pun. Dapat pulak ada anak-anak yang pro pembangkang sedang tonton sama. Spin sikit, pasti Mak kiah, Mak Jebab dan Pak Mat angguk, walau pun tak faham...

so, siapa sebenarnya untung dari debat tersebut????





Monday 21 May 2012

YB DR HASSAN ALI MAHU BELASAH WAHID ENDUT YB TIDO????

Kali ini mesti havoc....

YB Dato' Dr Hassan Ali telah bersetuju dengan undangan salah satu badan NGO di Kuala Terengganu untuk turun di bumi Wakaf Mempelam. Bumi yang diperintah PAS sejak 33 tahun yang lalu. Bumi yang kusam dek penguasaan YB Wahid Endut kaki tido...

JUMPA NANTI YER!!!!
Pertemuan dua sahabat lama. Bekas Pesuruhjaya PAS Selangot VS Pesuruhjaya PAS Terengganu. MEsti banyak perkara yang akan dibongkar oleh sahabat tentang sahabatnya.

Ceramah Perdana yang dijadualkan pada 25 Mei 2012 JUMAAT, jam 8.45 MALAM di Hadapan Pasar Borong Gong Pauh.

YB KAKI TIDO INI AKAN BERTEMU SAHABAT LAMANYA
Dengar khabar memang dah lama YB Dr. Hassan Ali rindu dendam untuk datang ke sini. Macam ada sesuatu yang menarik pasal YB Wahid Endut yang hendak di war-warkan kepada rakyat Wakaf Mempelam. Untuk rekod Wakaf Mempelam adalah DUN yang terletak dalam Parlimen Kuala Terengganu, telah dimenangi oleh PAS sejak 33 tahun yang lalu dan Wahid Endut sendiri telah menjadi wakil rakyat di sini sejak lebih 20 tahun yang lalu. Wahid endut jugaklah  yang menjadi wakil rakyat Parlimen Kuala Terengganu. Banyak tido dari buat kerja. Langsung tak membantu rakyat. Kali ini pasti pecah punyalah....Angin dengar Wahid Endut akan cabut pada tarikh kedatangan Hassan Ali...betul ke???

Orang kata lagi, Hassan Ali ada perhitungan  dengan Wahid??? Perhitungan apa ye?? Perhitungan peribadi??? Perhitungan terakhir???

Jom kita pakat pergi dengar ramai-ramai pada tarikh tersebut. Baru boleh kita buat andaian apa perhitungan Hassan sebenarnya..jom...war-warkan...

Sunday 20 May 2012

MUZAKARAH PAS : LAGI SATU PROPAGANDA

Dua tiga hari ini kecoh plak kisah PAS ajak UMNO bermuzakarah. Macam-macam cerita kita dengar... kali ini cadangan datangnya dari Nik Aziz plak.

Namun Akhbar Sinar harian semalam melaporkan Haji Hadi plak meletakkan macam-macam syarat untuk bermuzakarah. Angin rasa hairan dia ajak UMNO bermuzakarah lepas tu letak macma-macam syarat plak. Nampaknya PAS dah semakin terdesak, apa lagi kesilap demi kesilapan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka, kini mereka dikatakan berada dalam keadaan yang amat lemah. Sokongan terhadap PAS semakin mengecil, kerana itulah mereka mula membuka jalan bermuzakarah pulak. 

Laporan akhbar yang sama pada hari ini pulak melaporkan bahawa Nik Aziz pulak meletakkan syarat yang ketat untuk bekerjasama dengan UMNO. Malah yang menghairankan, salah satu syarat tersebut ialah menerima sama semua pembangkang yang ada. Apa sebenarnya cerita disebalik muzakarah PAS ini. Apakah ada udang yang mahu disembunyikan didalam sepinggan mee?? 

 "Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini. 

Baru-baru ini kedengaran bahawa Anwar Ibrahim ingin kembali kepangkuan UMNO, kini timbul plak syarat UNMO perlu menerima pembangkang didalam UMNO, so maknanya umno perlu menerima Anwar kembali??? Biar betul ni... propa apa sebenarnya ni?? Rasa dah tak boleh memenangi Putra Jaya ke??? Nak masuk melalui muzakarah plak?? Gunakan PAS lagi ke?? Aduih.... Apa sebanrnya ni?? 

Apa yang diharapkan pimpinan UMNO tidak terus tertipu dengan propa ala ghapor yang sedang anwarinas laku ini... mereka sengaja mahu rakyat sekali lagi menyalahkan UMNO sekiranya tidak menerima muzakarah ini... sedap sedikit mereka spin cerita....

Tuesday 8 May 2012

AMANAT HAJI HADI YANG MENYESATKAN???

Mungkin ada diantara kita yang masih belum lahir ketika amanat ini dilafazkan oleh Haji Hadi yang berbunyi:

 

  "SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMANYA UMNO, KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA IA NAMA BARISAN NASIONAL, KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH. MENGEKALKAN UNDANG2 PENJAJAH,  MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKAL PERATURAN INILAH, OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA, OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG BERLAWAN DENGAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA2 SEKELIAN, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD DAN KALAU KITA BERLAWAN DENGAN PUOK-PUOK NI DAN KITA MATI KERANA JAYA BERLAWAN NI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM"

Amanat yang menaikkan semangat umat islam PAS untuk menentang kerajaan seperti yang berlaku di Memali.

Angin petik beberapa ayat yang ditulis di dalam blog pro PAS antaranya:

"Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)."


 "Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud .........."

"Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau.. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid."- CINA ISLAM


Akhirnya Ibrahim Libya telah meninggal didalam kejadian tersebut. Maka mulalah mereka menyatakan bahawa yang meninggal dalam kejadian itu seramai 14 orang adalah syahid. Haji Hadi sendiri di dalam ceramah beliau menyatakan bahawa   ulamak-ulamak PAS negeri Kedah bersetuju  14 orang sahabat mereka yang mati dalam kejadian ini adalah SYAHID. Mereka syahid mereka berjuang menegak PERJUANGAN ISLAM di MALAYSIA. Perjuangan ISLAM ala PAS yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin mereka seperti HAJI HADI sendiri dan NIK AZIZ. Mereka dikebumikan kononnya sebagai syuhada'.Dikapankan dengan pakaiannya yang berdarah dan dikebumikan dengan tidak disembahyangkan.



Sungguh menyedihkan apabila didalam muktamar PAS pada 5 June 2011 iaitu selepas 26 tahun kejadian MEMALI, Presiden PAS ini, HAJI HADI menyebut bahawa :  

alyarham ibrahim libya..bagaimana dengan mati beliau???

“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.

Ya, Haji Hadi mengatakan bahawa Al Quran tidak menyebut negara islam sebaliknya menyebut negara berkebajikan. 

Apakah ini tidak menimbulkan pertanyaan dikalangan ahli PAS sendiri? Betapa mereka ditipu selama ini. Dan apa pula hukumnya pengkebumian Allahyarham Ibrahim Libya serta 13 lagi kawannya yang tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan itu??? Mereka mati kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. Mereka berjuang kerana perjuangan PAS yang kononnya memperjuangkan negara islam?? 

tetapi kini perjuangan itu dikatakan tidak ada dalam alquran. Apakah mereka benar-benar syahid?? Jika tidak, apakah kubur mereka perlu digali dan mereka perlu dimandikan dan disembayangkan semula?? Siapa yang perlu bertanggungjawab dengan pengkebumian mereka?? siapa yang akan menanggung dosa kerana tidak memandikan dan menyembahyangkan mereka?? siapa yang akan menjawap di akhirat kelak?? 

JIKA BENAR KEMATIAN MEREKA HANYALAH KEMATIAN YANG SIA-SIA, BUKANKAH BERAT TANGGUNGAN YANG PERLU DIPIKUL OLEH HAJI HADI?? SEMPATKAH HAJI HADI MEMOHON MAAF KEPADA KELUARGA ARWAH DAN MEMYEMPURNAKAN SEMULA JENAZAH ARWAH??

Dan lagi apabila kita mengamati amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa "...... KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH. MENGEKALKAN UNDANG2 PENJAJAH,  MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKAL PERATURAN INILAH, OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA....."pernyataan ini jika kini telah ditunggang terbalikkan. 

Buktinya aji Haji sendiri yang memyetujui apa yang terkadung didalam buku jingga. antara lain didalam buku tersebut semua parti didalam PR bersetuju kononnya mempertahankan perlembagaan Malaysia. So, bukankah Haji Hadi sendiri setuju mengekalkan perlembagaan dan undang-undang penjajah.

Maka bukankah Haji Hadi sendiri perlu ditentang???PAS sendiri perlu ditentang???  Bukankah mereka perlu dilawan??? Dan kalau mati dalam berlawan dengan mereka, mati itu boleh dianggap mati syahid???

Buat semua pembaca, percayalah apa yang diperjuangkan oleh PAS kini, hanya perjuangan untuk mendapat kuasa, perjuangan untuk mencari keuntungan. Kita tidak tahu keuntungan itu untuk siapa, jika keuntungan itu buat rakyat alhamdulillah tetapi jika keuntungan itu hanya untuk kaum kerabat, maka itu sangat merugikan kerana kini kita sedang menikmati segalanya. kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional semuanya ada. Apalagi yang kita mahu??? Apakah yang mengharapkan bulan jatuh keriba??? dan mengharapakan sesuatu yang tidak pasti??

TERIMA KASIH BERSIH 3.0, PAS & NIK AZIZ





Nampaknya apa yang diingini oleh BERSIH amat berjaya. Berjaya memburukkan negara ini di mata dunia. Manakan tidaknya apa yang berlaku di Masjid Nabawi, sekumpulan orang yang tidak patut dikatakan "anak Malaysia" yang telah melancarkan BERSIH 3.0 di sana yang dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa PAS, Mokhtar Senik yang xempat bergambar di situ. Lalu gambar itu terus bermain di serata dada lap top dan iphone.

Konon menunjukkan BERSIH 3.0 mendapat tempat bukan sahaja di Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Malaysia malah nak tunjukkan bahawa BERSIH 3.0 juga di terima di luar negara termasuk di negara Arab.

Tanpa memikirkan akibat dari perbuatan BODOH mereka. Errrrmmmmmm akibatnya kuota untuk jemaah haji Malaysia telah dikurangkan oleh Arab Saudi.... maknanya mungkin nama-nama yang tersenarai tidak akan berpeluang mengerjakan Haji. 

Ini adalah satu perkara yang menyebabkan kemarahan rakyat kepada BERSIH 3.0 dan PAS. Satu propaganda untuk menaikkan PAS akhirnya telah memakan diri sendiri. Di kedai-kedai kopi kami telah bercerita tentang ini... tentang kebodohan PAS tahap gaban yang menyusahkan rakyat. Keistimewaan yang diberkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia di tarik balik dengan pengurangan ini.

Insyaallah rakyat akan sedar apa itu parti PAS sebenarnya...Parti yang dahulunya memperjuangkan ISLAM kini hanya memperjuangkan kuasa. Kuasa yang mungkin menyebabkan negara ini menjadi semakin kerdil dengan tindakan-tindakan tidak cerdik mereka.




Manalah tahu jika benar ALLAH mengizinkan puak ini memerintah negara, boleh jadi Arab Saudi bukan menambahkan kuota tetapi semakin mengurangkan kuota haji , maklumlah mereka ini ramai terdiri dari orang yang panas baran dan suka merusuh??bimbang juga kalau-kalau merusuh di Mekah plak nanti??... manalah tahu penyakit merusuh ketika BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur tempoh hari di bawak plak ke sana. Sebab Nik Aziz kata orang islam ni berdemonstrasi 5 kali sehari dan sekali pada hari jumaat demo besar di masjid-masjid. Mungkin mereka akan berdemo di Mekah yang akan di akhiri dengan rusuhan macam dibuat masa BERSIH 3.0 ari tu..kalau cam tu siapa nak tambah kuota haji???...makin kuranglah nampaknya.....

Kepada pembaca blog ini.... fikirkanlah dengan waras kewajaran menyokong puak ini... kerana untuk mendapat kuasa itu mungkin senang dengan merusuh disitu atau di sini tapi kita memerlukan 50 tahun lagi untuk membina semula negara selepas rusuhan. 

terima kasih.

Wednesday 2 May 2012

UMMI HAFILDA SURUH AZMIN JUMPA NIK AZIZ UNTUK PENGAMPUNAN???


Nampak gayanya Azmin dah tak tahu nak letak kat mana muka dia bila gambar 18sx beliau keluar di blog blog.

Sian Azmin... mesti tengah sibuk memikirkan kemana kan ku bawa diri.


Apa lagi gilah jumpa Nik Aziz tu...kan dia pakar mengampunkan orang????


Tuesday 1 May 2012

ANWAR PENAKUT MACAM PONDAN???




Tun Mahathir ketika diminta mengulas tentang dakwaan  dakwaan sesetengah pihak bahawa Anwar memberi arahan kepada peserta demonstrasi Bersih 3.0 supaya merempuh halangan polis dan memasuki Dataran Merdeka.

"Jadi ini adalah reputasi (Anwar). Kali terakhir berlaku apabila mereka berdemonstrasi semasa saya menjadi Perdana Menteri, dia menghasut rakyat dan kemudian dia menghilangkan diri.

"Itulah modus operandi biasa Anwar, dia menghasut penduduk dan kemudian dia akan lari supaya orang tidak boleh menuduh beliau,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sudah menjadi modus operandi Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi arahan kepada peserta supaya merusuh dan kemudiannya beliau menghilangkan diri.



BETUL KATA TUN TU KAN?? MEMANG PERANGAI DIA MACAM TU ERK?? LEPAS VIDEO ISYARAT-ISYARAT DENGAN AZMIN ALI TU...DAN SELEPAS KEJADIAN PESERTA MEREMPUH HADANGAN DI DATARAN MERDEKA, TERUS 2 EKOR TIKUS MONDOK NI HILANG... ENTAH MASUK LUBANG MANA ENTAH...



YANG SI AZMIN ALI TU.... SEDAR-SEDAR MASUK MASUK BLOG GAMBAR ISAP-ISAP AISKRIM PLAK DALAM JAMBAN.

SI ANWAR PLAK...SEDAR-SEDAR MASUK YOUTUBE KENA BANTAI DENGAN PESERTA BERSIH MASA SIDANG MEDIA.



MUNGKIN DIA DUA ORANG NI ADA ILMU HALIMUNAN KOT....

Yang bodohnya siapa?????

DATARAN MERDEKA DILIWAT KERANA HASUTAN AZMIN ALI



Hari ini satu lagi bukti baru telah di keluarkan oleh beberapa penulis blog tentang siapakah dalang di sebalik kekecohan yang berlaku selepas beberapa jam tenang diperkarangan Dataran Merdeka.

Jelas dari satu rakaman video yang menunjukkan beberapa isyarat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim kepada Azmin Ali.

Sebelum itu, anamat Azmin Ali telah membangkitkan rasa marah peserta, Beliau mengatakan " Dataran Merdeka bukan milik DBKL tetapi Dataran Merdeka milik Rakyat". kata-kata Azmin Ali  dalam ucapan beliau telah menyebabkan peserta sudah tidak sabar untuk menunjukkan "kesetanan" masing-masing.

Selepas beberapa isyarat yang dibuat oleh Anwar dan anggukan Azmin itulah, peserta mula membuka pagar hadangan ke Dataran Merdeka....

Maka jelas dan terbukti bahawa semuanya kerana sikap "Kebabian" 2 ekor "Keldai" ini lah menyebabkan Ambiga menuduh Unit amal PAS yang memulakan "majlis" kurang ajar itu.....






 So

UMMI HAFILDA TEPUK TANGAN TENGOK GAMBAR AZMIN ALI????



ISH...!!!!! MACAMANA GAMBAR NI BLEH KLUOR NI??

 APA YANG AKU NAK JAWAP NI?? MUKA SERUPA MACAM AKU...TAPI BUKAN AKU????....



TAK BLEH TAK BLEH.... ANWAR DAH GUNA YANG TU... DIA SURUH KAK JIJAH YANG CAKAP MACAM TU... DAH AKU?? NAK SURUH SIAPA???

PADAMLAH AKU...... SIAPA PLAK YANG NAK KENAKAN AKU PLAK NI?? BADIGOL MANALAH PLAK...



MATILAH AKU KALI NI....

 APA AKU NAK JAWAP DENGAN SHAMSIDAR NI??? EH! TAK PER... SHAMSIDAR SMALL MATTER... KISAH DIA DENGAN ANWAR TU DAH BLEH COVER....DIA TAK BLEH KATA APA PUNYALAH...

 EH aNWAR KE YANG PEKENA AKU??? MANA TAHU NAK SURUH ANAK DIA PLAK YANG LEBIH POPULAR DARI AKU... AKU NI MEMANG DAH LEBIH POPULAR DARI ANAK DIA... ENTAH-ENTAH SENGAJA DIA NAK SEMBELIH AKU PLAK TAK???



MANA BLEH.... ABANG NUAR TAK MACAM TU... DIA SAYANG AKU KAN???

kE HASSAN ALI NAK BALAS DENDAM??? KAN AKU YANG BUAT DIA HILANG JAWATAN DAN HILANG KEAHLIAN PAS....?? PAS DENGAR CAKAP AKU MASA TU KAN???

ADUIH...KALAU MACAM NI...ROSAKLAH KEPOPULARAN AKU DENGAN PAS... MESTI AHLI PAS MARAH KAT AKU....???

ISH!!! TU BOLEH SETTLE.... ABANG NUAR BLEH KAUTIM... SEKALI ABANG NUAR BERDEHEM JER DIA ORANGDAH KEJUT BATU

TAPI MASALAHNYA KALAU WARTAWAN TANYA AKU NAK JAWAP APA???

HAAAAAAA........ BLEH...BLEH..BLEH... BINI NO 2..... AKU JAWAB BINI NO 2....BLEH TAK???

TAPI ..... AH!!! INI SEMUA KONSPIRASI UMNO YANG JAHAT KERANA NAK

MENJATUHKAH AKU.... SEMUA TU GAMBAR EDIT JER...

AHHHHH SENANG-SENANG... TAK PAYAH JAWAP TERUS.... BUAT MUKA SARDIN JER....




ANWAR KENA BELASAH DENGAN PESERTA BERSIH???

Nampak jelas orang yang menyebabkan perusuh memulakan tindakan adalah orang ini.....

Semasa diadakan sidang media seorang peserta bertanya kenapa perhimpunan yang pada mulanya aman menjadi begitu ganas...

Penanya ni seorang berbangsa cina mengatakan anwar mengambil kesempatan atas kemarahan peserta perhimpunan...

Tapi soklan tak di jawap....

malah penanya di halau keluar....

so, inikah yang BERSIH sangat  tu???




Kesian peserta BERSIH.... selalu jadi kuda untuk kepentingan parti politik yang terdesak....

tapi....

SAPA SURUH MUNG GI SIOTTTTTTT!!!!!!!!