Tuesday 29 October 2013

#PRK N20 SG LIMAU : PAS BAWA BISKUT MERAIH UNDI SAMBIL BUANG BENDERA BN??




Dalam keghairahan pembangkang menugutuk puteri umno yang melawat pengundi dengan beras 5 kilo rupanya mereka juga telah membawa ole-ole untuk mengundi di sini.

Kata dulang paku serpih kata orang dialah yang lebih. Begitu perumpamaan yang paling sesuai untuk puak PAS. Dengan membawa biskut, mereka masuk meraih undi. Bagi mereka bukan sekampit beras 5 kilo tapi nilai maruah dan undi pengundi ialah sebungkus biskut.

Nasib baik mereka tak bawa "Chipsmore" yang sesuai dengan mereka iaitu masa pilihanraya mereka ada buat baik, lepas pilihanraya mereka hilang tak dapat di kesan, timbul-timbul pilihanraya akan datang pulak membawa hadiah yang baru.

Angin jugai ingin membawa satu lagi perkara yang telah berlaku di sini... Artikel yang Angin ambil dari Terengganu Today



Peristiwa jentera Wanita UMNO Marang yang dihalau daripada menjalankan kempen dari rumah ke rumah di Kg. Tualang dua hari lepas telah membuka mata banyak pihak bahawa penyokong Pas di kawasan berkenaan sememangnya takut pada bayang-bayang mereka sendiri. 

Sebelum kejadian halau itu berlaku, jentera Wanita berkenaan sempat menziarah tiga buah rumah sebelum mereka didatangi dua orang lelaki tempatan menasihatkan mereka agar beredar dan memanggil semua jentera yang lain untuk keluar dari kampung berkenaan jika tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.
Mengikut Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, Toh Puan Hajjah Zaiton binti Mat Amin yang mengetuai jentera kempen berkenaan, pengundi-pengundi di kawasan berkenaan telah disuapkan dengan berita atau maklumat dari sebelah pihak sahaja dan mereka tidak terdedah dengan maklumat daripada pihak kerajaan yang memerintah.

Rata-rata pengundi-pengundi di kawasan Kg. Tualang ini terutamanya penyokong Pas tidak tahu rancangan kerajaan untuk membela nasib rakyat. Mereka hanya dimomokkan segala agenda kerajaan BN adalah untuk menindas rakyat. Sebagai contoh masih ada yang tidak tahu bahawa pendidikan sekolah di Malaysia adalah percuma. Mereka juga mempertikai peranan PTPTN, mempertikai GST tanpa mereka tahu untuk menilai kebaikan GST kepada rakyat. Segala maklumat yang mereka terima adalah perkara-perkara yang memburukkan kerajaan yang ada.

BACA SELANJUTNYA DI  TERENGGANU TODAY
.


Monday 28 October 2013

#PKRN20 SG. LIMAU : PAK TEH MENGHARAPKAN BN MENANG


Pengundi Sg. Limau mengharapkan calon BN menang di PRK N20 Sg Limau.

Bagi Pak Teh, kali ini beliau akan mengundi Barisan Nasional.


#PRKN20 SG. LIMAU : BANNER SYIAH DI SG LIMAU???




Sebelum ini, calon PAS DUN Sungai Limau, Azam Samad dikaitkan dengan Syiah. Sebelum ini juga, PAS telah dikaitkan dengan Syiah dan PAS amat sukar untuk menafikan perkara berkenaan, sekalipun PAS cuba menyejukkan hati majoriti pengikutnya yang berpegang kepada fahaman Sunnah Wal Jamaah bahawa mana-mana ahli PAS yang menganuti fahaman Syiah, akan dipecat serta-merta.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, PAS tidak pernah memecat atau mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli PAS yang telah dikenalpasti menganuti fahaman Syiah seperti Abdullah Hasan, Kepala Syiah Rafidhah Kedah yang berpusat di Pendang. Sebaliknya para pemimpin utama PAS kelam-kabut cuba menyembunyikan perkara sebenar dengan pelbagai dalil dan dalih untuk membenarkan PAS terus digayuti dan dikuasai oleh Syiah.

Kedahan69ers.com berjaya mengesan sebuah banner di Jalan Kampung Sungai Kering, Sungai Limau yang jelas terpamer ciri-ciri PAS yang memberikan sokongan dan mendoakan kemenangan ‘jemaah’ mereka.

Ungkapan ‘YA ALI,’ ‘YA HUSIN’ dan ‘LABAIK YA ZAHRAH’ sememangnya merupakan seruan kaum  Syiah. Kaum Syiah bertawassul kepada ‘ALI, HUSIN dan FATIMAH AZ-ZAHRAH’. Malah menjadikan ALI sebagai Tuhan mereka dengan seruan ‘YA ALI MADAD’…

Sebelum ini, dilaporkan bahawa puak Syiah akan mencalonkan salah seorang daripada mereka untuk bertanding di Sungai Limau. Barangkali kerana memikirkan bahawa Azam Samad yang merupakan calon rasmi PAS, jauh lebih berwibawa dan jauh lebih mudah untuk menjalankan pendoktrinan dan pendogmaan Syiah di Sungai Limau yang bersempadan dengan Pendang, mereka akhirnya membatalkan hasrat untuk mencalonkan calon Syiah, sebaliknya memberikan sokongan kepada calon PAS, Azam Samad.

#PRKN20 SG LIMAU : PAS MULA MAIN KASAR, HALAU JENTERA WANITA BERKEMPEN


Inilah lelaki upahan PAS untuk menakutkan jentera wanita

Kawasan ‘paling hitam’ bagi BN di DUN Sungai Limau adalah Peti Undi Bukit Choras.

Cabaran buat jentera BN Terengganu ialah apabila diberi kepercayaan oleh BN Kedah untuk ‘masuk’ ke kubu PAS, dimana kira-kira 80 peratus penduduknya adalah PAS.Dengan dua lokaliti iaitu Kg. Bukit Choras dan Kg. Tualang, BN mendapat 81 undi pada PRU 13 yang lalu dan PAS memperolehi 461 undi.

Kelibat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Munyiddin Yassin yang menembusi kawasan ‘sawah dan pondok’ di kawasan itu beberapa hari lalu telah membuatkan PAS tidak senang duduk.

Mungkin ‘terkejut beruk’ dengan warga beberapa sekolah pondok yang menyambut TPM dan MB, Dato’ Mukhriz Mahathir, PAS mula bergerak lebih agresif untuk mempertahankan ‘kota’ mereka.

Petang semalam, kesannya mula dirasai oleh jentera Jalinan Rakyat Wanita UMNO Terengganu apabila turun menziarahi rumah pengundi di Kg. Tualang.

Kehadiran Wanita UMNO yang bermula dengan Salam disambut dengan tindakan ‘tutup pintu’ dan suara-suara seperti ‘tak payah mai lah’ dan ‘tak payah kempen lah’.

Adakah ini gaya ‘demokrasi’ yang disuburkan oleh PAS di DUN Sungai Limau?

 Berceramah berdegar-degar  tetapi menolak untuk berjabat tangan dengan UMNO, tak ‘gentlewoman’ langsung.

Lebih memeranjatkan petang semalam, Wanita UMNO telah didatangi oleh seorang lelaki penyokong PAS dan menghalau kumpulan itu supaya keluar dari kampung itu.

“Jika ada lagi yang lain, bawa keluar semua” – itu antara ungkapan yang diterima Wanita UMNO yang berhadapan pengikut PAS yang begitu jauh dengan gambaran politik sebenar.

Sampai bila orang kampung akan terus ‘dikurung’ sebegini? Sampai bila PAS mahu bermain politik ‘rimba’ yang bersifat purbakala.

Sumber yang Terengganu Today perolehi, penduduk kampung yang tinggalkan PAS menyeberang ke kem BN akan dihina sepanjang jalan dan dipulau jika ada majlis kenduri kendara mahupun kematian.

Inilah sedikit gambaran bagaimana UMNO hidup dalam minoriti, manakala majoritinya adalah PAS. Adakah berlaku perubahan di Bukit Choras pada 4 November nanti?

SUMBER

#PRKN20 SG LIMAU : USAHA DESPERADO UNTUK MENIPU MENGUNDI SG LIMAU



Kecoh satu Malaya, keana mahu menunjukkan kemesraan calon PAS Sg. Limau dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, muka Azam Samat terpaksa di superimpose.

Akhbar Sinar Harian Kedah hari ini melaporkan bahawa akhbar mereka yang diedarkan semalam tidak tulen. Didalam kertas propa tersebut ditunjukkan gambar Azam Sanat bersama Tan Sri Azizan.

Hakikat sebenarnya Azam Samat adakah proksi Mahfuz untik mengekal beliau sebagai pemangku pesuruhjaya PAS Kedah. Mahfuz akan gunakan apa saja cara untuk mengekalkan jawatan beliau itu.

Pagi ini khabarnya PAS telah buat kenyataan media berhubung isu tersebut. Entah bagaimana pulak akan di konar oleh mereka.

Semakin hari semakin parah keadaan mereka. Aoa lagi khabar yang diterima ramai pengundi tidak dapat menerima Azam Samat, bahi mereka calon ini hanya calon Mahfuz untuk mengekalkan kuasa beliau.

Kini PAS terpaksaxmengguna beberapa cara lain temasuk cara " ganas" seperti menghalau jentera wanita . (Nanti angin cerita jam 2 hari ini).

Teringat kata seseorang " Walaupun Pak Ngah Ahli pas, depa bukan tahu Pak Ngah undi apa...."

Maknanya Ahli Pas pun boleh undi BN... bukan depa tahu pun......

Sunday 27 October 2013

#PRK N20 SG LIMAU : VIDEO AYAH JAMIL KHIR BAHAROM TERKILAN PERBUATAN PAS

Salam....


Baca berita selanjutanya di Terengganu Today




#PRK SG. LIMAU : UNIT AMAL EKORI WANITA UMNO




Dalam Pilihanraya Kecil Sg Limau kali ini, UMNO Terengganu diberi kepercayaan untuk berkempen di 2 petiundi iaitu Pusat Daerah Mengnudi Kg Gelam 3 dan Kg Bukit Choras. 2 Pusat Daerah mengundi yang dikatakan sangat “Hitam” kerana kebanyakan penduduk telah memberi undi kepada PAS ketika PRU 13 yang lalu.

Pagi tadi seperti biasa Wanita UMNO Terengganu telah masuk mengunjungi penduduk untuk berkempen. Memang wanita adalah sayap UMNO yang begitu dekat dengan rakyat. Mereka adalah Srikandi Negara yang sentiasa memberi khidmat terbaik untuk rakyat. Diketuai oleh  YB Senator To’ Puan Hajjah Zaiton Mat Amin iaitu Ketua Wanita Marang, mereka telah berkempen di kempung Bukit Choras.

Apa yang menariknya kali ini, mereka telah diekori oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Encik Ahmad Said bukan Menteri Besar Terengganu tetapi orang kuat PAS yang bertindak untuk memantau perjalanan kempen wanita UMNO.

Penulis merasa sedikit pelik kerana pak cik ni seolah-olah takut penduduk akan termakan dengan kempen Wanita UMNO Terengganu. Beliau telah mengekori pasukan Wanita UMNO kesetiap rumah yang dikunjungi.

“Kalau nak mendekati masyarakat tak perlu masukkan politik”, begitu kata Ahmad Said kepada rombongan wanita tersebut.

Ini jelas menunjukkan PAS sebenarnya takut menghadapi Wanita UMNO. Meereka terpaksa menghantar seseorang untuk memantau . 
Mereka sangat takut kehilangan undi. Mungkin juga selepas ini mereka akan terus meminta Wanita PAS masuk untuk membilas.

Namun Alhamdulillah tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Sepanjang mengikut rombongan tersebut Encik Ahmad Said hanya curi-curi dengar apa yang dicakapkan, mungkin untuk menyampaikan kepada ketua mereka nanti.

Namun insyaallah, dengan kesungguhan semua jnetera termasuk wanita puteri dan pemuda, Barisan Nasional akan mendapat kemenangan di kedua-dua pusat daerah mengundi tersebut.

Kepada semua pengundi Kg Gelam 3 dan KG Bukit Choras, penulis ingin berpesan :  “Tak salah sokong PAS, Tak salah juga UNID Barisan Nasional”

Baca selanjutanya di Terengganu Today

#PRK N20 : "USTAZAH ABBY" MATAHKAN SUAMI DI SG LIMAU???

 
Kesian Abby...Dah la tengah panas terik..tengah bendang..pakai jubah hitam..kereta rosak la pula..EP tak pasti la sama ada insiden ini berlaku sebelum atau selepas menabur fitnah..tapi apa yang pasti ini satu bala buat Abby..

Kalau tak silap EP..kereta ni ada kenangan manis antara Abby dan bekas suaminya..kiranya lama juga la Abby pakai kereta ni..mungkin dah sampai masanya untuk tukar kereta..duit fitnah kan banyak...kalau tak silap EP kalau satu ceramah sampai 2 ke 3 ribu...betul tak??

Inilah akibat kalau kerja menabur fitnah..ada saja dugaan yang mendatang..selamat satu kampung di Sg Limau tak dapat doaa sebab tak sempat nak dengar fitnah yang bakal ditaburkan oleh Abby...

Nasihat EP..sudah sudah lah buat kerja yang terkutuk ni..cuba belajar bersyukur dengan apa yang ada..kata nak cari keredhaan Allah..tapi perangai tak serupa bikin...

**Kesian EP tengok laki Abby..kena kontrol siot..siap kena marah masa kereta rosak tadi..."you buat apa kat luar..masuk dalam kereta.."..amboi..garangnya Abby..
 

PANAS!!!!! AYAH JAMIL KHIR KATA "PAK NGAH JADI ORANG PAS, BUKAN PAK NGAH TAK BOLEH UNDI BN"






YAN 26 Oktober 2013 – Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri  Jamil Khir kesal  dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.


Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang ditemui Terengganu Today dirumahnya di Ulu Sedaka hari ini, melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.
Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

“Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus,” ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.

Berkait soal itu, MB Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir sebelum itu turut membidas serta mempersoalkan keikhlasan Mahfuz dan Azam yang mengunjungi Baharom.

Lidah rasmi PAS, Harakah melaporkan, Mahfuz memberitahu, Baharom telah mendoakan agar PAS terus menang di DUN Sungai Limau.

Kejujuran PAS dalam perkara ini terus dipertikaikan, apatah lagi adat menziarahi orang sakit di mana doa yang sepatutnya dibacakan adalah demi kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

Pak Ngah apabila ditanya mengenai calon PAS memberitahu, calon yang diletakkan masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari.  Katanya lagi, calon berkenaan adalah pilihan ‘orang atasan’ dan bukan pilihan masyarakat setempat.

Apabila ditanya adakah kemenangan bakal berpihak kepada PAS, beliau sekadar menjawab bahawa beliau kurang yakin dan sebenarnya tidak ambil kisah.

Ini kerana bagi Pak Ngah, mana-mana pemimpin baik dari PAS atau BN di daerah berkenaan telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik tanpa mengambil kira fahaman politik yang berbeza.

“Pak Ngah memang orang PAS… Tapi undi kita tu rahsia, Pak Ngah jadi orang PAS pun bukan makna Pak Ngah tak boleh nak undi BN”, ujarnya berseloroh kepada Terengganu Today.

Adat melawat orang sakit, penulis, jurukamera serta dua rakan wartawan sempat mendoakan bersama-sama untuk kesihatan dan kesejahteraan Pak Ngah semoga beliau pulih dari penyakit angin ahmar yang dihidapinya.

BACA SELANJUTNYA DI Terengganu Today

Saturday 26 October 2013

SAH!!! ISTERI ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN RESTUI CALON BN DI SG LIMAU?




Bila Pas sibuk heboh dengan video kononnya Ayahanda pada Dato Jamil Khir merestui calon Pas. Mereka tak tahu bahawa calon BN yang dibawa oleh Dato Mukhriz telah mendapat restu daripada Isteri Allahyarham Ustaz Azizan pada malam pengumuman calon.

Pendekatan yang dibawa oleh BN ketika membuat kunjungan hormat ke rumah balu bekas menteri besar, Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar pada malam selepas pengumuman calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau amat berbeza dengan Pas..

YAB Menteri Besar dan calon BN PRK Sg Limau, Ahmad Sohaimi serta beberapa orang lain pergi ke rumah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk memperkenalkan calon kita kepada isterinya.

BN lakukan ini sebagai menghormati Allahyarham dan kawasan Sungai Limau yang diwakilinya selama lima penggal. YAB MB, calon dan beberapa orang lain berbual hampir dua jam di rumah Toh Puan Faekah, namun tiada siapa pun yang tahu," katanya.

BN merahsiakan perkara itu kerana ianya adalah urusan peribadi BN dan tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.Tiada siapa pun yang tahu. Hari ini baru saya beritahu anda semua. Tiada gambar atau berita mengenainya di dalam surat khabar atau internet sebelum ini atau hingga hari ini," katanya.

Andaikata kalau Pas la yang dapat buat semua ni, sudah tentu awal-awal lagi satu dunia mereka dah hebohkan. BN tak politikan perkara yang baik walaupun ianya menguntungan. Tetapi bila dah sampai tahap ni, terpaksalah kita dedah demi maruah parti dan calon kita.

baca selanjutnya di sini

Monday 16 September 2013

CHIN PENG (PKM) MENINGGAL DUNIA??



Bekas pemimpin Pari Komunis Malaya, Chin Peng, 90 meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi tadi.

Ia dilaporkan oleh akhbar Bangkok Post - Agendanews..

Berita selanjutanya akan di maklum dari masa ke semasa

Sunday 1 September 2013

SIAPA CALON KEGEMARAN NAIB KETUA PEMUDA MALAYSIA PILIHAN KHAIRY???




Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak mempunyai calon kegemaran untuk menjadi naibnya pada pemilihan parti Oktober ini.

Katanya beliau bagaimanapun tidak mempunyai sekatan terhadap mana-mana calon Pemuda yang berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan itu, bahkan memberi sokongan secara sama rata kepada semua calon.

"Semua calon naib ketua Pemuda mempunyai pengalaman dan kekuatan masing-masing. Keempat-empat calon (yang menawarkan diri) saya anggap sebagai kawan baik saya.

"Sesiapa yang menang pun, saya boleh bekerjasama dengan mereka," katanya kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 'Merdeka Raya' anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC di sini hari ini.

Kenyataan beliau itu sekali gus menepis laporan akhbar sebelum ini yang mengatakan beliau telah memperakui seorang calon untuk memegang jawatan naib ketua Pemuda.

Jawatan naib ketua Pemuda menjadi perhatian apabila penyandang jawatan itu Datuk Razali Ibrahim menyatakan hasrat bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) 19 Okt depan.

Empat calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda setakat ini ialah Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Haron; Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Lenggong Mohd Iruan Zulkefli.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan kononnya merestui Khairul Azwan dipilih untuk bertanding jawatan nombor dua sayap itu bagi membantunya memperkukuhkan pergerakan itu.

Sementara itu, Khairy menetapkan sasaran dua atau tiga calon Pemuda akan bertanding di peringkat MT pada pemilihan kali ini dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Pemuda 4 Sept depan.

Ditanya mengenai kriteria yang ditetapkan oleh Pemuda untuk membolehkan calon bertanding jawatan MT, Khairy berkata calon perlulah mempunyai kematangan, boleh diterima di kalangan anggota dewasa serta boleh membawa imej dan menjadi suara tambahan dalam MT.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata beliau tidak mempunyai calon pilihan sebagai penggantinya dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan peneraju baharu sayap itu pada pemilihan parti Oktober ini.

Katanya kemungkinan terdapat lebih dua calon menawarkan diri merebut jawatan Ketua Puteri memandangkan jawatan itu akan dikosongkan kerana beliau melebihi had umur kepimpinan pergerakan itu.

Rosnah, yang dilaporkan menawarkan diri bertanding Exco Pergerakan Wanita pada pemilihan Umno nanti, berkata sesiapa saja berhak menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu berikutan pindaan perlembagaan parti.

"Perwakilan akar umbi pastinya akan menggunakan kebijaksanaan mereka menilai calon yang benar-benar wibawa dan serius untuk memperjuangkan Puteri Umno," katanya.

Dilaporkan, Ketua Puteri Umno Melaka yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman berminat bertanding jawatan tertinggi pergerakan itu.

Rosnah dalam pada itu menasihati calon Ketua Puteri Umno bertanding secara berhemah dan tidak memburukkan antara satu sama lain pada pemilihan parti demi menjaga nama baik sayap itu.

"Jagalah nama baik Puteri walaupun berdepan pelbagai cabaran. Kepimpinan akan datang juga perlu kuat dan tidak sesekali lari daripada perjuangan untuk terus memberi kekuatan kepada parti," katanya.

-- BERNAMA

INI BUKAN BEDERA MALAYSIA, ITU BENDERA MALAYSIA!!!



Ketika mereka menghina Jalur Gemilang......

Ada yang tabah mempertahankan bendera jalur gemilang...

FAKTA KENAPA DAP TAKUT KEPADA "TANDA PUTERA"...?







Parti rasis Dap terus menperjuangkan politik perkauman pula apabila enggan untuk menayangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang.


Kemelut baru ini adalah tambahan masalah baru yang dibawa kepada agenda nasional perpaduan kaum di negara ini di samping isu penyelewengan pemilihan Jawatankuasa Eksukutif Pusat parti itu.

Setiausaha Agung Dap merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi alasan filem mengandungi fakta-fakta yang tidak tepat mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Yang peliknya jika Dap yang suka menyaman mana-mana pihak yang cuba memcemarkan imej ‘suci’nya akan diambil tindakan undang-undang melalui saman.

Ini telah dilakukan terhadap media arus perdana terutamanya akhbar Utusan Malaysia dan saluran televisyen TV3.

Dap mempertikai adegan kencing di tiang bendera oleh watak yang kononnya di katakan Lim Kit Siang yang masih muda ketika itu.

Kit Siang pula bermati-matian mengatakan beliau tidak terlibat langsung secara langsung dengan tragedi 13 Mei dengan memberi alasan berada di Sabah ketika Kuala Lumpur terbakar dengan rusuhan kaum.
Nah, jika benar seperti yang didakwa beliau, apa lagi silakanlah menyaman penerbit filem tersebut, Shuhaimi Baba!

Rakyat mahu tengok kejantanan Dap yang selama ini berselindung di sebalik undang-undang untuk menutup segala kepincangannya.

Hakikatnya, Dap tidak akan menyaman mana-mana pihak yang berkait dengan produksi Tanda Putera kerana apa yang dipaparkan adalah benar belaka.

Penerbit mahu mendedahkan sebenar mungkin fakta-fakta kejadian 13 Mei yang selama tersembunyi daripada pengetahuan rakyat.

Sebab itulah berusaha keras menentang penayangan filem itu supaya peranan sebenarnya sebagai dalang dalam tragedi yang meragut lebih 2,000 nyawa itu tidak diketahui umum.

Fakta yang menunjukkan bahawa Dap terbabit secara langsung untuk mengapi-api sentimen anti-Islam dan anti-Melayu bersama-sama elemen-elemen Parti Buruh dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.

Perarakan besar-besar yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Dap dan parti berhaluan kiri yang lain do kawasan-kawasan penduduk Melayu di Kampung Baru membuktikan mereka mempunyai agenda untuk mencetuskan sengketa kaum untuk mengalih alih pemerintahan negara ini daripada orang Melayu.

Laungan yang mengandungi maki hamun dan cacian terhadap orang Melayu dan anggota polis Melayu sudah cukup menjadi bukti bahawa Dap bukan sahaja mengadakan perarakan politik untuk meraikan kemenangan mereka di Selangor untuk mewujudkan suatu suatu ketegangan yang akhirnya akan menjurus seluruh negara ke dalam kancah peperangan.

Agenda Dap ialah untuk mengembalikan keadaan di mana anasir komunis Bintang Tiga melakukan kezaliman dan kekejaman terhadap orang Melayu setelah pihak tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu setelah kakah dalam Perang Dunia Kedua.

Ini adalah perancangan licik Dap supaya apabila keadaan huru hara berlaku, maka mudahlah anggota komunis mengangkat senjata untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Melayu.
Dap hanya bertindak sebagai ‘political front’ atau wajah politik bagi Parti Komunis Malaya.

Tragedi 13 Mei adalah bukti nyata apakah bentuk perancangan dan tindakan Dap di Malaysia sekiranya mereka berjaya merampas kuasa.

Jika baru berkuasa di Pulau Pinang, Dap sudah menunjukkan taring menjadi hero untuk menekan tayangan filem Tanda Putera, apa agaknya akan dilakukan jika berjaya merampas Putrajaya?

Dap tidak akan berjaya menjayakan agenda mereka tanpa mendapat sokongan dan kerjasama puak Melayu yang rela mengkhianati agama, bangsa dan negara mereka sendiri demi nikmat kuasa.

Pas dan PKR telah merelakan diri mereka di kuasai dan ditunggangi Dap seperti keldai kerana pemimpin-pemimpin mereka yang tamakkan kuasa.

Anwar Ibrahim umpamanya tidak segan silu untuk bersekongkol dengan Dap asalkan dia dapat merasai kerusi empuk perdana menteri.

Itu sajalah matlamatnya selama ia berpolitik iaitu untuk menjadi perdana menteri bukannya untuk membela nasib rakyat.

Kalau Anwar sudah menjadi talibarut Zionis-Yahudi antarabangsa untuk menghancurkan Islam dan Melayu apakah sangat menjadi talibarut Dap pula?

Filem Tanda Putera akan membuka mata rakyat khususnya orang Melayu tentang bahawa yang bakal mereka hadapi jika terus mempercayai Dap dan PKR manakala Pas hanya digunakan sebagai budak suruhan yang tidak berani menentang tuannya.

Dap perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana agenda parti itu tidak secocok dengan fahaman komunisme yang cuba diterapkan secara halus di dalam masyarakat negara ini.

2 ATLET TERENGGANU KANTOI DALAM PESTA ARAK???




Dua atlet Terengganu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam operasi cegah maksiat di ibu kota awal pagi semalam.

Pemain bola tampar lelaki berusia 20 tahun ditahan bersama pasangannya, pemain hoki wanita dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Penguat Kuasa JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad, berkata atlet lelaki terbabit memberi alasan mereka menginap sebilik kerana bimbang kekasihnya dirampas lelaki lain.

“Pasangan ini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Jenayah Syariah 1997,” katanya kepada pemberita selepas operasi di Cheras, awal pagi semalam.

Dalam operasi sehingga jam 4 pagi itu, JAWI menahan 30 individu Islam termasuk 12 wanita dipercayai minum arak sambil berhibur di kelab dangdut.

Operasi berkenaan menjadi kecoh seketika berikutan tindakan pengawal kelab yang bertindak kasar merampas perakam video kumpulan media dan memadam aksi dalam operasi berkenaan. Bagaimanapun, situasi berjaya dikawal dengan bantuan polis dan pihak pengurusan kelab terbabit.

Dalam serbuan terbabit, sebahagian wanita yang ditahan dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) berbaju kebaya dan kurung sambil minum arak.

Wan Jaafar berkata, pihaknya percaya kelab berkenaan diuruskan oleh individu Islam namun pihaknya tidak dapat mengesahkan lesen perniagaan berikutan ketiadaan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi berkenaan.

“Pihak JAWI sudah memantau kelab berkenaan sejak beberapa bulan lalu dan mendapati ia menjadi tumpuan Melayu Islam untuk berhibur dan minum arak,” katanya.-bh

Terengganu Today

Thursday 29 August 2013

PENGHARAMAN TANDA PUTERA BUKTI DAP TAKUT BAYANG MEREKA SENDIRI????



Filem patriotik perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dijadual memasuki pawagam di seluruh negara esok selepas beberapa kali tertangguh, diharamkan penayangannya di negeri ini atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. 
 
Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung di negeri ini tentang perkara berkenaan.

"Kita kesal kerana filem tersebut dibenarkan tayangannya oleh kerajaan tanpa mengeluarkan babak fitnah yang dipaparkan iaitu adegan pemuda Cina kencing dalam kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

"Kenapa (adegan) dibiarkan kerana pengarah filem tersebut mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku, namun beliau memasukkan adegan berkenaan dalam filemnya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, pihaknya berharap permintaan mereka akan mendapat kerjasama daripada pemilik panggung di negeri ini.

"Kerajaan negeri berharap mereka tidak menayangkan kerana tidak boleh diterima dan mengandungi perkara sensitif dan amat berbahaya.

"Mereka harus mempertimbangkannya kerana pemberian lesen perniagaan untuk pawagam di negeri ini tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," ujarnya.

Menurut Guan Eng, surat berkenaan akan dihantar pada hari ini juga kerana filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu dijangka mula ditayangkan serentak di seluruh negara esok.

Filem patriotik berkenaan antara lain mengisahkan tentang perjuangan Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mentadbir negara serta cabaran yang dihadapi mereka selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Sebelum ini, tayangan filem lakonan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta itu ditangguhkan beberapa kali ekoran bantahan pembangkang.

PANAS !!!! PELUKIS INDIA PULA MENGHINA ISLAM

1014212_711029938913843_39930309_n 
Sebuah lukisan menghina agama Islam dikesan di pameran seni M50-Selamat Hari Malaysia anjuranArtemis Art KL di Tingkat G2, Publika-Solaris Sri Hartamas.

Lukisan bertajuk “ABC For The Middle-Age Middle Classes’ itu dipercayai dilukis oleh seorang pelukis berbangsa India bernama Anurenda Jegadeva. Pada lukisan tersebut dipaparkan tulisan ‘I Is For Idiot’ yang sepatutnya ditulis ‘I Is For Islam’.

1186827_711029935580510_888038270_n

Di bawah lukisan yang berlatarbelakangkan seekor chimpanzee sedang mengayuh basikal itu terdapat perkataan ‘Bismillah’ yang ditulis secara terbalik.

Manakala huruf J pula ditulis ‘J Is For Jesus’ tanpa sebarang unsur penghinaan. Lukisan tersebut jelas mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam kerana tulisan Bismillah tidak sepatutnya ditulis secara songsang.

Laporan polis telah dibuat oleh seorang pengurus yang melawat pameran tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina dan melukakan perasaan agama orang lain.


#KONGSI GELAP : NAMA 49 KUMPULAN KONGSI GELAP DIDEDAH

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:

- Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

- Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

- Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

- Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.

- Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

- Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.

- Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor)

- Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)

- Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)

- Gee Ah Eng

- Loh Kuan

- Tiang Yee Tong

- Geng 21

- Ang Soon Thong

- Wah Kee

- Sio Sam Ong

- PNEH

- Hong Hong San

- Hai San

- Sin Ang Bin

- New Cell 20

- Jit It Hai

- Sio Koon Tong

- Gee Lam Kor

- Geng Leng Hor

- Geng 35

- Geng 303

- Geng Satu Hati

SABAH:

- Sabah ATAP

- Hung Ann

- Sui Yuk

- Otai

- Borneo Red EMP

DI SARAWAK:

- Sarawak Ah Ngau

- Batu Tiga

- Ah Feng

- Batu 10

- Sibu T

- Ah Seng

- Ah Chin

- Lee Lung

- Lo Han

- Sg Merah

- Sg Badut

- Ting Ching Lee

- Tua Cak Lee

- Teksi Station

- Pintu Merah

- Krokop

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.

Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.

Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335.

BERNAMA

MAHKAMAH BATALKAN PETISYEN CALON DAP - BN KEKAL DI CAMERON HIGHLANDS




Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen yang difail calon DAP bagi membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 kawasan berkenaan.

Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid memutuskan petisyen M. Manogaran adalah cacat kerana gagal mematuhi Perintah 4(1)(b) dan 4(4) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata pempetisyen juga gagal mengemukakan fakta yang mencukupi bagi mendedahkan kuasa tindakan.

Hakim itu berkata Manogaran tidak menunjukkan bagaimana rasuah dikatakan begitu menjejaskan keputusan pilihan raya.

Umi Kalthum memerintahkan Manogaran membayar RM40,000 sebagai kos kepada anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel, yang dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu.

Palanivel menang dengan majoriti 462 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Calon lain ialah Mohd Shokri Mahmood (Berjasa), Kisho Kumar Kathirveloo (BEBAS) dan Alagu Thangarajoo (BEBAS).

-- BERNAMA

TEMBAK MENEMBAK BERHAMPIRAN KEDUTAAN MALAYSIA DI MESIR




Bunyi tembakan kedengaran di Gamaat El Dawal pada Rabu, kawasan terletaknya bangunan Kedutaan Malaysia di Mesir.
Tembakan dikatakan mula didengar kira-kira 4.15 petang (waktu tempatan) dan sehingga 6 petang ia masih dilaporkan berlaku.

Pegawai Education Malaysian Egypt, Zaliha Zulkifli berkata insiden dipercayai bermula daripada tembakan rambang dari sebuah bangunan tinggi di kawasan berkenaan ke arah kem kawalan tentera sebelum kedua-dua pihak berbalas tembak.

"Anak saya menghubungi mengatakan rumah tak ada elektrik dan selepas beberapa minit ada bunyi tembakan bertalu-bertalu berhampiran kedutaan.

"Ada juga bunyi bom kedengaran begitu dekat dengan rumah saya yang hanya 50 meter dari kedutaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kali terakhir kejadian sedemikian berlaku ialah pada 14 Ogos lepas.

Kejadian itu turut disahkan Pengarah Education Malaysia Egypt Datuk Dr Su'adi Safei.

"Ketika melintasi dari lebuhr raya, saya nampak kenderaan cuba lari daripada tempat berkenaan.

"Isteri saya turut menghubungi (saya) mendengar bunyi tembakan bertalu-talu dari (kawasan) rumah saya yang 300 meter dari tempat berkenaan," katanya.

Ini menurutnya, mungkin episod permulaan kepada 'Jumaat kemarahan' pada Jumaat ini.

Dr Su'adi dan Zaliha mengikuti delegasi Kementerian Pendidikan yang ke negara bergolak itu sejak Isnin lepas untuk membincangkan isu penuntut Malaysia di sini bersama pihak-pihak universiti di negara ini.

-- BERNAMA

Wednesday 28 August 2013

DIA DI ANGGAP GILA KERANA MEMASANG BENDERA MALAYSIA



TIKAM BATU – “Acik dah tegar dicaci, dimaki dan dianggap gila hanya kerana mahu ceriakan persekitaran rumah dan restoran mi udang dengan ratusan bendera Jalur Gemilang sepanjang bulan Kemerdekaan.

Demikian luahan Abdullah Ahmad, 65, atau lebih mesra disapa Acik, seorang pengusaha mi udang di Batu Lintang, Tikam Batu yang sanggup berhabis ribuan ringgit demi meluahkan kecintaannya kepada negara.

“Bukan sahaja kanak-kanak yang gelarkan Acik gila, malah ada antara orang tua turut bersikap begitu.

“Acik tidak faham dengan semangat orang sekarang menyambut merdeka, adakah sekadar melaungkan perkataan itu semata- mata tanpa terdetik di hati dan meresap ke dalam jiwa mereka,” katanya.

Menurutnya, ada juga masyarakat yang menghargai usahanya apabila mereka memuji apa yang telah dilakukan selain memberi sokongan serta dorongan untuk terus beri kesedaran kepada orang ramai tentang erti kemerdekaan.

“Pengalaman paling pahit apabila kereta yang dihias dengan Jalur Gemilang serta gambar potret tertentu yang mencerminkan patriotik dicemuh dan diludah apabila melalui laluan yang dipenuhi orang ramai dalam satu majlis.

“Mereka menunjukkan tanda protes apabila saya melalui laluan tersebut dengan sikap yang tidak bertamadun,” katanya.

Menceritakan rutinnya menyambut bulan kemerdekaan dengan menghias rumah serta persekitaran, Abdullah menjelaskan, ia dilakukan sejak tahun 1999 lagi.

“Acik hias Jalur Gemilang bukan sebab mahu masuk pertandingan semata-mata, tetapi sejak dulu tak masuk pertandingan pun, Acik dah mula menghias,” katanya.

Mengakui rela menghabiskan hampir RM5,000 untuk menceriakan rumah serta restorannya dengan Jalur Gemilang, Abdullah berkata, dia menyediakan Tabung Merdeka bagi mengatur kewangan sepanjang tahun untuk tujuan berkenaan.

“Tabung Merdeka lain, tabung untuk berniaga lain pula, Acik dah asingkan siap-siap supaya nanti mudah untuk menyediakan kelengkapan,” katanya.

Selain menggunakan batang buluh, cat dan bingkai gambar, Abdullah juga menggunakan barangan terpakai seperti botol kaca, botol plastik, gelas polisterin, surat khabar, kulit siput, kulit kerang dan beg plastik ais batu untuk dibuat perhiasan.

“Sebab itu, Acik dianggap gila apabila suatu ketika menghadiri majlis, Acik kutip semua pinggan dan gelas polisterin yang dibuang merata-rata untuk dibawa pulang dijadikan perhiasan,” katanya.

Abdullah berkata, semangat kemerdekaan perlu dipupuk supaya rakyat Malaysia tahu menghargai perjuangan pemimpin terdahulu.

Sekiranya ia tidak diberi perhatian atau sekadar mengibarkan Jalur Gemilang tanpa semangat patriotik, sudah pasti ia memberi impak yang tidak bernilai.

“Saya lahir semasa sebelum merdeka, oleh itu peristiwa Hari Merdeka 31 Ogos 1957 akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.

“Ketika itu, saya masih kecil, tetapi tahu mahu menyambut kemerdekaan apabila semua ahli keluarga tidak kira kecil atau besar sama-sama menuju ke Bandar Hilir, Melaka.

“Kami hanya berjalan kaki dari Sungai Udang, walaupun penat akibat berjalan jauh tetapi selepas itu, perasaan gembira, lega dan bersyukur kami rasai. Apabila saya besar, baru saya sedar tentang kemerdekaan yang perlu dipertahankan kerana penat jerih pemimpin kemerdekaan berjuang untuk mendapat kejayaan ini,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar lebih banyak pihak menyokong usaha tersebut secara berterusan.

“Alangkah baiknya sekiranya Jalur Gemilang dipasang sentiasa seperti mana perang bendera semasa pilihan raya, kerana saya lihat lebih ramai yang gemar pasang bendera politik menjelang hari mengundi.

“Sekiranya semua orang mempraktikkan benda yang sama, sudah pasti ia menjadi satu kekurangan sekiranya ada antara individu atau mana-mana pihak yang mengabaikan pemasangan Jalur Gemilang menjelang Hari Merdeka,” katanya.

Baca seterusnya di Terengganu

SAMY VELLU DIMINTA BERHENTI CAMPURI URUSAN PARTI MIC




Datuk Seri S. Samy Vellu diminta supaya berhenti mencampuri urusan parti kerana era pemerintahan bekas Presiden MIC itu telah lama berakhir.
Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, tindakan Samy yang sering mengkritik secara terbuka kepimpinan Datuk Seri G. Palanivel sejak akhir-akhir ini mencetuskan keadaan 'huru-hara' dalam parti.
Menurutnya, campur tangan Samy Vellu dalam hal parti juga menimbulkan tanda tanya sekiranya bermotifkan agenda tersendiri memandangkan pemilihan parti bermula bulan hadapan.
"Saya mohon supaya Samy hentikan perbuatan sia-sianya dengan mengkritik kepimpinan Palanivel. Beliau telah lama mengundur diri daripada jawatan Presiden namun kadang-kadang tindak tanduknya seperti masih menguasai parti.
"Palanivel baru sahaja mula menerajui parti tiga tahun ini manakala Samy sudah menjadi Presiden parti lebih 33 tahun. Sudah tentu Samy boleh bercakap seolah-olah beliau adalah pejuang sebenar," katanya di sini hari ini.
Ramanan mengulas kenyataan Samy Vellu dalam temu bual khas dengan sebuah portal berbahasa Inggeris Ahad lepas yang menyifatkan Palanivel sebagai seorang pemimpin lemah dan tidak banyak berjuang untuk rakyat.
Samy Vellu turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap berpeluk tubuh penggantinya itu dalam isu-isu membabitkan kaum India malah menuduh Palanivel seperti lupa diri.
Ramanan turut mempersoalkan sikap Samy Vellu yang sengaja cuba memburukkan Palanivel pada saat-saat akhir pemilihan parti berikutan kekecewaan beliau ekoran pemecatan anak sulungnya, Vel Paari daripada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bulan lepas.
"Sebenarnya, Samy bercakap seperti tidak waras, adakah kerana selama ini beliau sibuk berkempen untuk Datuk Seri S. Subramaniam untuk menggantikan Palanivel tidak kesampaian? Adakah juga kerana anaknya telah dipecat dari CWC?
"Walau apapun alasan Samy, kami lebih memerlukan Palanivel daripada beliau. Samy harus sedar perkara ini sebelum terlambat. Janganlah merosakkan keharmonian yang telah terbina ketika ini dalam parti," tegasnya.
Samy Vellu yang menjadi Menteri Kabinet sejak 1974, tewas dalam Pilihan Raya Umum 2008 apabila sokongan kaum India terhadap parti itu merosot di sebalik pelbagai tuduhan-tuduhan terhadap parti itu di bawah teraju beliau.
Sungguhpun kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Samy Vellu masih dilihat mempunyai pengaruh kuat di dalam parti itu khususnya dalam kalangan 4,000 pengerusi cawangan MIC yang akan mengundi dalam pemilihan parti berkenaan.

sumber : Utusan

BEKAS AHLI PUTERI SANGKAL DAKWAAN BEKAS KETUA MEREKA AZALINA OTHMAN



Beberapa bekas anggota Puteri Umno hari ini menafikan kenyataan anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendakwa Pergerakan Wanita Umno gagal mengoptimum peranan bekas anggota sayap paling muda itu apabila mereka menyertai sayap wanita.

Penolong Bendahari Wanita Umno Noraslina Zainal Abidin berkata kenyataan itu tidak berasas kerana realitinya kebanyakan mereka diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan dalam sayap Wanita.

"Tidak timbul langsung isu bahawa bekas anggota Puteri Umno tidak diberi tempat dalam arus politik negara. Bukan hanya saya, beberapa rakan bekas anggota Puteri Umno juga sekarang ini memegang tampuk kepimpinan di peringkat Wanita Umno cawangan dan bahagian malah ada juga dipilih oleh perwakilan sebagai Exco Wanita Umno Malaysia," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Bekas anggota Puteri dan Ketua Puteri Umno Negeri Johor itu berkata beliau sendiri telah dipilih di peringkat bahagian selaku Ketua Wanita Umno Bahagian dan kini menyandang jawatan Penolong Bendahari Pergerakan Wanita.

Pelantikan oleh Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu menggambarkan beliau bergerak seiring presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melakar transformasi politik di negara ini, katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Azalina, bekas ketua Puteri Umno, sebagai berkata bahawa peranan lebih 200,000 bekas Puteri Umno seolah-olah dipinggirkan setelah secara automatik menyertai Pergerakan Wanita sebaik mencapai umur 35 tahun.
Azalina berkata keupayaan mereka yang telah dilatih seharusnya terus dipupuk bagi mengelak mereka berpaling kepada parti lain.

Beliau turut mengakui dorongan untuk memastikan kumpulan itu tidak terus disisih daripada arus politik perdana negara menjadi penggerak utama langkah beliau menawarkan diri bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Umno dengan mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan Umno Oktober depan.
Senada dengan Noraslina, Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang Datuk Habibah Mohd Yusof turut tidak bersetuju bahawa tidak wujud kesinambungan apabila bekas anggota Puteri menganggotai sayap Wanita.

"Bagi saya yang penting ialah bagaimana kita bekas-bekas Puteri boleh membawa diri, kerana dari situ kita akan diterima oleh Wanita, malah mereka sendiri yang akan mengajak dan melantik kita sebagai ketua mereka kerana percaya dengan kemampuan dan bakat kita," katanya.
 
Habibah yang merupakan bekas Exco Puteri ketika di bawah pimpinan Azalina, dan bekas Ketua Puteri Datuk Noraini Ahmad, dilantik mengetuai Wanita bahagian Tanjung Karang sebaik sahaja beliau menyertai pergerakan Wanita lima tahun lepas.
"Soal perjuangan dan sumbangan kepada parti tidak semestinya berdasarkan jawatan, bila saya dalam Wanita sejak 2008, saya lihat Wanita sangat terbuka, mereka sendiri meminta saya bertanding jawatan Exco untuk mewakili Wanita (Umno) Selangor," katanya.

Habibah yang juga Bendahari Wanita Umno Selangor berkata beliau sangat berpuas hati dengan kepimpinan Shahrizat yang tidak meminggirkan dan mengenepikan setiap anggotanya selain sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada anggota baharu.

Penolong Bendahari Wanita Kelantan Zarina Md Eusope pula berkata isu dipinggirkan tidak timbul kerana kedua-dua sayap berjuang di bawah lambang yang sama iaitu Umno.

Bekas Exco Puteri Kelantan yang kini diberi kepercayaan untuk menerajui Pergerakan Wanita Pengkalan Chepa, Kota Baharu dan biro politik Wanita negeri itu turut menegaskan Shahrizat sebagai tonggak Pergerakan Wanita sentiasa mengalu-alukan kemasukan bekas anggota Puteri dalam sayap pergerakan itu.

Sementara itu di PAPAR, Sabah, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyatakan keyakinannnya Shahrizat mampu mempertahankan jawatan yang disandangnya meskipun berdepan dengan Azalina pada pemilihan parti kelak.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata situasi semasa menunjukkan sokongan padu semua kepimpinan dan akar umbi Wanita Umno terhadap Shahrizat.

"Beliau (Shahrizat) dilihat mampu mendapat sokongan padu daripada kepimpinan Wanita UMNO sama ada di peringkat negeri atau bahagian kerana sepanjang menerajui sayap pergerakan itu, kredibilitinya sebagai pemimpin berjaya mengangkat imej wanita di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS hari ini.

Di MELAKA, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Idris Haron berkata pergerakan Wanita Umno di bawah Shahrizat telah mempamerkan prestasi yang membawa kejayaan kepada Umno pada pilihan raya umum ke-13 lepas.

Ketua Menteri Melaka itu berkata walaupun Shahrizat mengalami pelbagai ujian yang hebat, namun Ketua Wanita itu masih kekal bersama pergerakan itu dan membantu parti dalam PRU13.

Anggota pergerakan itu perlu membuat pilihan yang tepat pada pemilihan parti Oktober depan bagi memastikan Wanita Umno terus membantu parti, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Pergerakan Wanita Umno Melaka yang turut dihadiri Shahrizat.

Pada majlis itu, kira-kira 100 anggota Wanita Umno Melaka melafazkan ikrar diketuai Idris untuk menyokong Shahrizat kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Sementara itu, Shahrizat menafikan pergerakan itu menyisihkan bekas anggota Puteri Umno daripada arus politik perdana negara sebaliknya menerima kehadiran mereka dengan baik dan berhemah.

Malah, katanya, anggota Puteri Umno yang layak turut diberikan jawatan tertinggi dalam pergerakan itu.

"Semasa saya ambil alih kepimpinan Wanita, saya membuat keputusan kita mesti rapatkan perhubungan Ketua Wanita dengan Ketua Puteri di semua bahagian. Saya nak tentukan ada kesinambungan yang cantik, sebab itu saya lantik Noraslina Zainal Abidin, (bekas) Ketua Puteri Johor selaku bendahari Wanita Umno, iaitu jawatan tinggi dalam Wanita," katanya.

-- BERNAMA

400 ANGGOTA KESELAMATAN TERBABIT DI LAHAD DATU AKAN DI BERI PENGHORMATAN




Seramai 400 anggota keselamatan yang terbabit dengan Operasi Daulat akan diberi penghormatan pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-56, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata mereka terdiri daripada 100 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 250 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 50 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Kita juga akan beri penghormatan kepada keluarga mereka yang terkorban dalam insiden Lahad Datu dengan menempatkan mereka bersama-sama tetamu kenamaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di sini Selasa.

Ahmad Shabery berkata acara itu sebagai simbolik kepada penghormatan terhadap mereka yang terkorban demi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara tercinta.

"Ia juga selaras dengan pemilihan tema sambutan kali ini iaitu 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'," katanya.

Beliau berkata langkah itu juga bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama memberi penghormatan kepada anggota keselamatan yang terlibat dengan Operasi Daulat.

"Jadi rakyat dijemput untuk hadir beramai-ramai, jika ketika pasukan bola sepak negeri masing-masing menang Piala Malaysia mereka boleh keluar beramai-ramai tanda sokongan, kenapa untuk beri penghormatan kepada pasukan keselamatan tidak boleh," katanya.

Selain itu, katanya, sambutan kali ini juga akan mempamerkan 300 aset pasukan keselamatan darat dan 30 aset pasukan keselamatan udara.

"Pameran itu termasuk aset-aset terbaharu milik pasukan keselamatan darat dan udara seperti kenderaan pengangkut 8x8 yang baru sampai dan helikopter pengangkut baharu iaitu EC 75," katanya.

KHAIRY JAMALUDDIN DIGESA TARIK BALIK KENYATAAN



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin digesa menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memperakui laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu’.

Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah berkata, kenyataan Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu seolah-olah menunjukkan UMNO parti yang lemah.
“Beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO seharusnya memahami dan menyokong kuat kenyataan yang ditegaskan Najib sebelum ini.

“Apa yang Khairy nafikan ini mungkin hanya untuk mengambil hati orang Cina, sedangkan apa yang beliau katakan itu tidak betul sama sekali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Khairy dalam laporan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam yang mendakwa Najib tidak memperakui laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu’ selepas pilihan raya umum lalu.

Azwandin berkata, kenyataan Khairy berhubung isu itu seharusnya dibuat dari sudut menyeluruh, bukannya dilihat seperti berat sebelah.

“Jika Khairy berniat untuk menegur, beliau sepatutnya melakukan perkara sama terhadap akhbar Cina, bukannya Utusan Malaysia sahaja," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, Khairy tidak seharusnya membuat kenyataan sedemikian apatah lagi memperlihat seolah-olah beliau mewakili Najib.

Beliau menegaskan, laporan yang ditulis Utusan Malaysia itu langsung tidak bercanggah memandangkan sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 amat mengecewakan.

PEMBUNUHAN TAOKEY NASI KUKUS BUKAN KERANA DENDAM

image

Kematian pemilik restoran nasi kukus akibat ditembak di Paka, di sini baru-baru ini bukan berunsur dendam sebaliknya bermotifkan samun, kata Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd. Jamil.

Beliau berkata polis kini menunggu bukti kukuh untuk memberkas suspek yang telah dikenal pasti melakukan pembunuhan itu.

“Kami minta orang ramai yang tahu dan mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil untuk memberikan maklumat bagi mengukuhkan bukti pendakwaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga telah menemui beberapa petujuk positif berhubung kejadian itu.

Pada 13 Ogos lepas, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui mati dengan beberapa das tembakan di tempat letak kereta di hadapan kedai miliknya selepas pemilik restoran nasi kukus itu dikatakan keluar rumah untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di sebuah bank di bandar Dungun.

Hamzah berkata, setakat ini seramai 15 saksi termasuk anggota keluarga mangsa telah dipanggil untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Monday 26 August 2013

DIRA ABU ZAHAR - SERAH BORANG PUTERI UMNO




Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, menyerahkan borang keahlian Puteri UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Idris Haron semalam.

Bekas pengacara Melodi itu menyerahkan borang tersebut pada majlis Rumah Terbuka Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu di Sungai Udang.

Menurut Dira, dia telah lama berhasrat untuk menjadi ahli Puteri UMNO, namun terpaksa menunggu masa sesuai untuk menyertainya.

“Saya hendak buat banyak perkara untuk parti sebab saya melihat bagaimana perjuangan mak dan ayah dalam parti dan atas semangat mereka saya berasa terpanggil menyertai Puteri,” katanya.

Yang turut hadir sama Ketua Puteri UMNO Melaka merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri UMNO Tangga Batu, Azlieza Azizan.

Dira ialah anak kepada Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Dalam pada itu, Idris yang juga Ketua Menteri Melaka percaya selebriti tersebut mampu memainkan peranannya sebagai ahli dengan baik selain menarik lebih ramai pengikut.

“Saya juga percaya Dira tahu peranannya dan dia akan berjuang dengan kehendak diri sendiri bukan kerana paksaan,” katanya.

PHOTO :PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI D SYRIA...BILA AKAN BERAKHIR PENDERITAAN





RABU lalu tentera rejim Presiden Bashar al-Assad membunuh lebih 1,300 orang awam termasuk kanak-kanak menggunakan gas saraf, sejenis senjata kimia yang boleh membunuh dalam masa sepuluh minit. Difahamkan serangan dengan menggunakan roket yang mengandungi gas saraf itu dilakukan ketika mangsa nyenyak tidur di kawasan pinggir bandar seperti Ain Tarma, Zamalka dan Jobar di Ghouta.

Ini memang perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Tetapi mempersoalkan kemanusiaan sahaja tidak memberikan penyelesaian kecuali melihat tragedi ini dari pangkalnya. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila dilakukan oleh pemimpin Islam terhadap rakyatnya yang juga orang Islam.

Ini adalah pembunuhan beramai-ramai kedua dalam masa terdekat selepas tentera Mesir menembak mati lebih 3,000 orang dua minggu lalu. Kedua-dua pembunuhan beramai-ramai ini dilakukan oleh tentera kerajaan terhadap orang awam.

Sebenarnya penggunaan gas beracun untuk membunuh mangsa dalam kuantiti yang banyak dan masa yang singkat bukan perkara baharu bagi kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS). Dalam Perang Dunia Kedua, Hitler menggunakan gas beracun untuk membunuh berjuta-juta orang Yahudi di Jerman. Dalam Perang Vietnam tahun 1975, tentera AS menggunakan senjata kimia Orange Agent dan kesan biologi terhadap mangsa dan keturunannya kekal hingga kini.

Begitu juga dengan pembunuhan beramai-ramai seperti di kem pelarian Sabra dan Satila oleh tentera Zionis Israel terhadap kanak-kanak Palestin, My Lai di Vietnam tahun 1968 oleh tentera AS dan di Nanking (Nanjing), China oleh tentera Jepun.

Persoalannya kenapa pembunuhan beramai-ramai kini berlaku di negara Islam seperti Syria? Kenapa pula diktator “peminum darah” seperti Bashar masih terus hidup dan mengganas? Siapakah sebenarnya yang memainkan peranan dalam memberikan gambaran bahawa kini pemimpin Islam sudah setaraf jahatnya dengan Hitler di Jerman atau Pol Pot di Kemboja?

Syria sama seperti Mesir yang kini menjadi papan catur kuasa besar untuk AS dan Rusia. Penglibatan secara terancang AS dan Rusia di Syria menjadikan negara Islam ini medan menguji dan memasarkan senjata pembunuh. Bashar mendapat sokongan kuat daripada Rusia, Iran dan China, sementara tentera pejuang mendapat sokongan AS.

Dalam perkembangan terbaru, AS kini menunggu arahan Presiden Barack Obama untuk menyerang Syria. Ini tidak memeranjatkan kerana Bashar disokong oleh Rusia dan China. AS pula menyokong pejuang rakyat. Kuasa besar ini berperang di Syria menggunakan rakyat dengan memanipulasikan sentimen perbezaan fahaman antara Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

Setiausaha Negara AS, John Kerry mengakui Iraq yang kini dikuasai oleh Syiah membantu rejim Bashar dengan persetujuan Iran. Iraq yang dulunya dikuasai oleh Sunnah Wal Jamaah semasa era Saddam Hussein kini beralih kepada Syiah. Lihatlah permainan catur kuasa besar. Di Iraq, AS menyokong Syiah untuk memerangi Sunnah Wal Jamaah pimpinan Saddam. Tetapi di Syria AS menyokong pejuang yang terdiri daripada Sunnah Wal Jamaah memerangi rejim Bashar yang menganut fahaman Syiah. Ini membuktikan permainan kuasa besar berubah mengikut di mana ‘papan catur’ itu berada dan apa kepentingannya kepada AS.

Sentimen fahaman agama di Syria membuka laluan kepada kuasa asing memainkan peranan untuk meraih kuasa. Seperti yang semua orang tahu bahawa fahaman Syiah mewajarkan pembunuhan terhadap ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini digunakan oleh kuasa besar untuk menyalakan sentimen perbezaan fahaman agama. Itulah sebabnya berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pemimpin penyokong Syiah.

Syria atau Mesir tidak akan terperangkap dalam momokan ‘Musim Bunga Arab’ dan seterusnya perang saudara tanpa penglibatan kuasa asing. Perang saudara di Syria sejak 2011 telah mengorbankan lebih 100,000 nyawa sebahagian besarnya orang awam dan sekurang-kurangnya 1.7 juta rakyat menjadi pelarian ke negara jiran. Semua ini mencetuskan krisis kemanusiaan yang sangat buruk.

Rejim Dinasti Bashar yang memerintah Syria sejak tahun 1970 adalah daripada fahaman Syiah yang cuma suku daripada jumlah orang Islam Syria. Selebihnya adalah ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi Syiah lebih kuat kerana menumpang rejim Bashar dengan sokongan kuasa asing. Malah sebelum tragedi gas beracun ini, tentera rejim Bashar juga melancarkan serangan ke atas perkampungan ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Gambar-gambar sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati seperti sedang nyenyak tidur kerana gas beracun disebarkan ke seluruh dunia. Gambar-gambar ini memperihalkan bahawa pembunuhan beramai-ramai dan tindakan di luar perikemanusiaan kini berlaku di negara Islam dan oleh orang Islam.

Tragedi ini dengan sendirinya memadamkan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera zionis Israel yang menjadi proksi AS di kem Sabra dan Satila. Sementara Perang Dingin antara AS dan Kesatuan Soviet tidak berakhir dengan runtuhnya negara-negara blok komunis dua dekad lalu. Kini Rusia yang dulunya sebahagian Kesatuan Soviet terus menjadi sasaran AS. Di papan catur Syria telah terbukti semuanya.

Tindakan Bashar membunuh dengan gas beracun memberi lesen kepada AS untuk menyerang Syria atas alasan memulihkan demokrasi dan hak asasi manusia. AS yang menaja kebangkitan rakyat dalam ‘Musim Bunga Arab’ digambarkan sebagai pejuang keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel mendakwa rejim Bashar menggunakan senjata kimia dalam skala yang kecil tetapi tetap menyalahi mana-mana konvensyen perang antarabangsa. Ini seolah-olah AS tidak pernah membuat perkara yang sama terhadap musuh-musuhnya. Tetapi dari sudut sejarahnya, penggunaan senjata kimia oleh Syria bukan perkara baharu malah pernah digunakan pada kurun ketiga semasa memerangi Rom.

Sebenarnya dakwaan Chuck Hagel boleh dilihat sebagai perang psikologi terhadap musuh AS itu. Tetapi yang pasti pembunuhan beramai-ramai memang benar berlaku di negara yang menjulang tamadun Islam.

Badan dunia seperti Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Liga Arab tidak memperlihatkan kesungguhan dalam isu pembunuhan beramai-ramai ini. Tidak ada tindakan proaktif kecuali mengeluarkan kenyataan retorik yang tidak memberi apa-apa kesan terhadap konflik ini. Hebat sangatkah Bashar hingga Majlis Keselamatan PBB tidak boleh melakukan pemeriksaan senjata kimia selepas tragedi ini? Atau adakah ini disebabkan oleh Majlis Keselamatan yang turut dianggotai oleh Rusia dan China yang sememangnya melindungi Syria?

Di negara kita, puak perusuh yang hanya disembur oleh meriam air mendapat perhatian badan hak asasi dunia seperti Amnesty International serta banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang menganggap itu suatu pencabulan terhadap hak asasi manusia. Tetapi di mana suara Amnesty International terhadap pembunuhan beramai-ramai di Syria? Kenapa mereka hanya heboh apabila perusuh disembur air tetapi diam apabila rejim peminum darah membunuh orang awam?

Ada sesetengah puak mahu menjadikan negara ini sebagai papan catur kuasa asing. Tetapi pihak yang waras ambillah iktibar dari tragedi di dunia Arab termasuk di Syria dan jangan sama sekali membiarkan negara menjadi papan catur kuasa asing, walau dalam apa bentuk sekalipun.