Wednesday 30 January 2013

PAS SURUH RAJA BAHARIN BERBOHONG???

Salam buat semua....


 

Raja Bahrin, satu nama yang tiba-tiba muncul setelah sekian lama menyepi. Muncul dengan menggunakan pentas-pentas ceramah PAS. Ada yang kata beliau menggunakan pentas PAS untuk mencuci "dosa" keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abdin Terengganu. Dikatakan Raja Bahrin adalah arkitek yang merekacipta bumbung bangunan yang runtuh itu. Jika sebelumnya beliau boleh tersenyum sengih dan merasa bangga apabila bumbung stadium yang direkanya tersergam indah, kemudian apabila runtuh pada tahun 2009, beliau cuba untuk cuci tangan dengan menyertai lebai-lebai PAS di Pentas-pentas ceramah.

Untuk cerita lanjut sila baca di SINI.

Sebenarnya bukan bumbung yang Angin ingin ceritakan, tetapi cerita tentang satu isu yang dikeluarkan oleh  Raja Bahrn di Ceramah PAS pada beberapa malam lepas yang diadakan berhampiran PAngsapuri Ladang Gemilang. Biarpun sebenarnya yang hadir tak sampai pun 90 orang tapi ianya dibuat seolah-olah ceramah itu begitu mendapat sambutan. Ala-ala syok sendiri gitu....

Semasa berceramah Raja Bahrin telah menyebut bahawa Monsun Cup telah menelan belanja hampir RM 300 juta setahun. Angin yang berada di situ merasa betapa manusia akan berubah apabila berada di pentas ceramah. Raja Bahrin seorang yang begitu lemah lembut sanggup berbohong untuk mendapat perhatian.

Dalam sidang dun tahun 2008, telah dibentangkan perbelanjaan Monsun Cup tahun 2005-2007.

Tahun
Perbelanjaan Kerajaan Negeri
(RM Juta)
Yuran Penganjuran
(RM Juta)
Dana Khas ke T-Best
(RM Juta)
2005
1.1
4.0
tiada
2006
1.2
4.0
tiada
2007
1.0
4.0
12.0

Kos Pembinaan (Infra) Pulau Duyung (untuk pembinaan resort, marina, restoran dan rumah) - RM 272.4m.

Perangkaan yang sama boleh di dapati daripada Hansard DUN Terengganu dan daripada PMINT ataupun Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Terengganu SEDC) dan ianya telah diaudit sepenuhnya.

Jadi berbohonglah Raja Bahrin  yang mengatakan bahawa kos penganjuran tahunan adalah tinggi sehingga mencecah RM 300 Juta Setahun.

Sebenarnya hanya perbelanjaan untuk pembangunan infra Pulau Duyung yang mencecah RM 272.4 j
  
Kos penganjuran Piala Monsun yang dikeluarkan secara perinciannya adalah:
  • Perbelanjaan oleh kerajaan negeri hanyalah RM 3.3 juta bagi tempoh 3 tahun,
  • manakala selebihnya dibiayai oleh yuran penganjuran berjumlah RM 12 juta bagi tempoh 3 tahun
  • dan wang dana khas ke Terengganu Best hanyalah sebanyak RM 12 juta bagi tempoh 3 tahun tersebut (iaitu sekali di tahun 2007).

Kos keseluruhan untuk 3 tahun adalah RM 27.3 juta (purata perbelanjaan setahun secara keseluruhan adalah hanya RM 9.1 juta setahun) jauh lebih rendah daripada perangkaan kos perbelanjaan Le Tour De Langkawi yang mencecah lebih kurang RM 25 juta setahun.

Boleh terus berfakta di SINI

Jadi benarkah Raja Bahrin cuba mencuci dosa bumbungnya runtuh dengan mengalih perhatian kepada isu monsun cup pula??








Sunday 27 January 2013

HOLY BOOKS READING??? WHAT IS THIS????

Salam buat semua...


Satu kumpulan bebas yangdikhabarkan ada kaitan dengan Suaram & Aliran menganjurkan sessi "HOLY BOOK READING " di dataran pidato. Mereka dari kalangan penganut pelbagai agama seperti Islam,  Kristian, Hindu, Buddhist dijemput dengan membawa kitab suci masing-masing.
 
 

 Tujuan sessi ini kononnya adalah untuk memahami agama diantara satu sama lain.

 Angin nak minta orang PAS bagi pendapat tentang program ini. Apakah program sebegini wajar dibuat??

Angin bimbang ada agenda tersembunyi disebalik program ini. Bimbang kalau-kalau  ini agenda yahudi untuk menyamakan ISLAM dengan agama lain. Akhirnya mereka akan menghina dan merosakkan agama ISLAM yang suci...

Satu lagi... Pejabat Agama buat apa yerk?? KDN plak...nak tengok saje ker???

Thursday 24 January 2013

BN TIRU PAS JANJI 7 PROJEK DI KELANTAN???

Salam buat semua..



 Naib Presiden PAS merangkap Exco kanan Kerajaan PAS kelantan, Husam Musa
nampaknya seperti tidak dapat menahan diri untuk turut sama tampil mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung 7 projek pembangunan di Kelantan sekiranya negeri itu kembali diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Menurut Husam, pengumuman tersebut dilihat sengaja meniru projek pembangunan yang pernah dijanjikan oleh Kerajaan PAS Kelantan terutama melibatkan pembinaan lebuhraya dan stadium baru.

"Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto," katanya sebagaimana dipetik oleh Sinar Harian.

Rupanya Husam agak tersinggung dan tentunya resah bila mana janji manisnya yang ditaburi kepada rakyat Kelantan untuk membina Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kuala krai dan Kota Bharu serta sebuah stadium baru telah 'diciplak' oleh BN.

Tapi bagi majoriti rakyat negeri ini rata-ratanya tidak pernah ambil serius pun dengan janji pembangunan yang ditaburi Husam dan parti PAS yang didukungnya itu, apatah lagi selama ini khalayak sudah semakin sedar antara janji dicapati oleh PAS bila dibandingkan dengan janji oleh BN, banyak jurang bezanya.

BN yang sudah sekian lama terkenal dengan reputasi menepati janji tentunya lebih diyakini kredibilitinya di mata rakyat.




Lebih-lebih lagi selama ini pun sudah terlalu banyak banyak yang mengarut ditabur oleh PAS dari hal lebuhraya, stadium, keretapi laju, kompleks petrokimia, jambatan palekbang, Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra dan bermacam lagi janji politik lain yang kesemuanya hanya gah semasa perlancaran namun sampai sekarang tiada satu pun yang menjadi realiti.

Sebaliknya dalam isu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra, Kerajaan Pusat pimpinan BN pula yang terpaksa mengambil alih pembinaannya disebabkan ketidakmampuan Kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkannya.

Itulah hakikatnya bila Kerajaan PAS Kelantan hanya sekadar bijak berkata-kata dan menabur janji sahaja, namun bila sampai diperingkat untuk perlaksanaannya ada sahaja alasan untuk mengelakkan diri dari menepati janji.

Dalam hal pembinaan stadium baru untuk menyokong perkembangan bolasepak Kelantan begitu juga, Husam dan PAS hanya pandai berjanji sama seperti janjinya untuk membina Lebuhraya Rakyat. Sehingga kini tiada satu yang kelihatan walau sebatang tiang konkrit pun, kalau ada pun cuma batu asas perlancaran yang semakin dimamah usia.

Sewajarnya, sebelum Husam sibuk untuk mempertikaikan pengumuman dan janji pembangunan yang dibuat oleh PM tempohari, eloklah Husam cuba berlapang dada cermin muka sendiri. Dah tahu parti sendiri hanya tahu propagandakan janji sambil mengaut wang derma rakyat jelata tanpa berusaha untuk menepatinya, eloklah duduk diam-diam sahaja.

Rakyat Kelantan sudah cukup muak dengan permainan politik PAS yang asyik berjanji siang dan malam. Berjanji kemudian kerap memungkiri janji tidak pun membantu rakyat ke arah meningkat taraf hidup keluarga dan juga negeri.


Daripada terus ditipu hidup-hidup oleh lamunan janji manis PAS, lebih baik rakyat Kelantan memegang teguh pada janji pembangunan yang diumumkan oleh PM, ada juga kredibiliti dan reputasinya yang terbukti benar menepati janji.

Untuk itu, PRU 13 kelak eloklah sama-sama kita semua rakyat Kelantan melupakan Husam & PAS serta janji politik mereka yang satu sen pun tidak berguna. Lebih baik pakat-pakat semua memilih BN, dengan demikian BN berpeluang membuktikan janji yang mereka kemukakan adalah janji yang ditepati dan memberi manfaat untuk sekalian rakyat jelata.

HAJI HADI KATA ALLAH SURUH MANUSIA BERGADUH??

Salam buat semua....



Rupanya banyak perkara yang dibuat Hadi untuk  meraih undi. Kadang-kadang tak terfikir oleh kita akan apa yang akan dilakukan seterusnya dan seterusnya.

Lihat sahaja Amanat yang keluarkan pada tuhun 1981 di Banggol Peradung, Manir. Akibat dari amanat tersebut perpaduan ummat islam di negara ini berpecah..hancur.. orang PAS dan UMNO bertelagah sesama sendiri. Banyak lagi perkara buruk yang berlaku akibat amanat tersebut.

Kini timbul pula video terbaru yang di muat naik ke youtube. Satu lagi sedutan ceramah Haji Hadi yang mentafsirkan surah Al-Baqarah ayat 251 dengan Maksud 

"Kalau Tuhan tidak menjadikan manusia bergaduh, nescaya muka bumi akan rosak". 
 
Ayat 251 surah al-Baqarah ini diselewengkan maksud dan ayat cerita Nabi Daud a.s. membunuh Jalut menjadi ayat hukum HARUS bergaduh.

Mengikut maksud sebenar ayat tersebut adalah seperti berikut:

 "Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Jalut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintah, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam".




Ayat tersebut sebenarnya menyatakan jika tidak  kerana masih ada sebahagian hamba yang beriman dan setia nescaya telah rosak binasalah bumi ini.

Apakah kerana pentafsiran ini yang menyebabkan penyokong PAS selalu bertindak agresif dan sering menimbulkan kekecohan dalam banyak aktiviti yang mereka lakukan seperti yang berlaku di Jalan Sultan Mahmud???  Dalam bersh 3.0 dan lain-lain lagi. 

Begitulah PAS.... bermacam-macam perkara pelik dilakukan untuk meraih simpati, menaikkan semangat serta meraih undi.... sanggup melaga2kan ummat islam di sini supaya bergaduh???



NIK AZIZ KATA TIRU KRISTIAN :BETAPA PERPADUAN SESAMA ISLAM TERJALIN DENGAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL



Salam buat semua...




Hari ini sempat angin melihat perarakan maulidur Rasul di Kiala Terengganu. Di dahului oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Kemudian disusuli oleh kontigen dari Jabatan Jabatan Kerajaan, Sekolah, IPTA, Ngo dan JKKK serta lain lain. Sangat meriah dengan warna warni sambil berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Terjalin perpaduan, ikatan ukhuwah tersimpul rapi. Terasa kekuatan Ummat Islam di sini.




Yang hadir menonton di tepi jalan juga ramai....dari kanak-kanak sehingga yang tua... mereka turut berselawat kepada junjungan besar Nabi akhir zaman.




Si ayah menjawap soalan anak kecil.. menceritakan kenapa perararakan besar ini diadakan. Si anak pula mengangguk tanda faham... sebagai mengingati Rasulullah S.A.W, agar hati sentiasa berselawat kepadanya. Sentiasa mengikut sunnahnya, budi pekertinya, bicaranya, tutur katanya.... biar menjadi ikutan semua....

Tapi apa pendapat Nik Aziz tentang perarakan sebegini? Katanya perarakan sebegini hanya meniru kristian..seolah-olah langsung tiada kebaikan.. 

Terkadang merasakan betapa ceteknya pemikiran... hanya memandang keburukan, mencari kelemahan tanpa melihat kebaikan menggunung besarnya...




Wednesday 23 January 2013

HAJI HADI HINA MENULIS BUKU KAFIRKAH AKU??

Salam buat semua....



Tontoni video di BAWAH....


Bukankah ini satu penghinaan?? Apa kalau guru tadika pun tak boleh menulis ke?? Kalau ada kebenaran, Angin rasa tak salah....

Tapi Haji Hadi ni memang perangai dia macam ni, kalau dia menggelabah, dia akan jawap soalan wartawan dengan merapu jer... ikut keluar dari mulut dia jer....

Angin pun nak tanya soala jugaklah.... ustazah abby mee segera tu pas darjah berapa? ustaz azehar derus tu pass tingkatan berapa??.. kenapa dia orang semua siap boleh berceramah di pentas pas??


MASIHKAH KAU INGAT?? ZALIMNYA PAS...

Salam buat semua...

Biar gambar berbicara...

Masihkah kalian ingat bagaimana ketika berkausa di Terengganu, konco-konco PAS bukan sahaja mengunci pintu pagar Wisma Darul Iman kerana konon tidak mahu dokumen2 dikeluarkan oleh pegawai  kerajaan sebelumnya iaitu Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi kezalimandan kerakusan  yang mereka lakukan... Marilah kita lihat....

Gambar dibawah menunjukkan konco-konco PAS telah mengunci mesin jahit yang digunakan untuk kelas menjahit di Pulau Duyong Terengganu.


Kemudian ayuh kita lihat pula gambar dibawah...

Apabila manusia tiada rasa bersyukur maka segal perbuatan akan mengikut nafsu. Gambar di bawah menunjukkan anak-anak tadika kemas terpaksa belajar di kedai-kedai atau bangsal selepas dihalau dari balairaya tempat mereka menuntut ilmu. Bawa sebelah kanan pula adalah nasib sebuah tadika yang dikatakan dibakar oleh mereka yang tidak senang dengan kedegilan tenaga pengajar yang diarah supaya keluar dari balairaya ini.

Tuesday 22 January 2013

ALHAMDULILLAH :PM MALAYSIA TELAH SAMPAI DI GAZA

Salam buat semua..



Selama ini ramai yang mempertikaikan kerja-kerja kemanusiaan yang telah dilakukan oleh Pimpinan Tertinggi Negara. Apa tah lagi membantu Palestin...

Hari ini terbukti keikhlasan Malaysia membantu Palestin dimana Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak telah selamat sampai di Gaza.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia).Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Untuk berita lanjut sila klik di SINI

TUAN GURU DATO' DR. HARUN DIN AKAN MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH !!! HAJI HADI AWANG TAK USAH MEROYAN ???



TUAN GURU DATO' DR. HARUN DIN AKAN MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH !!! HAJI HADI AWANG TAK USAH MEROYAN ???





Harun Din Akan Pertahankan Kalimah Allah Sehingga PRU Sahaja???


Apabila PAS buat hal, maka DAP pun akan melepaskan anjingnya yang paling garang untuk menundukkan anjing-anjing kurap yang tak henti-henti menyalak walaupun telah setuju untuk berdiam diri asalkan diberi makan dan dijanjikan rumah yang cantik di Putrajaya. Begitulah pandangan DAP terhadap PAS dan Karpal Singh, yang diarahkan atau dibiarkan untuk bertelagah sesama sendiri dalam isu Kalimah Allah, sementara menunggu pilihanraya.



Kita faham bahawa PAS terpaksa menunjuk tegas bagi memastikan sokongan Melayu terus mantap dan DAP juga perlu menunjuk garang bagi memastikan sokongan Cina kekal. Meletakkan Karpal Singh sebagai ‘anjing-sabung’ merupakan strategi untuk menutup chauvinisme kaum Tokong Lim. Ini samalah dengan meletakkan Zairil, si anak Cina sebagai wakil Melayu.


Maka, salak menyalak sesama sendiri dan lolongan akan berlarutan sehingga pilihanraya walaupun kata putus telah pun dibuat iaitu segala keputusan Majlis Syura PAS hanyalah sampah yang tidak bernilai. Malah, Majlis Syura juga pada hakikatnya, tiada hak untuk bermesyuarat pun mengenai isu ini kerana kepimpinan PAS telah lebih awal memberikan persetujuan membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.


Justeru, mengambilkira etika, professionalisme dan moral, PAS adalah terikat kepada persetujuan asal dan tidak akan terlepas darinya dengan hanya menyatakan perubahan fikiran. Jika PAS ingin melepaskan diri dari ikatan persetujuan ini, maka satu-satunya cara ialah keluar dari Pakatan Rakyat. Jika tidak, segala penafian dan U-turn yang dibuat adalah tidak bermakna sama sekali.



Oleh kerana itu, ketegasan Harun Din, Harun Taib atau Hadi Awang dalam mempertahankan Kalimah Allah tetap diragui, selagi mereka masih berada di dalam PAS. Apatah lagi apabila mereka hanya mengeluarkan kenyataan ‘lembik’ dan berlapik, meminta Karpal Singh jangan mempertikaikan keputusan Dewan Ulama, berbanding kenyataan Karpal yang berbentuk herdikan atau tempelak terhadap PAS.


Lebih-lebih lagi, apabila Hadi Awang belum menyatakan ketegasannya secara langsung. Ini kerana kenyataannya yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia hanyalah pendapat Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, iaitu setiausaha politik Hadi, mengenai pendirian Hadi. Laporan tersebut memetik Dr. Ahmad sebagai ‘yakin’ dan ‘pasti’ bahawa Hadi Awang tidak akan berganjak dari keputusan Majlis Syura, tetapi apakah jaminan yang keyakinan dan kepastian Dr. Ahmad tersebut benar-benar berasas?



Sedangkan, secara dasarnya, hakikat bahawa PAS tidak sanggup keluar atau sekadar mengugut untuk keluar dari PR kerana mempertahankan Kalimah Allah adalah satu kekalahan yang nyata di pihak PAS. Hakikatnya juga bahawa Harun Din, seorang Ulama dan Harun Taib, Ketua Dewan Ulama, telah kalah di tangan Karpal Singh.


Kita menjangkakan pertengkaran PAS-Karpal Singh akan terus berlarutan sehingga isu ini ditenggelami isu lain atau sehingga pilihanraya. Namun, kita tidak menjangkakan apa-apa penyelesaian kerana walaupun apabila ia dianggap selesai, tidak mustahil PAS akan menafikannya pula suatu hari nanti apabila keadaan mendesak mereka berbuat demikian. Umum sedia maklum bahawa PAS telah pun mengambil sikap yang sama dalam isu hudud dan Negara Islam yang sehingga kini masih tiada noktahnya.


Nampaknya, bertengkar dan kemudian melupakannya, dan bertengkar lagi dan kemudian melupakannya lagi merupakan ‘cara pemerintahan’ PR yang mana rakyat sudah faham benar.



Biarpun isu yang berbangkit adalah isu agama, yakni yang melibatkan akidah dan membawa kepada syirik, namun bagi PAS ia hanyalah isu politik yang boleh dipertelagahkan dan dilupakan mengikut keadaan semasa.


Maka, tidak ada keraguan lagi bahawa Ulama-ulama PAS inilah yang disebut sebagai Ulama-ulama jahat yang akhirnya menjadi bingung akibat fitnah dan belitan mereka sendiri, sepertimana hadith berikut:


Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.


Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R TermizI
Sumber klik di SINI

AZHAR IIDRUS - TIDAK PULANG MELAWAT SEMASA AYAHNYA MENINGGAL???

Salam buat semua...

GAMBAR HIASAN


Telah lama Angin tak menulis tentang Azhar Idrus. Seorang ustaz yang menjadi idola buat ramai anak muda. Sekarang ni dah semakin hilang nama Azhar Idrus ni. Macam dah tak wujud. Hinggakan Angiin sendiripun macam dah lupa pada Ustaz yang seorang ni.

Entah mengapa tiba-tiba hari ini teringat pada ustaz Azhar... teringin sangat nak bertanya beberapa soklan kepada ustaz. Semoga ustaz sudi menjawapnya....
1). Betul ker ustaz tidak cakna kepada ibu sendiri kerana marah apabila dirinya dibesarkan oleh seorang nenek????

2)   Betul ke ustaz dulu tinggal dengan seorang ayah angkat?? 

3) Betul ker ayah angkat ini yang membesarkan ustaz dan membiayai persekolahan ustaz??

4) Betul ke ayah angkat ustaz ni dah meninggal dunia??? 

5) kalau betul.... betul ke Ustaz langsung tak balik semasa ayah angkat ustaz meninggal dunia? betul ker ustaz langsung tak jenguk mayatnya atau membaca al-fatihah sedekah buat arwah??

6) Mungkin ustaz terlalu sibuk dengan ceramah sana-sini kan ustaz??? 

7) sebab itu ustaz tidak sempat untuk memberi penghormatan terakhir kepada "bapa" sendiri kan???? 

Harap-harap Ustaz azhir boleh lah jawap soalan-soalan Angin ni..... Kita tunggu jawapan ustaz yer...






PM MALAYSIA KE GAZA TANPA PERLINDUNGAN

Salam Buat semua....


Lebih kurang 9 jam yang lalu, dikhabarkan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah tiba di Kaherah bagi menjalankan misinya di Gaza.

Perdana Menteri Malaysia adalah satu-satunya Ketua Negara yang akan masuk ke Gaza tanpa ada perlindungan atau jaminan keselamatan melainkan pasukan pengawal yang menjaga kawalan kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel. 

Marilah sama-sama kita doakan keselamatan beliau. Amin...

ANGIN: Bangga dengan PM yang begitu berani untuk mencapai misi membantu rakyat palestin

NIK AZIZ : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TIRU ACARA KRISTIAN???

Salam buat semua...



Esok 24hb Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 Hijrah. Seluruh ummat Islam di Malaysia akan menyambut ulang tahun kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Jika di Terengganu pada tahun lepas satu perarakan diadakan dari Taman Shahbandar ke Stadium Negeri. Hampir 5000 orang  yang menjadi peserta. Dari pelajar tadika sehingga ke warga emas telah bersama-sama dalam perarakan tersebut.

Sambil berarak peserta akan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Banyak kebaikan yang diperolehi dari perarakan ini. Disamping mengingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ianya juga dapat menyatu padukan ummat islam seluruh negara.

Namun apa kata Nik Aziz tentang sambutan yang di adakan saban tahun di Malaysia?

Jom kita lihat video di bawah 


Angin tak faham kenapa Nik Aziz perlu menggeluarkan isu sebegini di dalam khutbahnya. Kalau dia tak nak buat sudahlah. Kenapa nak kecoh-kecoh.....nak perli-perli??

Banyak kebaikkan yang diperolehi dari sambutan yang dibuat. Jangan hanya melihat keburukkan semata.




LAGI AKIBAT AMANAT HAJI HADI 1981

Salam buat semua....



Kisah amanat Haji Hadi pernah Angin tulis beberapa kali tahun lepaa. Terlalu banyak bukti menunjukkan Amanat itu wajar ditarik balik.

Rakan pembaca boleh membacanya di SINI

Ada lagi beberapa artikel yang Angin tulis berkenaan Amanat tersebut.


Hari ini di Akhbar Utusan , satu lagii bukti jelas mengapa Amanat  tahun 1981 ini perlu ditarik balik terpampang lagi. Dengan tajuk "akibat Amanay Haji Hadi:Che Ramli terpaksa mengucap semula".Walaupun dia sedar dia bukan kafir tetapi kerana terpengaruh, dia mengucap semula hanya kerana rumah ibunya di kelilingi oleh penyokong Pas.


Monday 21 January 2013

PAS VS DAP VS PKR: SALAK MENYALAK HINGGA PRU13?

Salam buat semua...




Semua pembaca dah tahu apa yang berlaku sekarang. Satu kejohanan ping pong sedang berlangsung antara PAS PKR dan DAP. Acara tarik tali juga sedang berlangsung. Masing masing sedang berusaha untuk menarik kembali penyokong yang semakin menjauh.




Kejohanan ini akan berlangsung sehingga pilihanraya umum ke 13. Dengan  hanya menggunakan isu Kalimah Allah sebagai tulang yang direbut, mereka akan saling salak menyalak. Aku kata ke mung, mung kata ke aku. 




Semua tahu PAS kena bertegas pasal ISU ini. Kalau tak bertegas nanti mereka akan kehilangan pengundi melayu islam. DAP pula akan bersilat gayung untuk pastikan pengundi bukan islam tetap berada di sisi. Bukankah yang untung nanti parti mereka. Kiri kanan akan sokong mereka.

Itulah sebab mereka salak menyalak antara satu sama lain. PAS bukannya nak pertahankan Kalimah Allah sangat pun...semuanya ni dibuat untuk keuntungan politik Pakatan.

Walaupun Harun Din cuba pertahankan PAS namun ianya dilihat sebagai satu mainan politik selagi beliau berada dalam PAS. Apatah lagi sejak pertelagahan itu berlaku Haji Hadi seolah hilang dari pandangan mata.Persoalannya Haji Hadi sendiri perlu tampil untuk memberi penjelasan.

Hakikatnya mereka akan terus berlakon  untuk meraih sokongan dengan menggunakan isu Kalimah Allah sebagai tajuk cerita.

Semoga penyokong penyokong PAS sedar bagaimana mereka semua sedang dipermainankan dalam satu cerita salak menyalak yang di arahkan oleh seorang manusia yang hebat lakonan dengan cerita bertajuk " Kalimah Allah Milik Siapa?".

BAWANI PULA MOHON RESTU NIK AZIZ???



Salam buat semua....


Memohon restu ibubapa untuk melakukan sesuatu adalah perkara biasa. Tapi bila berlaku sesuatu yang mengundang persepsi yang tidak baik kemudian berjumpa dengan Nik Aziz adalah sesuatu yang luar biasa.


Gambar di atas menunjukkan  Elizabeth Wong yang pernah menemui Nik Aziz apabila keluar cerita dan gambar separa bogelnya. Entah apa yang dicakapkan Elizabeth kepadanya. Restu yang bagaimana yang diminta dari Nik Aziz. Yang pasti bukan mensucikan dosa perempuan yang pernah kangkangnya diambil gambar ini.

Kemudian muncul pula YB Teoh Nie Ching yang mengadap Ayahanda Nik Aziz apabila dikecam hebat kerana memasukki surau untuk memberi tazkirah. Mungkin sebagai orang muda Teoh tak dapat menahan kecaman dan kutukan kerana perbuatannya itu, lalu dia terpaksa menemui orang besar untuk mensucikan dirinya.

Mungkin ramai lagi yang berjumpa Ayahanda Nik Aziz termasuk artis yang dulunya pernah dikaitkan dengan kontroversi murahan seperti Hairie Othman yang pernah ditangkap khalwat dan Abby Inspektor Aliza yang pernah dikaitkan dengan cinta orang muda. Selepas perjumpaan itu Abby mula keluarkan bermacam-macam fatwa pelik. Sehingga pernah mengeluarkan fatwa terbatal syahadah.


Kini tiba giliran Bawani pula menemui Ayahanda Nik Aziz, apa butiran sebab perjumpaan tersebut tidak Angin ketahui tapi mungkin juga nak minta restu untuk berjuang bagi meraih keuntungan politik. Atau mungkin juga mahu menjadi calon pertama bukan islam dibawah lambang pas???

Entah apa pula yang akan dilakukan oleh bawani selepas mendapat restu ini??




GEMPAR : AYAH CHIK HILANG?????

Salam buat semua....


Semalam kecoh pasal Karpal yang nak rayu Haji Hadi supaya kaji semula keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang membuat keputusan berbeza dengan Haji Hadi. Hampir semua Blog menulis rencana tentang isu itu. Havoc satu Malaya dibuatnya.

Sebelah petang semalam Angin layari internet sebab nak baca apa jawapan Haji Hadi tentang isu tersebut tapi gagal.  Belum ada apa-apa kenyataan dari Haji Hadi. 

Pagi ini, Angin terus belayar mencari info, jumpalah beberapa blog yang menyatakan "HADI AKAN PERTAHAN MAJLIS SYURA ULAMA" tapi kenyataan itu bukan dari Haji Hadi sendiri sebaliknya dari Setiausaha Politiknya iaitu Dr.Ahmad Samsuri.

Beliau dipetik berkata Abdul Hadi akan mempertahankan Majlis Syura Ulama walaupun bertentangan dengan pendirian Pakatan Rakyat. "Saya pasti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu".

Timbul persoalan kenapa Haji Hadi sendiri tidak tampil membuat kenyataan rasmi? Apakah ada kekangan-kekangan tertentu sehingga menyebabkan Hadi terpaksa mendiamkan diri?

Pada Angin ramai penyokong PAS nak dengar apa yang nak dicakapkan oleh Haji Hadi. Mereka mahu Haji hadi respon tentang rayuan Karpal. Walaupun DAP nampaknya seperti mahu melaga-laga Hadi dengan Nik Aziz, namun pastinya pendirian sebenar dari mulut Haji Hadi yang ditunggu-tunggu,

Bukankah Haji Hadi seorang yang suka membuat Amanat, amanat Haji Hadi biasanya akan menjadi fenomena dan ikutan ribuan pengikutnya. Sama macam Amanat tahun 1981. Amanat yang menyebabkan perbalahan, permusuhan, penderhakaan dan lain-lain seperti dalam buku Murtadkan aku??. Jadi sekarang waktunya untuk Hadi keluar dan bagi kenyataan tentang pendirian barunya pula.

YB PAS : MODEL IKLAN DERMA??

Salam buat semua....


Suatu petang ketika duduk-duduk minum di sebuah kedai kopi berhanpiran rumah, ada ler seorang hamba ALLAH datang mendekati lalu menarik kerusi di hadapanku. Memulakan cerita mengatakan betapa orang UMNO ni  sombong, bila buat derma sket mula panggil semua akhbar-akhbar konon nak beritahu dialah yang bagi derma.

Aku senyum jer..malas nak gaduh-gaduh... tapi sempat jugak le kata ke hamba ALLAH ni "Pak Cik, nilah yang dikatakan kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih".. Melenting ler plak dia tu. Ish memang set PAS macam tu, kata ke orang tak per, kalau orang kata ke dia mula merah telinga. Dia bertegas kata orang PAS tak macam tu....kalau dia pandai marah.... aku pun ada  angin jugak, aku cakap ler aku pernah tengok kat blog YB PAS yang sentiasa menjadi model RM bila bagi derma. Mana taknya siap susun lagi RM-RM macam kipas...kemudian ada saje juru photo tukang ambik gambar...

Tak caya????? Lu tengok sendirilah....

Dipersembahkan....Model RM!!!!





Hang pa kenal ke siapa ni??? Takkan tak kenal model RM ni... namanya Shaari Shungib Adun Hulu Kelang. Satu yang menyedihkan ialah dia ni suka jadi model bila beri bantuan kepada puak-puak PAS jer kot sebab masa berlaku satu kebakaran di Taman Seri Keramat tahun lepas dia ni datang tapi datang buat lawa jer.... mungkin mangsa kebakaran tu orang UMNO kot.... (BERITA SELANJUTNYA DI SINI ) tu ler...susah dia orang...nak berkhidmat hanya untuk puak PAS jer....tak macam UMNO, tak kira parti janji rakyat Malaysia, semua dapat kemudahan sama rata....

Angin nak mintak ler kawan-kawan pikior betul-betul untuk PRU13 ni... pilihlah parti yang boleh memberi perkhidmatan terbaik untuk kesemua rakyat....  

P/S: ANGIN TETAP BERSAMA BARISAN NASIONAL DULU KINI DAN SELAMANYA..

TERGEMPAR: SOKONGAN KEPADA PAKATAN TURUN MENDADAK??

Salam buat semua..


Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Daripada kegagalan KL112 sehingga isu kalimah Allah, memberi gambaran jelas bahawa ketidaksepakatan Pakatan Rakyat dalam melayari sebuah kapal perang untuk  menuju ke Putra Jaya telah membuatkan parti ini kehilangan lebih banyak sokongan.


KL112 ternyata bukan sahaja  tidak mendapat sambutan dari kalangan kaum cina.Malah kehadiran penyokong PAS sendiri di katakan menurun secara mendadak.

Beberapa hari lalu ada blog telah menulis tentang penolakan kaum cina itu kepada penganjuran KL112 yang diketuai oleh Mat Sabu. Ternyata kaum itu bukan sahaja tidak mengiktiraf PAS umtuk menganjur satu - satu program besar malahan juga tidak akan menyokong PAS untuk menerajui negara ini.


Kemudian timbul pula isu KALIMAH ALLAH. Sebelum KL112, Haji Hadi telah tampil dengan pendirian bahawa PAS membenarkan Kalimah Suci itu digunakan oleh bukan islam selaras persetujuan yang telah dibuat ketika mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat. Hakikatnya pendirian itu telah mengecewakan sebahagian besar penyokong Pas itu sendiri. Secara jelas ianya dizahirkan semasa di KL112.

Sokongan menjadi semakin membengkak apabila Majlis Syura Ulamak PAS (MSUP)telah membuat pendirian yang baru seminggu selepas pendirian yang dinyatakan oleh Haji Hadi. Pendirian MSUP seolah menunjukkan tiada kesepakatan di dalam parti PAS. Ada pula yang mengatakan Nik Aziz sengaja mahu memalukan Haji Hadi?. Sejak MSUP menyatakan pendirian, Haji Hadi terus menyepi diri. Keadaan ini membingungkan penyokong PAS sendiri. Ada yang mengharapkan pendirian MSUP biarlah sama dengan Presiden parti. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Penyokong bukan melayu pula semakin menjauh kerana bosan dengan sikap tidak berpendirian Parti PAS. Mereka pastinya mengharapkan ada pemimpin melayu ISLAM PAS menyokong penggunaan kalimah ALLAH untuk agama mereka.Tetapi yang berlaku disebaliknya pula.

Walaupun Azmin dan Karpal muncul untuk menarik kembali sokongan bukan islam kepada parti itu tetapi Angin rasa semakin ramai pula penyokong PAS yang tidak menyebelahi mereka kerana merasakan PKR dan DAP tidak menghormati pemimpin mereka. Kini nampak jelas PAS dah semakin jauh dari PKR dan DAP. 

Hakikatnya samada percaya atau tidak sekiranya PAS benar-benar keluar dari Pakatan Rakyat yang rapuh itu, pastinya sokongan kepada Pakatan Rakyat yang tinggal dua parti itu akan menurun.



Sunday 20 January 2013

PAS AKAN KELUAR PAKATAN SEBELUM PRU13?

Salam buat semua...



Hari ini kecoh berita PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 ini. Kalau betul macam tu baguslah... buat apa nak berlindung di dahan nan rapuh.

Semua orang dah tahu pasal isu kalimah allah. Pendirian Majlis Syura Ulamak Pas di pertikaikan oleh Azmin bagi pihak PR. Kemudian hari ini pula muncul kisah Karpal yang merayu agar Haji Hadi berbincang semula tentang pendirian itu.

Perbuatan  ini benar-benar tidak menghormati PAS sebagai rakan kongsi mereka. PAS perlu sedar biar apapun alasan yang di berikan kejadian baru ini benar-benar membukti rakan seperjuangan mereka bukan memandang sebelah mata kepada  PAS malah langsung tak di pandangnya.

Adat orang berkawan biar saling menghormati dan paling tidak menjaga hati kawannya supaya tidak terguris. Perbuatan DAP dan PKR yang tidak menghormati kawan ini bukan sahaja mengguriskan hati penyokong PAS malah lebih teruk dari itu mereka merasa dipermainkan?




Pada Angin telah tiba masanya PAS berdiri dikaki sendiri. Penyokong PAS mesti respek kalsu pemimpin mereka buat keputusan untuk tinggalkan PR... tak gitu Ayah Chik????

RAYUANKU:KARPAL TIDAK HORMATI PENDIRIAN PAS!!

Salam buat semua....



Apabila menonton video di atas, Bahkan berkali-kali Angin mengulang tayang video ini. Angin merasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Selama ini Karpal bukan begini orangnya. Beliau adalah orang yang tegas pendirian. Bila tak setuju beliau akan bersuara dengan lantang.

Seperti dulu Karpal kata Jika PAS nak tubuhkan negara islam : langkah mayat kami dulu.

Sekarang kata-katanya sangat berbeza malah Karpal boleh merayu plak. Ish pelik....sangat pelik...  

Apa agenda disebalik kenyataan terbaru ini.... lakonan apa pula yang sedang mereka mainkan?? Seolah-olah ada kejohanan ping pong plak... 

Mula-mula Hj Hadi umum pendirian PAS, Orang bukan islam boleh guna Kalimah ALLAH, masa tu Nik Aziz menyokong, kemudian dalam mesyuarat Majlis Syura PAS, keputusan yang dibuat adalah berbeza sama sekali. Masa tu Nik Aziz mempengerusikan mesyuarat. Kemudian muncul plak Azmin yang menyatakan pendirian PR yang membenarkan Kalimah Allah digunakan bukan islam. Kini mucul plak Karpal yang merayu Hadi supaya membetulkan pendirian Majlis Syura PAS supaya sama dengan Pakatan Rakyat Lakonan apa sebenarnya yang sedang berlaku??

Kemudian timbul pula persoalan kenapa PKR dan DAP langsung tidak menghormati pendirian Majlis Syura Ulamak PAS?? Bukankah Majlis Syura Ulamak Pas adalah badan tertinggi Parti itu? Kenapa nak dirayu lagi?? Nak Nik Aziz dengan Haji Hadi bergaduh besar ke?? atau nak tunjukkan bahawa PAS sebenarnya tidak layak untuk berada di atas bersama Pakatan Rakyat??
Yang nyata, nama saje Pakatan tapi sebenarnya tak sepakat pun. Tak sehaluan pun... satu kehilir, satu ke hulu. Macamana nak tadbir negara kalau macam ni?
Satu lagi, nampak sangat PAS lemah.... tidak bertaring, tidak dihormati, tidak dipandang dalam PR. Pendirian mereka dipandang enteng kerana mereka tahu PAS boleh di ting-ting, PAS boleh lambung-lambung sebab PAS memang KLUK-KLEK!!!!


PETRONAS AKAN TERJEJAS JIKA ROYALTI 20% DIREALISASIKAN???

Salam buat semua...




Pembangkang begitu yakin dapat menberikan royalti sebanyak 20% berbanding 5% sekarang kepada negeri-negeri  seperti Terengganu. Malah Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyatakan Petronas tidak akan terjejas dengan kenaikan royalti sebanyak 15% itu.


Sebaliknya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa sekiranya nilai royalti itu direalisasikan, kesan diterima oleh Petronas amat besar kerana wang royalti tambahan 15% itu amat diperlukan oleh Petronas untuk mencari rezab minyak yang baru. Pencarian rezab baru itu bukan hanya di Malaysia tetapi jugak di seluruh dunia.

"Ketika ini Petronas juga sedang berusahasama untuk mencari minyak di Sudan, Kazakhstan dan lain-lain negara. Jika wang tersebut digunakan, Petronas tidak  akan dapat bertahan kerana rezab minyak di negara ini tidak mencukupi"

YB Khairy juga menegaskan bahawa peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk perbelanjaan pembangunan dan mengurus seperti pembinaan sekolah, jalanraya, gaji kepada guru-guru dan sebagainya bagi negeri-negeri yang mempunyai hasil minyak seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah lebih tinggi dari jumlah 15% kenaikkan royalti yang dijanjikan oleh pihak pembangkang. Malah peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri ini adalah   lebih tinggi dari sumbangan negeri kepada pusat dalam bentuk cukai.

Jadi fahamlah Angin kenapa Rafizi kata bahawa 15% royalti itu adalah dari belanjawan persekutuan. Maknanya perbelanjaan pusat untuk negeri akan diambil dan ditukar kepada royalti. So apa bezanya dengan Kerajaan sekarang??? sama jerlah... cuma  hebatnya nilai royalti tu 20% nampak besar.... tu saje...

Memang pembangkang hebat dalam menimbulkan persepsi baik kepada parti mereka dan menampakkan keburukan barisan nasional tanpa disedari oleh rakyat. Mereka akan terus menunjukkan kehebatan putar belit mereka bagi menambat hati rakyat. Jadi berhati-hatilah.....
 

YB KHAIRY JAMALUDDIN GEMBIRA DENGAN PERSEDIAAN JENTERA PEMUDA TERENGGANU

Salam buat semua...


YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menzahirkan perasaan gembira dengan persediaan yang telah dilakukan oleh Jentera Pemuda UMNO Negeri Terengganu. 

"Dengan persediaan rapi jentera pemuda bermotor, pasukan poster, pasukan pemuda gerak gempur dan pasukan yang akan mendekati pengundi-pengundi muda melalui program-program yang pelbagai, saya yakin Terengganu akan mendapat keputusan yang lebih baik dari pilihanraya tahun 2008", kata beliau ketika ditemui di majlis santai bersama Ngo Kuala Nerus lewat petang semalam.

Beliau juga mengharapkan pengundi-prngundi baru yang akan mengundi kali pertama pada pilihanraya umum ke 13 akan datang terus didekati dan memastikan mereka terus menyokong barisan Nasional.


YB Khairy sebelum itu telah melancarkan Kelab IPT Barisan Nasional (KIBAR) Pantai Timur di Hotel Permai. Seramai lebih 400 orang mahasiswa telah menyertai kelab ini yang terdiri daripada penuntut dibeberapa buah IPTA di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Dalam lawatan kali ini juga YB Khairy telah berkesempatan melawat Pusat Daerah Mengundi Gelugur Kedai, DUN Alur Limbat dan Pusat Daerah Mengundi Bukit Tunggal, DUN Bukit Tunggal.Ternyata beliau amat gembira dengan persediaan jentera pemuda di kedua-dua tempat yang telah dilawatinya.

Ketika ditanya tentang kemungkinan calon-calon pemuda akan diketengahkan dalam piliharaya umum ke13 di Terengganu, beliau menyatakan bahawa pemuda dibawah pimpinannya menyerahkan segala keputusan kepada pihak tertinggi parti.

"Kita serahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan keputusan mutlakY.A.B Perdana Menteri selaku pengerusi Barisan Nasional, Pemuda akan sokong siapa saja yang akan diketengahkan sebagai calon. Pemuda dibawah (pimpinan) saya lebih sayangkan parti dan kita mengharapkan kemenangan kepada parti". -



Saturday 19 January 2013

BUKU 77 DALIL KENAPA NIK AZIZ TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN DITERBITKAN???

Salam buat semua....

Semasa melayari blog-blog dan portal, Angin terpandang lukisan @ banner ini. Angin tak pasti apakah ianya betul-betul muka depan sebuah buku yang berada dipasaran?

Hakikatnya memang Nik Aziz dah tak layak jadi pemimpin, bukan sahaja kerana umurnya yang terlalu tua... (teringat dialog Boboi dalam MLM akhir katanya : ada bezanya antara tua dan terlalu tua). Dalam kes Nik Aziz ni, beliau dah terlalu tua untuk memimpin. 

Beliau sepatutnya hanya mengajar di masjid-masjid. Tak perlu lagi nak ketua sebuah kerajaan.  Lagi pula Nik Aziz dah terlalu lama menjadi Menteri Besar di Kelantan (Dah lama dah.... terkenang kata-kata Tun Mahathir ketika mengumumkan perletakkan jawatan beliau dalam Mesyuarat Agung UMNO suatu masa dulu). Sangat berbeza maruah seorang yang sedar diri dengan insan yang lupa diri. Tun sedar 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia sudah cukup baginya, mungkin Tun tidak mahu dia membuat lebih banyak kesilapan (macam pembangkang kata). Memang benar... semakin lama kita berjawatan tinggi, mungkin semakin banyak kesilapan yang dilakukan. Tun sedar itu tapi Nik Aziz??? Isu air bersih yang dah berlanjutan bertahun-tahun pun tak boleh diselesaikan sehingga ke hari ini.

Nik Aziz juga dikatakan tidak dapat menerima pendapat orang lain. Hatinya terlalu keras.Mungkin semakin lama dia memimpin, takut nanti hatinya dah tak boleh dicanai lagi.


Nik Aziz juga dah banyak kali diberitakan uzur. entah berapa kali di masukkan ke wad. Bukan apa Angin pun sayangkan Nik Aziz. Tak adil jika angin kata Nik Aziz tak ada bakti. Pasti ada kebaktian yang beliau tinggal untuk rakyat Kelantan tapi bimbang semakin lama semakin banyak pula kesilapan yang ditelanjangkan orang.

Nik Aziz juga pernah digambarkan sebagai seorang ulama' yang ZUHUD. Erti Zuhud itu yang "hati yang tidak terpaut atau terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Itu semua dulu, tapi kini semakin hari semakin banyak yang berbicara menyatakan Nik Aziz bukan lagi seorang yang Zuhud. Banyak gambar-gambar beliau yang terpampang di internet seolah menunjukkan Nik Aziz adalah seorang yang bukan zuhud. Angin takut semakin lama Nik Aziz mahu jadi MB, semakin banyak pula pekung terbuka. Lihat saje gambar-gambar dibawah. Jika selipar pun dipakaikan orang. Apakah .ini sifat seorang ulama zuhud???




Kalau dihitung akan ada banyak lagi kepincangan yang keluar kerana semakin lama kita memegang jawatan semakn banyak kesilapan yang kita lakukan. Jadi sebenarnya Nik Aziz dah boleh mengundurkan diri dengan cara terhormat macam pemimpin UMNO buat.